in

Dakwa Orang PM Amik RM10Juta . Ini Jawapan Balas Tun Mahathir Kepada Najib Yang Wow

Kalau Ada Dakwaan Ke Apa. Sila Lapor Pihak Berkuasa. Senang.

Dakwa Orang PM Amik RM10Juta . Ini Jawapan Tun Mahathir Kepada Najib Yang Wow | Najib dakwa ada orang kanan PM ambil RM10juta darinya untuk kempen PRU13. Ini jawapan balas Tun Mahathir yang wow.

Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Datuk Seri Najib Razak mengemukakan bukti dakwaan bahawa pembantunya menerima RM10 juta wang tunai daripada bekas perdana menteri itu.

“Tunjuk bukti, minta dia tunjuk bukti,” katanya selepas berucap di program Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia hari ini.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini semalam, Najib mendakwa salah seorang “orang Mahathir” mengambil RM10 juta wang tunai daripadanya untuk pilihan raya umum (PRU) ke-13. (Sumber: Malaysiakini)

SIAPA ORANG TUN MAHATHIR YANG AMBIL RM10JUTA DARI NAJIB?

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa salah seorang ‘orang’ Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengambil wang tunai RM10 juta daripadanya untuk kegunaan PRU13.

Beliau menggambarkan, ‘orang’ itu sebagai seorang ‘pembantu’ yang sangat dipercayai Dr Mahathir, Najib berkata, duit berkenaan diambil di kediamannya di Jalan Langgak Duta.

Walaupun Najib mendedahkan nama individu berkenaan yang merupakan bekas perenang negara namun menurut Malaysiakini, pihak mereka tidak menamakannya sehingga individu itu dapat dihubungi.

“Niatnya cukup jelas. Mereka tahu apabila anda bertanding pilihan raya, anda perlu ada tunai. Pembangkang juga tahu mengenai perkara itu. Mereka juga ada tunai.

“Saya tahu perkara ini bukan sesuatu yang diketahui umum oleh orang awam tetapi ia bukan perkara yang pelik.

“Ia telah pun berlaku pada masa lalu dan jika kita mengubah undang-undang dan peraturan mengenai pembiayaan dana pilihan raya, ia tetap akan berlaku,” tambahnya. (Sumber: Sinar Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Rampasan Barang Mewah. Ini Kenyataan Balas Ketua Polis Terhadap Najib

Selepas Lama Berdiam Diri. Khir Toyo Tampil Beri Kenyataan Tentang Rahsia UMNO