in

Ketika Di Pekan, Luahan Hati Najib Ni Buat Ramai Penyokong BN TERSENTUH

Nasi Sudah Pun Jadi Bubur. Kena Move On

Ketika Di Pekan, Luahan Hati Najib Ni Buat Ramai Penyokong BN TERSENTUH | Selepas lama tak berucap selepas kekalahan pada pilihanraya lalu, beliau tampak bangkit dan mula membuat ucapan yang buat ramai penyokong BN selama ni tersentuh hati. Ikuti luahan hatinya itu. Baca dengan hati yang tenang ye.

BN KALAH BUKAN SEBAB PARTI LAWAN LEBIH BAIK TETAPI..

Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, buat pertama kali ‘meluahkan rasa hati’ di khalayak ramai berhubung kekalahan BN pada PRU14 dan siasatan pihak berkuasa terhadap dirinya.

Najib mengakui terkilan, ralat dan terasa hati apabila kekalahan BN pada pilihan raya umum lepas bukan disebabkan pihak lawan mempunyai agenda atau dasar lebih baik, sebaliknya mendakwa ia disebabkan kempen memburukkan beliau atas kapasitinya sebagai pemimpin.

Beliau mendakwa, penyelewengan fakta seperti dakwaan ekonomi Malaysia dalam keadaan teruk dan negara hampir bankrap ditambah dengan pelbagai janji manis pihak lawan juga antara penyebab kekalahan BN.

Najib yang juga Ketua Umno Bahagian Pekan berkata demikian semasa berucap merasmikan persidangan serentak Umno cawangan dan mesyuarat pergerakan sayap Umno Bahagian Pekan di Bangunan Umno Pekan di sini, hari ini.

HAL KELUARGA DISENTUH RAMAI

Najib seterusnya berkata, keluarga beliau juga dijadikan sasaran terutama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor yang difitnah kononnya mencampuri urusan dan menentukan keputusan dibuatnya.

Sedangkan, menurut Najib, tidak pernah sekali pun beliau mengatakan ‘tunggu dulu, saya perlu tanya isteri’ kerana semua keputusan melibatkan pentadbiran negara atau parti diputuskan pada mesyuarat Kabinet atau pun Majlis Tertinggi parti.

Walaupun sedih dengan kekalahan itu, Najib berkata, sebagai seorang mengamalkan prinsip demokrasi beliau menerima keputusan yang dibuat rakyat dan menyerahkan kuasa dengan baik.

Katanya, luahan hatinya itu dibuat di Pekan kerana penduduk di sini mengenali dirinya yang sudah 42 tahun berkhidmat di daerah ini, tempat semasa bermulanya karier beliau dalam arena politik.

Dalam pada itu, Najib berkata, selama lebih 60 tahun memerintah negara, Umno dan BN berjaya mengangkat Malaysia daripada sebuah negara serba daif dan kekurangan dari segi ekonomi dan material menjadi sebuah negara yang berjaya.

Hal itu, kata beliau, tidak dapat dinafikan kerana Malaysia kini mencapai kejayaan membanggakan sehingga diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Di mana-mana sahaja keadaan dahulu, termasuk kita di Pekan berada dalam keadaan serba daif dan kekurangan, sekarang bertukar wajah, sekarang jadi negara yang berjaya,” katanya.

Beliau berkata, kehidupan rakyat di negara ini juga banyak berubah apabila anak-anak mendapat peluang pendidikan yang sama rata sehingga ramai yang melanjutkan pengajian di luar negara dan mampu menjadi doktor, jurutera serta ilmuan dalam bidang agama.

Ini merupakan majlis pertama yang dihadiri Ahli Parlimen Pekan itu selepas BN kalah pada PRU14 pada 9 Mei, membolehkan Pakatan Harapan mengambil alih pemerintahan negara. – Bernama via (Sumber: Sinar Harian)

ROSMAH KINI BOLEH TIDUR LENA

Isteri bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak menyimpan dendam terhadap individu yang berpaling tadah dan menyalahkan suami selepas kekalahan BN dalam PRU14, lalu.

Dalam wawancara bersama akhbar Malay Mail semalam, beliau berharap segala masalah yang sedang melanda beliau dan keluarganya dapat diselesaikan dengan cara baik.

“Ia adalah perkara biasa dalam politik. Apabila kita berada di atas, semua orang sanjung, tetapi apabila kita mengalami masalah, keadaan menjadi seperti dijangkakan. Ia adalah sebahagian daripada kehidupan.

“Semua orang mempunyai hak untuk bercakap apa yang mereka mahu,” katanya.

Beliau menegaskan, fokusnya kini hanya mahu melindungi diri dan keluarganya dan yakin kehidupannya akan kembali normal secepat mungkin.

“Buat masa ini, kami hadapi apa jua yang berlaku dengan baik. Berada dalam keluarga politik, kami sudah biasa dengan keadaan ini.

“Ini adalah salah satu kesukaran dan bahaya dalam politik yang harus kami tempuh,” katanya.

Sepanjang sesi wawancara itu, Rosmah ditemani peguamnya, Datuk Geethan Ram Vincent dan M Puravalen, serta beberapa kenalan rapatnya.

Dalam wawancara itu juga, Rosmah berkata, kini beliau lebih bebas melakukan apa saja, termasuk tidur lebih lena.

“Ini adalah kehidupan yang perlu dihadapi. Saya tidak minta ia berlaku, namun ia kehidupan yang lebih baik, kini saya boleh melakukan apa yang saya mahu lakukan.

“Jika saya mahu tidur, saya boleh tidur lena dan bangun apabila suka,” katanya.

Namun, Rosmah berharap, siasatan dan pemeriksaan polis di rumahnya dapat berakhir dengan cepat, kerana beliau dan keluarganya mahu menjalani kehidupan seperti biasa.

Selain itu, beliau juga meminta polis melayani keluarganya dengan baik sebagai warga negara Malaysia.

“Saya boleh terima semua serbuan dilakukan hingga awal subuh. Saya faham keadaan itu.

“Saya percaya, seseorang itu tidak bersalah selagi tiada bukti dia bersalah. Oleh itu, kami mahukan layanan sebagai manusia. Hak untuk dihormati,” katanya.

Terdahulu, beberapa pemimpin BN termasuk Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyalahkan Najib kerana kekalahan PRU14 dengan mengatakan mereka tidak berani menyuarakan pendapat kerana takut akan tindakan balas.

Pada 2015, Najib menyingkirkan timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal dari Kabinet kerana kritikal terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib kemudianya meletak jawatan sebagai Presiden Umno dan Pengerusi BN tiga hari selepas PRU14. (Sumber: Sinar Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Kata Najib, Janji Kerajaan Nak Hapus GST Adalah Fantasi

Kenapa Siti Kasim TAK SUKA Dr Maszlee Jadi Menteri Pendidikan. Ini Puncanya.