in

5 Fakta MENGEJUTKAN Tentang Kehebatan Tentera Turki Yang Ramai TAK TAHU

Subhanallah. Antara Negara Islam Yang Paling Terkehadapan Era Ini

5 Fakta MENGEJUTKAN Tentang Kehebatan Tentera Turki Yang Ramai TAK TAHU | Khalifah Mail Online – Antara negara Islam yang paling ke terkehadapan dalam era ini yang banyak mengulas isu-isu semasa adalah negara Turki. Memang kalau nak dibanding dengan kehebatan ketenteraannya dengan kuasa besar dunia seperti Amerika dan Rusia, dan negara Islam seperti Iran dan Pakistan, Turki bukan lah yang terbaik. Tetapi prestasinya meningkat naik dengan sangat drastik dan hampir menandingi mereka. Boleh baca kehebatan Turki kini.

TURKI BAKAL JADI KUASA TENTERA YANG DIGERUNI DUNIA

Apabila bercakap tentang negara dengan kekuatan tentera yang terhebat, jarang sekali orang menyebut nama negara Turki. Sedangkan negara ini boleh dikatakan agak luar biasa kekuataannya. Tidak ramai yang tahu, negara kepimpinan Erdogan ini berada pada kedudukan ke-lapan dalam dunia yang mempunyai kekuatan tentera terkuat, malah merupakan satu-satunya negara islam menurut Business Insider.

Jadi, apakah sebab apa tentera Turki masuk dalam kelas teratas tentera dalam dunia? Ini lima sebab kenapa tentera Turki dikatakan antara negara yang mempunyai kekuatan tentera paling kuat di dunia.

1. JUMLAH TENTERA AKTIF YANG RAMAI

Jika melihat data yang ada menurut Global Fire Power, jumlah anggota tentera Turki mencecah kira-kira 410 ribu orang. Jumlah ini boleh dikatakan sangat banyak dan jika dilihat dari rangkingnya, Turki menduduki kedudukan 14 negara dengan tentera terbanyak di dunia. Mereka mampu melawan negara-negara besar seperti Itali, Jepun, atau Arab Saudi.

Dengan jumlah tentera aktif yang sedemikian banyak, tentu ini jadi penyebab Turki itu kuat. Malah, walaupun kekuatan Turki jarang dilaporkan oleh media, Turki juga ternyata mempunyai banyak unit-unit khas yang kemampuannya sangat diakui.

2. JUMLAH KENDERAAN TENTERA DARAT YANG BANYAK

Jika dilihat dari segi kekuatan sistem pertahanan daratnya, Turki boleh dikatakan sebagai salah satu yang terbaik di Asia dan Eropah. Hal ini dilihat dari jumlah kenderaan tempur darat yang mereka miliki.

Jika dilihat dengan lebih teliti, Turki mempunyai sekurang-kurangnya 3778 buah kereta kebal yang sudah bersiap untuk berperang. Jumlah ini adalah yang tertinggi iaitu pada kedudukan ke-sembilan di dunia. Untuk kenderaan taktikal perang, negara ini mempunyai kira-kira 7550 dan menduduki tangga ke-tujuh terbanyak di dunia. Ini belum termasuk kenderaan pengangkut peluru berpandu.

3. KEKUATAN TENTERA UDARA YANG ANTARA TERBAIK DUNIA

Turki bukan sahaja mempunyai kekuatan yang digeruni di darat, tetapi di udara. Mereka boleh dikatakan terlalu kuat jika dibandingkan dengan negara-negara tentera kelas dua. Tentang kekuatan pertahanan udara, dicatatkan Turki mempunyai kelengkapan yang cukup bagus.

Turki mempunyai kira-kira 207 jet pejuang, 64 helikopter tempur, serta kira-kira 439 pesawat pengangkut. Jika dilihat dari kedudukannya, Turki menduduki kedudukan ke-18 negara dengan jet pejuang terbanyak serta tangga ke-tujuh bagi negara pemilik helikopter tempur paling banyak.

4. MEMPUNYAI TENTERA LAUT YANG LUAR BIASA

Tidak banyak yang tahu tentang kekuatan laut Turki. Oleh sebab itu, majoriti orang menganggapnya biasa-biasa sahaja. Sedangkan kekuatan laut Turki itu sangat luar biasa. Malah boleh dikatakan sebagai salah satu negara dengan keupayaan tentera laut paling digeruni di dunia.

Turki juga mempunyai kelengkapan laut yang sangat bagus. Mereka punya 16 buah kapal kapal fregat, 8 buah kapal korvet, serta kapal selam yang sejumlah 13 buah dan merupakan ke-sembilan terbanyak di dunia. Dengan gabungan jumlah pertahanan laut ini, Turki menjadi antara negara yang cukup ditakuti di lautan.

5. BAJET TAHUNAN KETENTERAAN ANTARA TERTINGGI DI DUNIA

Ukuran kekuatan tentera bukan hanya pada jumlah tentera dan alat tempur saja, tetapi juga pembiayaan. Malah dana atau bajeT boleh dikatakan adalah faktor paling utama daripada hal lain. Dan Turki adalah salah satu negara yang memperuntukkan bajek ketenteraan terbesar di Asia dan Eropah.

Jumlahnya sendiri cukup mengejutkan, iaitu kira-kira $18 bilion. Ini hanya peruntukan untuk sistem pertahanan saja, tentang kemampuan beli Turki juga luar biasa. Dana yang boleh dibelanjakan untuk tentera adalah kira-kira $ 118 bilion.

Inilah fakta mengenai kekuatan ketenteraan Turki. Antara negara lain yang turut termasuk dalam 10 negara besar terkuat itu adalah Jepun, Turki, Inggeris, Perancis, Jerman dan Korea Selatan. KONGSIKAN.

SUMBER : LAICIKANG

Loading...

Comments

Leave a Reply
  1. Msia pun hebat dimata dunia, negara rasuah paling tinggi dlm dunia huhu. Hanya hulur rm100 kpd org melayu dkt nk pru maka pulau pinang pun blh dijual kpd org cina.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

5 “BENDA” Di Bumi Berasal Dari SYURGA Yang Ramai TAK TAHU. Subhanallah

Raja Salman Dan Bill Gates. Siapa Yang LEBIH KAYA ? Jawapannya Buat Ramai TAK SANGKA