in

Terkini Najib Ucap Terima Kasih Kepada Tun Mahathir. Ini Rupanya PUNCA.

Apa Yang Bagus Dikekalkan, Apa Yang Tak Bagus Dibuang. Semoga Allah Panjangkan Umur Tun Mahathir. Amin.

Terkini Najib Ucap Terima Kasih Kepada Tun Mahathir. Ini Rupanya PUNCA. | Najib dan keluarga yang kini tengah best bercuti di Langkawi tak lupa ucap terima kasih kepada Tun Mahathir. Ini rupanya puncanya. Tak sangka. Jom baca.

TERIMA KASIH SEBAB TAK BATAL DFTZ

Datuk Seri Najib Razak berterima kasih kepada kerajaan kerana tidak membatalkan inisiatif Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ), yang diwujudkan ketika Barisan Nasional (BN) memerintah negara.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, DFTZ yang dilancarkan tahun lalu bersama syarikat e-dagang utama dunia, Alibaba Group (Alibaba), dijangka menyediakan 60,000 peluang pekerjaan.

Katanya, DFTZ juga bakal memudahkan dagangan barangan bernilai AS$65 bilion dan meningkatkan pemindahan barang antara kapal laut (transhipment) serta jumlah kargo sekali ganda untuk Malaysia, menjelang 2025.

“Inisiatif seperti DFTZ juga mampu menyediakan pekerjaan yang belum wujud ketika ini kepada golongan muda.

“Ekonomi digital adalah sektor ekonomi kita yang paling cepat bertumbuh. Ketika ini, ia membabitkan sebanyak 18.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan dijangka bertumbuh dan menyumbang sehingga 20 peratus kepada KDNK negara menjelang 2020,” katanya menerusi Facebook rasminya, hari ini.

Dalam catatan sama, Najib turut mengucapkan tahniah kepada Alibaba yang membuka pejabat pertama di ibu negara, hari ini.

Pejabat baharu di Bangsar South yang dilancarkan sendiri oleh Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Alibaba, Jack Ma, adalah yang pertama di Asia Tenggara dan di luar China.

Awal pagi tadi, Ma turut mengambil kesempatan bertemu dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selama sejam dan berkongsi idea serta berbincang mengenai cara membebaskan lebih ramai rakyat Malaysia daripada kemiskinan serta membantu golongan muda dan peniaga kecil.

DFTZ yang dilancarkan oleh Najib dan Ma pada 22 Mac 2017, menggabungkan zon fizikal dan maya dengan perkhidmatan digital dan perkhidmatan dalam talian, bagi memudahkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengambil bahagian dalam e-dagang.

Inisiatif itu mula beroperasi pada 3 November 2017. Najib dan Ma turut melancarkan fasa pertama DFTZ Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Aeropolis Park, iaitu hab ePenunaian serantau pertama Kumpulan Alibaba di luar China pada 4 November 2017. (Sumber: Berita Harian)

AMIRUDDIN SHAARI MB SELANGOR BARU

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua, Amiruddin Shari mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah di sini, sebentar tadi.

Istiadat mengangkat sumpah jawatan dan ikrar Aku Janji itu diadakan di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Amiruddin ,38, dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang melepaskan jawatan itu berikutan pelantikan ADUN Bukit Antarabangsa itu sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi. (Sumber BERNAMA)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Pemilihan UMNO. Ini Kata Dua Jamal Kepada Kerajaan PH Buat Ramai MENGGELENG

Bapa Arwah Altantuya Jumpa Peguam Negara. Puncanya Buat Seseorang CUAK