in

Binaan Tembok Buraq Di Masjid Al Aqsa ROSAK. Ini Alasan Zionis Buat Ramai Umat Islam GERAM

Semoga Allah Satukan Hati-Hati Umat Islam Semua Jadi Kuat Dan Dapat Bebaskan Kembali Masjid Al Aqsa. Amin.

Binaan Tembok Buraq Di Masjid Al Aqsa ROSAK. Ini Alasan Zionis Buat Ramai Umat Islam GERAM | Tempat bersejarah umat Islam, Tembok Buraq rosak teruk akibat penggerudian mengejutkan pihak Zionis. Alasan mereka buat ramai umat Islam geram. Ada video. Tak sangka.

BATU BESAR JATUH, BINAAN ROSAK

Bongkah batu gergasi jatuh dari Western Wall hampir terkena seorang wanita Yahudi. Alasan Pihak Zionis ini tak boleh diterima.

Sebongkah batu besar jatuh dari Tembok al-Buraq di Masjid al-Aqsa semalam, dipercayai akibat kerja-kerja penggalian dan pembinaan terowong bawah tanah yang berterusan oleh pihak Yahudi.

Kejadian berlaku berdekatan kawasan Muzium Islam, bersebelahan Pintu al-Magharebah dan Tembok Ratapan. Rejim Zionis giat melakukan penggalian demi penggalian di kawasan muzium tersebut.

al aqsa buraq

Pihak Jabatan Wakaf percaya kejadian tersebut bukanlah suatu kebetulan, tetapi ianya dirancang untuk menguji kekuatan tembok al-Aqsa serta kesan fizikal pada tembok tersebut.

Susulan kejadian, pihak berkuasa Zionis menutup kawasan dan enggan memberi sebarang maklumat berkenaan sebab-sebab batu tersebut jatuh.

Sejak beberapa tahun lalu, rejim penjajah Zionis enggan membenarkan Unit Kejuruteraan Jaban Wakaf dan pekerja UNESCO memeriksa kerosakan akibat penggalian yang dijalankan di situ.

ZIONIS SALAHKAN UDARAM LEMBAB DAN AKAR POKOK SEBAGAI ALASAN

Beberapa batu keretakan kelihatan di kawasan berdekatan menunggu masa untuk jatuh.

Dahulu, beberapa bongkah batu pernah jatuh pada tahun 2004. Kerajaan Jordan telah membaik pulih kawasan tersebut tetapi pihak Zionis Israel mendakwa pemuliharaan yang dilaksanakan pihak Jordan tidak dilakukan dengan baik.

Pada tahun 2009, Israel Antiquities Authority (IAA) melakukan 3 bulan pemuliharaan dan berpuas hati dengan kerja mereka.

Beberapa penyokong pro-Zionis memberi komen, “Biarkan ia jatuh. Runtuhkan Masjid al-Aqsa dan binalah Haykal Sulaiman.”

Seperti yang didedahkan Syeikh Raed Salah, Zionis Israel giat menggali terowong bawah tanah di Masjid al-Aqsa.

Apakah nasib masjid ketiga paling suci buat umat Islam ini?

Video Kejadian Batu Jatuh Di Tembok Buraq al Aqsa

Sumber: Haluan Palestine, Aqsa Syarif via Salam

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Zahid Kata KJ Tolak 3 Tawaran Jawatan. Ini Jawapan Balas KJ Buat Ahli Umno KOMPIUS

GEMPAR. Terkini Kes Najib Mungkin Dibicarakan Di Depan Hakim Baru. Laporan PENUH.