in

Pemilihan UMNO. Ini Kata Dua Jamal Kepada Kerajaan PH Buat Ramai MENGGELENG

Jamal Ni Dok Hantar Wakil Pulak. Aiyooo. Mai Balik Raya La.

Pemilihan UMNO. Ini Kata Dua Jamal Kepada Kerajaan PH Buat Ramai MENGGELENG | Jamal muncul lagi. Menjelang pemilihan UMNO ni, dia beri kata dua kepada kerajaan PH buat ramai rakyat menggeleng. Jom baca. Ntah apa-apa dia ni.

TUDUH KERAJAAN BERI “HUKUMAN RIMBA” KEPADA DIA

Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dikatakan percaya kerajaan baru mengenakan “hukum rimba” terhadapnya.

Perkara itu disampaikan wakilnya Armand Azha Abu Hanifah hari ini, yang mendakwa Jamal ada menghubunginya hari ini.

“(Saya) bercakap dengan beliau pagi tadi, beliau kata tindakan kerajaan hari ini lebih kepada mencari kesilapan lampau, tanpa (mengikut) kedaulatan undang-undang yang sebenar.

“Hari ini kita lihat kerajaan baru hari ini lebih (mengikut) ‘rule of the jungle’ (hukum rimba) terutama untuk menjatuhkan hukum terhadap Jamal,” katanya ketika ditemui pemberita di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini.

Jamal yang melarikan diri daripada buruan polis sejak bulan lalu bertanding jawatan ketua pemuda dalam pemilihan Umno kali ini. Armand mewakilinya untuk menghantar borang pencalonan.

Dia diburu atas beberapa dakwaan kesalahan termasuk membawa senjata api dalam keadaan mabuk atau tidak senonoh.

Armand (gambar) bertegas Jamal layak untuk bertanding walaupun kini menghilangkan diri.

Sejumlah sembilan calon layak untuk bertanding jawatan ketua pemuda dalam pemilihan yang akan bermula hujung bulan ini.

Sekretariat pemilihan Umno mengesahkan Jamal layak untuk bertanding dan merupakan calon nombor enam.

Dalam pada itu, Armand berkata beliau yakin Jamal masih berada di dalam negara.

“Beliau pernah mengumpulkan anak-anak muda untuk berdepan dengan Bersih, ia sebahagian daripada kelebihan dia sebagai calon,” katanya lagi.

Selepas menghilangkan diri sejak 25 Mei lalu, polis telah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya untuk menangkap ahli politik kontroversi itu. (Sumber: Malaysiakini)

COP KARTUN NAK HIBURKAN ANAK-ANAK

Tangan kanak-kanak dicop dengan gambar kartun setelah menerima duit raya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah di Seri Mentaloon di Alor Setar kelmarin adalah hanya untuk menghiburkan mereka dan bukan untuk tujuan mengawal.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Fisol Jaafar berkata penggunaan cop itu juga bukan arahan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, sebaliknya ia perancangan jawatankuasa penganjuran majlis untuk menceriakan kanak-kanak yang hadir pada majlis tersebut.

Malah cop yang digunakan itu adalah dakwat air yang mudah dihilangkan dan bukan dakwat kekal yang sukar dipadamkan, katanya dalam kenyataan di Alor Setar malam tadi.

Beliau berkata demkikian sebagai mengulas status dimuat naik bekas Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Anina Saadudin dalam Facebook (FB) ‘Anina Saadudin’ yang antara lain menulis: “Cop di tangan kanak-kanak hilan dalam sehari tapi tandanya kekal di hati rakyat selamanya.

Gambar yang menunjukkan tangan kanak-kanak yang menerima duit raya dicop pada majlis itu juga telah ditular di media sosial.

Mohd Fisol juga memaklumkan kanak-kanak berusia hingga 12 tahun yang hadir pada majlis itu menerima duit raya sebanyak RM5 seorang dan bukan RM2 seperti dinyatakan dalam FB itu.

Beliau berkata hampir 6,000 kanak-kanak menerima duit raya dalam majlis tersebut yang dihadiri oleh kira-kira 35,000 penduduk setempat. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Isu Helikopter. Ini Tindakan Peguam Mat Sabu Buat Pembangkang CUAK

Terkini Najib Ucap Terima Kasih Kepada Tun Mahathir. Ini Rupanya PUNCA.