in

Israel Akhirnya Bayar Turki RM80 Juta. Puncanya Buat Ramai Umat Islam GEMBIRA

Israel Ni Berani Buat Kena La Berani Tanggung. Syabas Turki.

Israel Akhirnya Bayar Turki RM80 Juta. Puncanya Buat Ramai Umat Islam GEMBIRA | Khalifah Mail Online – Baru-baru ni Israel mengumumkan secara terbuka yang mereka terpaksa membayar pampasan sebanyak $20 juta atau RM80 juta terhadap Turki ekoran krisis kemanusiaan yang pernah berlaku sebelum ini. Boleh baca perincian berita ini di bawah.

Israel akhirnya telah membayar wang pampasan sebanyak $20 juta (atau RM80juta) kepada keluarga mangsa serangan Israel terhadap sebuah kapal bantuan Turki yang membunuh 10 orang pada 2010, media Turki memetik Menteri Kewangan Turki Naci Agbal sebagai berkata pada hari Jumaat, lapor media Pakistan.

Tindakan tegas Turki dalam hal tersebut telah membuatkan Israel terpaksa beralah. Pembayaran itu, yang akan dibahagikan kepada 10 keluarga, diputuskan kira-kira sembilan bulan selepas Israel, yang telah membuat permintaan maaf atas serangan itu – salah satu syarat Ankara bagi menjalinkan hubungan semula – bersetuju membayar pampasan kepada keluarga mereka yang terbunuh.

Pampasan telah dibayar kepada keluarga mereka yang kehilangan nyawa mereka dalam serangan Kapal Mavi Marmara,” kata media Turki memetik kata-kata ahli politik Turki, Agbal.

Hubungan antara Israel dan Turki semakin tegang pada 2010 apabila aktivis pro-Palestin Turki dibunuh oleh komando Israel yang menguatkuasakan sekatan tentera laut di Semenanjung Gaza.

Tentera Israel menyerang sebuah kapal, Mavi Marmara, yang mengetuai sebuah armada ke wilayah Palestin yang dipimpin oleh gerakan Hamas.

Bagaimanapun, pada Jun 2016, kedua-dua negara itu sepakat untuk memulihkan hubungan, dipacu oleh prospek tawaran minyak Mediterranean yang lumayan serta kebimbangan kedua-dua negara terhadap risiko keselamatan di Timur Tengah.

Presiden Turki, Tayyip Erdogan mengumumkan duta baru ke Israel pada November tahun lalu, langkah sama dilaksanakan Israel, dalam usaha memulihkan hubungan diplomatik antara dua negara yang dulunya pernah menjadi sekutu.

Sumber: Laicikang

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Hamas Ucap Terima Kasih Kepada Korea Utara. Puncanya Buat Ramai Umat Islam TERPANA

TAK PERNAH Gogok Gigi 20 Tahun. Apa Yang Berlaku Di Klinik Buat Ramai TERKEJUT