in

Gadis Ni Marah Dipuji Berlebihan, Katanya Dulu Dia Penjual Topup Je Di Kolej, Tapi Sekarang Ni..

Semoga Kisah Ni Menjadi Inspirasi Kepada Semua. Kongsikan.

Gadis Ni Marah Dipuji Berlebihan, Katanya Dulu Dia Penjual Topup Je Di Kolej, Tapi Sekarang Ni.. | Khalifah Mail Online – Wanita ni dahulu seorang penjual topup je di kolej, selalu dipandang sinis oleh rakan-rakan kerana tidak up-to-date dengan handphone baru dan macam-macam lagi. Tapi kini semua terpana apa yang jadi pada wanita ini. Ikuti kisah dari FB Nur Aliah Mohd Nor (LINK).

VIRAL APABILA BELI SHOPLOT HARGA JUTAAN RINGGIT

Terus terang Lia terkejut besar bila ada sahabat Facebook Lia yang terlalu menyanjung Lia berlebih-lebihan. Tolong jangan sampai puja Lia please!

Lia tahu mungkin korang ada terbaca artikel viral tentang Lia yang dah beli shoplot jutaan ringgit dan juga tentang target bisnes Lia dengan Dexandra untuk buat sales RM960,000 dalam masa 4 bulan ni.

Ya, memang betul tapi jangan la pandang Lia ni tinggi sangat sebab Lia dulu pun hanyalah penjual topup biasa je!

DULU HANYA PENJUAL TOPUP JE

Lia pernah je ke hulu ke hilir dari kolej ke kolej, dengan panas terik berpeluh-peluh, tebalkan muka merayu-rayu pada orang untuk beli topup dengan Lia masa di Uitm Arau dulu. Kadang-kadang ada orang beli. Kadang-kadang tu habuk pun takde.

Kadang-kadang tu bila dah takde duit sangat, Lia offer servis repair laptop pada student student di UiTM. Bukan tu je, kucing parsi kawan pun Lia tolong jualkan tau. Boleh la sikit-sikit untuk tampung makan minum Lia masa zaman belajar dulu kan.

Lia terlibat serius dalam bisnes ni bermula masa Lia cuba-cuba jadi dropshipper bisnes Ori Reject Perfume. Daripada situ la Lia belajar bab teknikal dan sistem dropship ni. Dari situ timbul keyakinan dalam diri Lia, akhirnya Lia putuskan dalam hati ” satu hari nanti lia nak ada team dropshipper dan team sales sendiri! “

GROUP CHETTAKI OMEY

Ajaibnya lintasan hati Lia ni Allah makbulkan!

Hanya dengan bermula 10 orang je Lia tubuhkan group Chettaki Omey. Group Chettaki Omey ni tak buat produk sendiri tau. Kita jual je produk orang. Lagi senang! Hehe. Akhirnya selepas buat beberapa kajian, Lia putuskan untuk jadikan perfume Dexandra sebagai produk jualan untuk Chettaki Omey.

Bermula dengan 10 orang, perlahan-lahan Chettaki Omey berkembang menjadi 20 orang. Tak lama lepastu menjadi 50 orang. Lepastu, perlahan lahan lagi tanpa sedar ahli Chettaki Omey menjadi 100 orang dan sekarang ni dah cecah 350 orang dah! MasyaAllah! Syukur!

PERNAH DITIPU KAWAN. KERUGIAN RM100K !!!

Tapi korang jangan ingat Lia ni berjaya dalam bisnes sebab bertuah je. Sebenarnya 2 kali Lia bermula daripada kosong tau. Pertama, masa Lia mula-mula berjinak dengan bisnes dulu bermodalkan RM50 saja untuk mulakan perniagaan pertama Lia iaitu topup. Kedua, Lia bermula balik daripada kosong bila Lia ditipu RM100K dalam sekelip mata oleh kawan Lia sendiri. Masa tu semua benda dah Lia gadai. Duit dah kosong!

