in

Apa Dah Jadi. Ini Tindakan Bekas Ketua Puteri UMNO Buat Ramai Wanita Terkedu

Bagus La, Keluar Ramai-Ramai Buat Parti Baru.

Apa Dah Jadi. Ini Tindakan Bekas Ketua Puteri UMNO Buat Ramai Terkedu | Tak sampai 24 jam Zahid menang jadi Presiden UMNO, ini tindakan mengejutkan bekas Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati yang buat ramai wanita terkedu.

KELUAR UMNO DAN JADI AHLI PARLIMEN BEBAS

Bekas ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengumumkan keluar parti itu dan mengisytiharkan dirinya sebagai anggota parlimen bebas.

“Oleh yang demikian, bermula 1 Julai 2018 dengan seikhlas hati tanpa ada mana-mana paksaan atau ancaman, saya mengumumkan keluar daripada parti Umno bersama-sama dengan pengikut setia saya dan saya akan menjadi ahli parlimen bebas

“…bagi maksud yang telah dinyatakan iaitu untuk menjadi ahli parlimen yang berperanan menegur dan menasihati pihak Kerajaan sebagai “check and balance” atas dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan HARAPAN tanpa terikat dengan etika ahli parlimen yang mewakili sesebuah parti.

“… dan berlandaskan latar belakang saya sebagai bekas peguam, saya berharap untuk membuat yang terbaik bagi rakyat Malaysia untuk memastikan badan eksekutif di pantau oleh parlimen yang efektif,” katanya dalam suatu kenyataan hari ini.

Mas Ermieyati tidak bertanding dalam pemilihan Umno yang berakhir semalam. Pada PRU14, lalu beliau menang kerusi Anggota Parlimen Masjid Tanah. (Sumber: Malaysiakini)

ZAINUDDIN – KEEGOAN KU LI PUNCA KALAH

Terbukti cerah jelas keegoaon Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) telah memakan dirinya sendiri dengan parahnya.

Beliau mejangka masa depan Khairy Jamaludin Abu Bakar bekas ketua pemuda yang menentangnya dalam pencalunannya sebagai Presiden Umno tidak ada tempat lagi dalam Umno jika kalah tetapi beliau sekarang beliau sendirilah yang sudah tidak ada lagi masa depannya dalam Umno.

Beliau mengukur dirinya sebagai seorang veteran Umno yang paling layak untuk menjadi ketua pembangkang menentang Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam parlimen tetapi ternyatalah beliau hanya akan kekal sebagai suara Gua Musang.

Tengku Razaleigh telah tertinggal jauh ke belakang berbanding dengan pencabar-pencabarnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendapat 93 undi, Khairy Jamaluddin 51 dan beliau hanya mendapat 23 undi.

Nama Ku Li Tak Tertanam Akar Umbi

Kedudukannya yang terkebawah sekali membuktikan bahawa nama Tengku Razaleigh (walaupun) kukuh berada dalam arena politik tanah air sejak berabad, sejak zaman perdana menteri kedua Tun Abdul Razak tetapi tenyata namanya tidak tertanam di hati akar umbi ahli Umno.

Sebab utamanya ialah beliau tidak menunjukkan iltizam dalam perjuangan Umno selepas kekalahannya dengan Dr Mahatir selain daripada perjuangan untuk menjadi perdana menteri dan yang terakhir untuk jadi presiden Umno.

Ahli-ahli Umno juga tidak dapat melihat komitmennya dengan pergolakan politik Umno dan tekanan daripada luar parti untuk menggulingkan Datuk Seri Najib dan pemerintahan BN sebaliknya beliau terus membaut langkah dan perhitungan politik untuk survivalnya sendiri.

Orang Umno sudah terlalu cerdik untuk membaca permainan politik ini.

Layak Ketua Pembangkang Parlimen

Dengan penolakannya oleh Umno maka imejnya yang semakin kukuh ialah sebagai hanya wakil rakyat Gua Musang terutama mewakili Orang Asli dan tidak mewakili Umno dan politik pada peringkat Nasional.

Beliau memikirkan bahawa beliaulah yang paling layak untuk mencabar PM Tun Mahathir sebagai ketua pembangkang dalam parlimen tetapi ternyata pengukuran dirinya sendiri itu berbeza dengan penilaian akar umbi Umno walaupun mungkin dilihat layak oleh orang di luar Umno.

Khairy walaupun kalah tetapi mungkin masih mempunyai harapan masa depan dalam parti sekiranya presiden boleh memberikan tempat yang sesuai kepadanya dalam parti kerana beliau mempunyai beberapa kualiti yang boleh menarik minat generasi baru kepada Umno.

Orang Umno marah kepadanya kerana dalam krisis Najib ternyata beliau seorang pemimpin yang tidak mempunyai pendirian dan sikap yang ikhlas yang hanya berani mengkritik pemimpin setelah dia jatuh. Dia adalah oportunis besar.

Zahid Taat Dengan Kualiti Hang Tuah

Kemenangan Datuk Zahid Hamidi adalah kerana kesetiaannya kepada parti (Umno), kepada ketua dan fahamannya kepada politik yang mendarah daging dalam dirinya iaitu tidak ada rakan yang kekal dan musuh yang abadi dalam politik dan beliau tidak menolak bahawa wang adalah sangat penting untuk pengukuhan pengaruh dalam politik dan parti.

Zahid telah membuktikan bertaat setia kepada semua ketuanya dalam parti (Umno) dan dengan kualiti Hang Tuah inilah beliau berjaya menempa sejarah menjadi Presiden Umno yang ketujuh dalam keadaan yang paling tercabar dan Umno tidak lagi mempunyai kuasa.

Tugasnya amat berat dibandingkan dengan presiden -presiden Umno terdahulu. Beliau memerlukan sokongan padu dalam parti. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

KJ Kalah Presiden UMNO. Tapi Bila Ditanya Wartawan, Reaksinya Buat Ramai SUSPEN

KJ Dedah Tindakan Licik WARLORDS Dalam UMNO Yang Menidakkan Perubahan