in

Duit RM116 Juta Dirampas. Ini Tindakan Terkini Peguam UMNO Buat Ramai Terkesima

Biar Pihak Berkuasa Yang Uruskan Semua. Yang Hak Tetap Hak, Yang Batil Tu Batil.

Duit RM116 Juta Dirampas. Ini Tindakan Terkini Peguam UMNO Buat Ramai Terkesima | Lepas lama berdiam diri, akhirnya ini tindakan terkini peguam UMNO yang diketuai Azalina Othman buat ramai terkesima.

LANTIK PEGUAM TUNTUT DUIT UMNO YANG DISITA POLIS

Umno hari ini melantik pasukan peguam bagi menuntut kembali wang berjumlah RM116.7 juta yang didakwa milik parti itu yang dirampas polis dalam siri serbuan di hartanah berkaitan Datuk Seri Najib Razak sepanjang Mei lalu.

Ketua Unit Undang-Undang ibu pejabat Umno Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pasukan peguam akan meneliti segala isu perundangan berkaitan dengan tuntutan tersebut.

“Umno melantik Tetuan Scivetti & Associates dengan Datuk Hariharan Tara Singh sebagai peguam utama mewakili Umno dalam membuat tuntutan dana politik/wang berjumlah RM116.7 juta milik Umno yang disita polis.

“Pasukan peguam antaranya sedang menimbang kaedah dan cadangan tindakan undang-undang yang boleh diambil dalam membuat tuntutan ini.

“Pasukan peguam akan membuat permohonan sewajarnya kepada agensi penguatkuasaan khususnya PDRM untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan untuk tindakan kami seterusnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azalina yang juga anggota parlimen Pengerang berharap tiada pihak yang membuat sebarang spekulasi yang tidak wajar berhubung perkara itu.

Sepanjang Mei lalu, polis menyita barang kemas dan wang tunai yang ditemui dalam serbuan ke hartanah berkaitan Najib dalam siasatannya terhadap skandal 1MDB.

Beberapa pemimpin Umno, antaranya Tan Sri Shahrir Samad, Datuk Bung Moktar Radin dan Najib sendiri, kemudian mendakwa wang tunai tersebut adalah milik Umno dan untuk kegunaan PRU ke-14.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Amar Singh Ishar Singh pada 27 Jun lalu meminta pihak yang berkata demikian untuk tampil ke depan dan memberi keterangan kepada polis.

“Setakat ini tiada yang tampil ke depan,” katanya ketika itu. (Sumber: Malaysiakini)

PEGUAM NEGARA SWITZERLAND DEDAH APANDI TAK MAHU BAGI KERJASAMA

Peguam Negara Switzerland Michael Lauber mendakwa Tan Sri Mohamed Apandi Ali enggan bekerjasama dalam siasatan berkaitan 1MDB ketika mengetuai Pejabat Peguam Negara Malaysia.

Lauber membuat dakwaan itu selepas bertemu pengganti Apandi, Tommy Thomas semalam.

“Sejak 2015, (kami telah) menjalankan siasatan di Switzerland dan sejak awal, kami cuba bekerjasama rapat dengan Amerika Syarikat, Singapura, Luxembourg.

“Dan kami juga cuba dengan Malaysia tetapi pada masa itu, pada 2016, kami disahkan bahawa peguam negara Malaysia ketika itu tidak mahu bekerjasama dengan kami,” dakwanya.

Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) telah meminta bantuan undang-undang bersama daripada Malaysia untuk dua kes tetapi dilaporkan tidak mendapat maklum balas.

Apandi dilantik sebagai peguam negara pada Julai 2015.

Beliau dilantik selepas Tan Sri Abdul Gani Patail digugurkan sebagai peguam negara, sejurus sebelum beliau dikatakan mahu mendakwa perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak di mahkamah.

Apandi telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku pada Januari 2016.

Pada pilihan raya 9 Mei, BN yang dipimpin Najib tumbang buat kali pertama dalam sejarah pemerintahan 61 tahun, sejak merdeka.

Perdana menteri baru, Tun Dr Mahahir Mohamad, yang kembali menerajui negara buat kali kedua mendakwa Apandi cuba menutup isu itu dan mengarahkannya bercuti.

Najib pada 4 Julai lalu didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa dalam transaksi bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Ia adalah pertuduhan sama yang dikatakan mahu dikemukakan Gani.

Pertuduhan terhadap Najib secara khusus berkaitan transaksi di negara ini.

Siasatan lebih luas berkaitan 1MDB melibatkan banyak negara juga sedang berlangsung. (Sumber: Malaysiakini)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

TERKINI. Kenyataan Berani Rais Yatim Ini Buat Ramai Ahli UMNO Cuak

Isu Najib. Kenyataan Berani Pemuda UMNO Kedah Ni Buat Ramai Kagum