in

Viral S3ks Selamat. Surat Terbuka BERANI Lelaki Ni Kepada Syed Saddiq Buat Ramai TERKEDU

Bacaan Ilmiah. Jom Baca Dan Kongsikan.

Viral S3ks Selamat. Surat Terbuka BERANI Lelaki Ni Kepada Syed Saddiq Buat Ramai TERKEDU | Khalifah Mail Online – Baru-baru ni viral isu s3ks selamat yang diutarakan oleh Syed Saddiq yang mengundang persepsi yang pelbagai oleh netizen. Kemuncaknya adalah surat terbuka berani lelaki ni (FB Akhi Fairuz Al-Jengkawi) yang buat ramai terus terkedu. Jom baca dan kongsikan.

TAK SETUJU DENGAN CADANGAN TU

Kehadapan Adindaku Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Nama kanda Mohd Fairuz. Bila dalam program, budak-budak panggil kanda Brother Fairuz. Tujuan kanda menulis warkah ini semata-mata untuk menjawab komentar dinda di twitter berkaitan se#ks selamat.

Gambar Hiasan

Bagi kanda, isu s#eks selamat ini sudah lama diperdebatkan oleh rakyat Malaysia. Ia kerapkali muncul setelah netizen terbaca isu pembuangan bayi di sana sini. Maka, ramailah yang cadangkan remaja ini harua diajar s#eks selamat, pakai ko#ndom atau pancut luar.

Iya, cadangan itu sangat baik untuk mengatasi masalah pembuangan bayi. Paling kurang, remaja yang sedang gersang dek za#kar yang tak mampu dikawal boleh melampiskan nafsu kepada teman wanitanya atau mana-mana perempuan tanpa rasa gusar dan gentar.

MASALAH AKAN JADI LEBIH TERUK

Namun dinda, tahukah dinda yang kondom ini hanya mampu menghalang sperma dari menembusinya sahaja. Mikrob, bakteria dan virus pula tak mampu dihalang oleh ko#ndom. Liang-liang kondom tak mampu menepis agen perosak ini. Ia lebih halus dari spe#rma.

Inilah fakta yang disampaikan oleh Dr Hameed Al-Quddah kepada kanda dahulu. Maka, individu yang menjadikan seks sebelum kahwin sebagai budaya serta bertukar-tukar pasangan, mudah sahaja baginya terkena jangkitan STD/ STI (penyakit kelamin) dan HIV AIDS.

Kanda yakin dinda pernah mendengar tentang Sifilis, Gonorea, Ketuat dan seangkatan dengannya. Semua ini telah disebutkan oleh Nabi Muhammad 1400 tahun dahulu,

“Tidaklah nampak satu perbuatan maksiat (zina, s#eks bebas, homos#eksual) pada satu-satu kaum, hingga mereka melakukannya secara terang-terang, maka Allah akan datangkan pada mereka wabak penyakit dan penyakit-penyakit lain yang tak pernah wujud dahulu ” Hadith Riwayat Ahmad.

Ya, dinda. Apa yang Nabi sebut ini telah berlaku sejak 1970 di California. Itulah kali pertama kes jangkitan AIDS direkodkan. Mereka yang dijangkiti mengamalkan se#ks bebas dan homos#eksual.

REALITI REMAJA SEKOLAH SEKARANG

Itu zaman dahulu. Bagaimana pula realiti yang berlaku kini? Kanda rasa, dinda pun sudah maklum akan hal ini. Sekarang izinkan kanda berkongsi dapatan yang telah diperolehi kanda ketika bersama para remaja.

Dinda harus sedar, isu se#ks selamat tidak berdiri sendiri, ia berkait rapat dengan ketagihan porn#ografi (boleh follow Tuan Mohd Fadhli), rogol, cabul, sexu#al grooming, se#ks luar tabie, sumbang mahram, pembuangan bayi, pengguguran, pil gugur online dan lain-lain.

Gambar Hiasan

Jika dinda hanya melihat dari aspek s#eks selamat sahaja, maka kanda sangatlah sedih dan bersimpati. Dinda itu pemimpin muda yang mempunyai visi dan misi, bakal menjadi pemimpin masa depan.

Tahukah dinda, akibat barah porno#grafi yang semakin mencengkam, anak-anak seusia 7 tahun sudah berani meniru apa yang ditontonnya di dalam video lu#cah berkenaan. Itulah kisah yang dikongsu oleh Puan Zeeda Aziz mengenai kanak-kanak perempuan, darjah satu, buat oral se#ks dengan 2 orang pelajar lelaki di dalam kelasnya. Threes#ome istilahnya dalam porno#grafi.

Aci tak andai kanda suruh budak perempuan tu teruskan perbuatannya hingga berzina, yang penting dia tahu praktik se#ks selamat.

Akal yang waras pasti akan menolak perkara seperti ini. Dinda cuba selidik adik-adik perempuan kita yang dibimbing di rumah perlindungan seperti Raudhatus Sakinah, Rumah Puteri Arafiah, Rumah Kita dan lain-lain.

RAMAI JADI MANGSA

Mereka nak sangatkah jadi begitu? Bahasa mudahnya adalah, adik-adik ini menjadi mangsa kepada sistem sedia ada. Ada yang mak bapak tak pernah cerita hal se#ks kepada anak-anak. Maka, mereka ini mencari info melalui kawan-kawan, video lu#cah sehinggalah ada yang menjadi mangsa se#x grooming di Wechat, Bigo live dan seangkatan dengannya.

Ada pula mereka ini datang dari keluarga yang bercerai-berai. Tak kurang juga yang mak ayah bersama, tetapi sibuk ya ampun bekerja memenuhi tuntutan semasa dek meningkatnya kos sara hidup.

Semua ini berangkai dinda. Soal ekonomi, pendidikan, sub topik berkaitan pendidikan se#ks, berpegang teguh pada agama, isi rumah, jenis rumah, perancangan keluarga, tips parenting, komuniti setempat, pemimpin setempat, kepala negara hinggalah masyarakat semuanya.

Jika semua aspek ini tak diperbaiki, maka jangan harap untuk kita melihat masalah sosial akan selesai. Sekurang-kurangnya, kita dapat kurangkan ia dari berlaku.

TARBIAH LELAKI TU PENTING

Kita ni lelaki dinda. Hari ini berapa ramai lelaki yang memandang kaum wanita sebagai simbol sek#s semata-mata. Berapa ramai remaja lelaki di luar sana yang tak hargai seorang wanita?

Hari ini sek#s dilakukan oleh remaja bukan sebab couple semata-mata, tetapi ada yang menjadikan zina sebagai hobi sahaja. Bila-bila masa boleh mencari partner melalui search people nearby di Wechat.

Bayangkan, andai fahaman se#ks selamat ni diimani oleh majoriti masyarakat di luar sana. Maka, kita akan melihat ada ibubapa berpesan pada anaknya,

“Wahai anakku, nak buat se#ks tu buatlah ya. Yang penting kau tak pregnant. Pakai kondom tau. Kalau tak ada duit beli kondom kat 7e, suruh pakwe kau pancut air mani dia kat luar. Ingat, jangan sampai mengandung. Se#ks selamat ya. Muah ciked.”

Sekian dari kanda, sayang kamu selalu kerana Allah.


Kredit : FB Akhi Fairuz Al-Jengkawi
Tukang Ceramah No.1 Anda

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Kucing Kesayangan Mati Dalam Dakapan. Apa Yang Terjadi 2 Hari Kemudian Lebih MEMILUKAN

Penumpang Bas GEMPAR Dan Berdiri Sepanjang Perjalanan Akibat Diserang “SESUATU”