in ,

Pelakon Popular Noorkhairiah TERKILAN. Puncanya Buat Ramai Peminat Simpati

Lakonannya Memang Sangat Power Dan Menjadi. Setuju ?

Pelakon Popular Noorkhairiah TERKILAN. Puncanya Buat Ramai Peminat Simpati | Pelakon Noorkhairiah atau dikenali sebagai Aishah dalam drama Nur yang meletup, terkini menyatakan rasa terkilan yang amat sangat. Puncanya buat ramai simpati. Tak sangka.

JANGAN LIBATKAN IBU BILA MENGUTUK WATAK LAKONAN SAYA

Pelakon, Noorkhiriah Ahmad Shapie terkilan apabila ibunya turut menjadi mangsa kecaman segelintir peminat yang tidak senang dengan karakter kontroversi yang dibawanya dalam drama, Nur.

Noorkhiriah, 42, berkata, pada mulanya dia tidak ambil peduli pelbagai kata kesat yang dihantar menerusi mesej peribadi di laman sosial. Namun, terpaksa bersuara apabila emaknya yang tidak berdosa turut dikaitkan sama.

“Mengapa mahu babitkan emak saya dalam hal ini? Saya tidak kisah dikecam, malah sudah bersedia menerimanya apabila membawa watak wanita bertudung labuh yang jahat. Tetapi, apabila sampai tahap mencaci dan memaki emak saya, saya tidak boleh menerimanya,” katanya.

Pelakon yang pernah tiga kali menjulang trofi Artis Komedi Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) itu bagaimanapun, tidak menafikan, ia berlaku mungkin kerana penonton sukar menerima karakter itu kerana sebelum ini, dia lebih dikenali dengan watak komedi dan gila-gila.

Namun, ibu kepada dua cahaya mata lelaki itu mengakui, watak Aishah memberikannya kepuasan maksimum kerana bukan mudah untuk menggambarkan wanita bertudung labuh memegang karakter antagonis.

“Dalam hal ini, saya memuji usaha pengarahnya, Shahrulezad Mohameddin yang berjaya membentuk saya menghidupkan lagi watak itu. Kita kena terima hakikat, karakter seperti Aishah adalah realiti masa kini,” katanya.

Biarpun ramai memuji keberkesanan watak yang dibawanya dalam drama itu, Noorkhiriah mengakui, terdapat segelintir pihak yang kurang senang apabila dia kembali berlakon selepas setahun berehat.

“Memang ada pihak yang marah-marah apabila saya mengambil keputusan untuk kembali berlakon. Kata mereka, saya tidak tetap pendirian. Tidak dinafikan, ketika keputusan untuk berehat dibuat, emosi saya tidak stabil.

“Berikutan itu, terkeluar kenyataan saya mahu bersara daripada lakonan. Sedangkan, jiwa saya sudah sebati dengan bidang ini. Apabila menerima tawaran mengacara dan membintangi Nur, saya dapat rasakan, ini sebenarnya jiwa saya,” katanya.

Mengharapkan rezekinya dalam bidang lakonan akan dipermudahkan, Noorkhiriah berkata, dia berbangga dapat membuktikan pelakon bertudung juga mampu mempelbagaikan karakter, asalkan pengarah berani menongkah arus. (Sumber: Berita Harian)

PELAKON ADREA – KENAPA GANGGU SUAMI SAYA?

Pelakon, Adrea Abdullah, terkejut apabila suaminya, Zul Fadzli Selamat, menjadi mangsa gangguan seksual di laman sosial.

Menurut bintang Blok 404 ini, dia bingung memikirkan perkara itu apabila kebanyakan gangguan adalah daripada golongan lelaki, dengan sebahagiannya bertindak mengirimkan mesej berbaur lucah.

“Lebih pelik, gangguan seksual itu semakin menjadi-jadi selepas dia berkahwin dengan saya. Pada peringkat awal, mesej dihantar itu kelihatan kelakar. Namun lama-kelamaan, ia sudah dianggap keterlaluan apabila ada yang berani mengajaknya melakukan perkara tidak senonoh.

“Saya sendiri tidak faham kenapa semua ini masih terjadi? Sudah terang-terangan suami saya seorang lelaki sejati, sekalipun ada yang beranggapan sebaliknya,” kata Adrea kepada BH Online.

Adrea berkahwin dengan pengarah dan juruvideo itu pada 9 Jun lalu selepas kira-kira lima tahun memegang status ibu tunggal.

“Sepatutnya kami berkahwin selepas musim raya. Bagaimanapun, keluarga meminta pernikahan kami dipercepatkan supaya saya dapat bawa balik suami beraya di Kelantan. Akhirnya, kami memilih untuk bernikah pada bulan puasa lalu di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail.

“Cuma, buat waktu ini kami belum sempat untuk berbulan madu kerana kesibukan kerja. Tambahan pula, filem Blok 404 juga mula ditayangkan pada 28 Jun lalu.

“Insya-Allah kami merancang untuk mengadakan dua lagi majlis resepsi pada Oktober atau November depan,” katanya yang mempunyai seorang anak lelaki menerusi perkahwinan terdahulu.

Sementara itu, Adrea reda andai peminat membenci watak wanita jalang lakonannya dalam filem berkenaan.

“Di alam realiti, saya sendiri tidak menyukai perempuan sedemikian. Tetapi, saya tidak boleh menolak tawaran terbabit hanya kerana tak suka dengan watak sebegitu. Dalam lakonan, saya perlu mencabar diri,” katanya.

Filem Blok 404 diangkat daripada naskhah yang pernah mencipta fenomena di negara ini, kira-kira 16 tahun lalu, ketika ia dikeluarkan dalam bentuk video cakera padat (VCD).

Masih mengekalkan beberapa pelakon asal seperti Zamarul Hisham, Raja Azrey dan Boy Iman, filem arahan Azma Aizal Yusoof atau Isma itu turut membariskan Fasha Sandha, Nur Risteena Munim, Amar Asyraf, Nadia Brian, Aedy Ashraf, Kamal Adli, Kilafairy, Azrel Ismail, Izreen Azminda dan Taufik Hanafi. (Sumber: Berita Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Tak Puas Hati Jamal Menang. Ini Rancangan Khir Toyo Buat Ramai Respek

Hari Ni Syed Saddiq Padam Rekod Puluh Tahun Najib. Ini Puncanya