Dengan betul-betul tawakal pada Allah, Lia kembali bangkit. Lia bersihkan hati Lia, Lia berbisik dan berdoa pada Allah semoga Dia keluarkan Lia daripada ujian dasyat ni. Dan selepas itu, Allah hantarkan pelangi yang indah pada Lia, Lia dapat hadiah untuk menunaikan umrah secara percuma bersama kedua ibu bapa Lia pada awal tahun ini. Allahu, satu-satunya impian Lia pernah tulis di satu kertas ketika umur Lia 23 tahun.

Di samping itu, Lia mantapkan lagi skill menjual group team Chettaki Omey Lia tu. Rupanya Allah dengar doa dan usaha Lia, dalam sekelip mata je ranking Lia dalam stokis Dexandra yang dah jatuh teruk menjadi ranking ke-50 tiba-tiba naik mendadak menjadi Top 3!

RAHSIA BISNES BERJAYA

Sini Lia nak bagi 3 rahsia dan teknik untuk berjaya dalam bisnes, pertama sekali betulkan niat kita setiap pagi sebelum nak mulakan buat bisnes. Niat kita buat business ini kerana Allah dan Rasul. Bila niat kita betul, InshaaAllah Allah swt akan permudahkan segalanya. InshaaAllah satu per satu mudahnya kejayaan itu datang pada kita.

Kedua, berdoa yang betul supaya rezeki kita menjadi semakin bertambah dan akan kekal dengan kita. Caranya, tukar sikit je ayat doa dari ” Ya Allah, berikanlah aku rezekiMu ” kepada ” Ya Allah, KURNIAKANlah aku rezekiMu ” Kalau kita sebut beri, Allah akan ambil balik bila bila masa je namun sekali Allah dah kurnia, memang Allah akan kurniakan je kat kita sepenuhnya dan selamanya.

Ketiga, tulis apa yang kita nak capai dalam masa 1 ke 3 tahun. Tulis impian kita, beranikan tulis impian kita walaupun kita rasa mustahil nak dapat, tapi tak mustahil bagi Allah untuk makbulkan impian kita itu. Tulis dengan jelas, bila dan berapa kena capai. Contoh seperti ini, ” Syukur Alhamdulillah, Lia berjaya mencapai sales rm960,000 dengan mudah dan senang pada 31 December 2017. ” Dan sentiasa bersedekah walaupun RM1.00 sehari.

DAN JANGAN LUPA BERSEDEKAH

Satu lagi rahsia Lia nak bongkarkan, jangan lupa setiap hari bersedekah walaupun RM1.00 sehari. Bila pergi pasar malam ke, kalau beli kuih tu, bagi je duit lebih pada makcik jual kuih tu. Dan kata pada makcik itu, duit lebihan itu tolong belanja orang yang seterusnya nak beli kuih tersebut. Secara tak langsung, Lia dapat bantu makcik itu dan bahagiakan ramai orang, bila orang berdoa rezeki kita semakin bertambah.

Alhamdulillah. Dengan penuh rasa kesyukuran, Lia nak bagi 10 botol perfume Dexandra yang berharga RM650 kepada followers Facebook Lia (Nur Aliah Mohd Nor), semoga korang la antara yang bertuah untuk dapat perfume percuma Dexandra bernilai RM650 daripada Lia ye.

Jangan lupa kongsikan kisah hidup Lia pada yang lain juga. Semoga kisah hidup Lia ni boleh jadi inspirasi kepada mereka yang nak berjaya dalam hidup dan bisnes.

Jangan putus asa walaupun sekarang korang takde apa-apa pun lagi sebab Lia dulu pun hanyalah penjual topup je! Ingat, jalan sentiasa ada di hadapan! Jom ramai-ramai add dan follow Facebook Lia ye : Nur Aliah Mohd Nor

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

ALLAHUAKBAR. Luahan Kakak Pelajar Tahfiz Yang Maut Ni Buat Ramai MENANGIS…

8 Bulan “PANTANG”. Mata Rabun Aku Akhirnya PULIH. Ini Caranya Buat Ramai TERKEJUT