in

Pembangkang Kata ITU Duit UMNO. Tapi Ini Jawapan TEGAS Amar Singh

Kalau Betul Duit UMNO Kenapa Tak Tampil Buat Permohonan ? Takut La Tu.

Pembangkang Kata ITU Duit UMNO. Tapi Ini Jawapan TEGAS Amar Singh | Negara digemparkan dengan nilai rampasan dari rumah Najib. Pembangkang kata semua tu milik UMNO. Tapi ini jawapan tegas Amar Singh.

TIADA TULIS “UMNO” PADA BUNGKUSAN WANG

Polis berkata mereka belum mengesahkan sama ada wang tunai yang dirampas di hartanah berkaitan Datuk Seri Najib Razak adalah milik Umno, seperti dakwaan sesetengah pihak.

“Kami tidak tahu sebab tiada tulis ‘Umno’ (pada wang tersebut),” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Amar Singh Ishar Singh dalam sidang media hari ini.

Amar berkata, jika ada pihak yang mendakwa wang tersebut milik Umno, polis mahu mengambil keterangan mereka dan menyiasat dakwaan itu.

“Tetapi setakat ini tiada yang tampil ke depan,” katanya lagi.

Dalam sidang media itu polis turut menyenaraikan pelbagai barangan yang dirampas ketika serbuan bulan lalu di hartanah yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri itu.

Nilai keseluruhan berangan itu mencecah RM686.37 juta termasuk 12,000 barang kemas.

Susulan serbuan di tiga unit kondominium Pavilion Residence di Kuala Lumpur pada 18 Mei lalu, beberapa pihak mendakwa wang tunai yang dirampas adalah milik Umno – bukannya milik individu – dan untuk digunakan dalam PRU ke-14.

Antara yang membuat dakwaan itu adalah Najib sendiri, ibu pejabat Umno, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan Datuk Bung Moktar Radin.

Sementara itu, Amar berkata polis akan memanggil Najib dan isterinya Datuk Seri Rosmah Mansor tidak lama lagi untuk mengambil keterangan mereka berhubung skandal 1MDB.

“Kami akan memanggil mereka berdua tak lama lagi dan menyiasat sama ada Rosmah terlibat dalam skandal 1MDB,” katanya lagi. (Sumber: Malaysiakini)

NAIB PRESIDEN PAS TERKEJUT DENGAN NILAI RAMPASAN RUMAH NAJIB

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyatakan rasa terkejutnya dengan pendedahan nilai barangan rampasan di hartanah berkaitan Datuk Seri Najib Razak sepanjang bulan lepas oleh polis hari ini.

Mohd Amar berkata apatah lagi jumlah itu dikatakan milik individu.

“Kita memang terkejut jika ia milik individu. (Bagaimanapun) Kita tak boleh komen apa-apa, biarlah polis buat keputusan mengenainya,” katanya ketika ditemui di majlis hari raya Aidilfitri anjuran Yayasan Islam Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Beliau yang juga timbalan menteri besar Kelantan ditanya berhubung pendedahan polis bahawa nilai barangan rampasan itu bernilai RM686.37 juta dalam sidang media pagi tadi.

Malah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata berdasarkan nilai pasaran semasa ia boleh meningkat antara RM910 juta hingga RM1.1 bilion.

Barangan-barangan rampasan itu seperti berikut:

Wang tunai RM116.7 juta
12,000 barang kemas bernilai RM440 juta
272 daripada 567 beg tangan bernilai RM51.3 juta (Baki 295 masih belum dinilai)
423 jam tangan bernilai RM78 juta
234 cermin mata hitam bernilai RM374,0000
Antara barang kemas dirampas pula termasuk:

Rantai leher – 1,400 unit
Cincin – 2,200 unit
Gelang – 2,100 unit
Subang – 2,800 unit
Kerongsang – 1,600 unit
Tiara – 14 unit

Sumber: Malaysiakini

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Ramai Gelak Beg Tangan Bijan. Tapi Harganya Buat Ramai TERKEDU

Rampasan Beg Bijan. Amar Singh Dedah Punca Kenapa Ramai Netizen TERGELAK