in

Budak Ni Nak Buat Keke Challenge Tapi Mak Tak Bagi. Tapi Last2, Mak Dia Yang Lebey.

Trend Macam Ni Sat Je Viral. Mula Tik Tok, Pastu Keke, Pastu Apa Pulak? Apa-Apa Pun Jangan Lupa Alam Barzakh Ye.

Budak Ni Nak Buat Keke Challenge Tapi Mak Tak Bagi. Tapi Last2, Mak Dia Yang Lebey. | Sekarang trend pulak Keke Challenge ni. Tapi paling lawak, budak ni buat “Keke” tapi mak dia tak bagi. Tapi tak tahan tu, last2 mak dia yang lebey. Adoi. Ada video. Tak sangka.

ANAK AJAK BUAT KEKE, TAPI LAST-LAST MAK YANG LEBEY

Selain dari artis Malaysia dan macam-macam lagi, yang paling tampak neutral adalah video Keke yang ni. Mula budak tu (Merrick Hanna) ajak mak dia (Marrie Poppins) buat Keke lepas tiba-tiba lagu Drake tu main kat video kereta.

Pada mulanya mak dia tak nak, tapi last-last, layan la jugak. Siap buat style robot pulak tu. Aiseh. Hahaha.

Video Anak Ajak Mak, Last2 Mak Yang Lebey. Huhu

APA TU KIKI CHALLENGE?

Selepas TikTok, viral pula di laman sosial video #kekechallenge dimana individu perlu keluar dari kereta dan menari di tepi kereta sambil kenderaan tersebut bergerak.

Trend ini digunakan untuk meraih populariti dan hiburan untuk tontonan umum.

Teguran PU Amin

Pencetus Ummah, Amin lantang menegur individu yang membuat #Kekechallenge di media sosial yang menganggap mereka lebih pentingkan populariti dari agama.

Tadi aku terkesan bila aku nampak depan mata budak perempuan marah ngomel ngomel dengan bapak dia sebab bapak dia tak record betul betul masa dia tengah joget nak buat keke challenge ntanh pebende ntah.

Aku cuma nak cakap ingat dalam Al Quran ada Surah An Nisa , Surah yang Allah Swt buat khusus untuk memuliakan dan menghormati wanita . Nak menari berjoget lentik macam mana pun buat dalam rumah depan orang yang halal..

Pesanan dan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh aku abang bebel. Adeh lepas satu satu budaya pamer maksiat ni wujud . Aku hanya mampu menegur sahaja . Kalau marah tak suka maknanya korang tengah makan cili . Babai Everybody.

Aku tegur bukan sebab aku ni budak skema baik soleh ya malaikat , tapi aku tak nak masyarakat buat benda pelik pelik yang tak ada manfaat..
.
Nabi sabda : ‘Tinggalkan benda yang tidak bermanfaat’ . So korang sharelah nasihat aku kat FB sebab FB aku kena block lagi ni . #Jangan #Jadi #Pembaris (Sumber: Instagram PU Amin)

PAK NIL – KALAU MASIH MUDA PUN TAKKAN BUAT

PENGACARA tersohor, Datuk Aznil Hj Nawawi akui tidak gemar atau setuju dengan aktiviti yang sedang tular kini iaitu ‘Keke Challenge’.

Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya, Aznil memberitahu dia tidak akan menyahut cabaran tarian itu kerana ia aktiviti yang tidak berfaedah malah boleh menyebabkan kemalangan dan membahayakan diri.

Menurut Aznil yang lebih dikenali dengan panggilan Pak Nil, dia juga berpegang kepada pesan ibu bapanya.

“Kalau #paknil muda pun Paknil rasa tak lah terikut nak buat camni.

“Mak ayah Paknil pernah berpesan. ‘Dari kau baru lahir, ayah mak jaga kau sampai nyamuk gigit pun
kami jaga. Supaya apa? Supaya kau tak cacat di tangan kami. Bila besar, kau sendiri pulak yang sengaja cari kecacatan dengan buat benda-benda yang tidak ada faedah,’” tulisnya.

Dalam entri yang sama Pak Nil memuat naik video beberapa remaja yang melakukan cabaran tersebut tetapi tidak berjaya kerana terjatuh dan kemalangan ketika sedang keluar dari kereta.

Rata-rata pengikut IG Pak Nil juga menyokong dan bersetuju dengan pendapatnya. (Sumber: Astro Awani)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Mat Hassan Umno 2019

Tun Mahathir Kata Umno Dan PAS Adik Beradik. Ini Jawapan Balas Mat Hasan Buat Ramai Terkedu

Ketika Sambutan Hari Jadi Najib Di Parlimen. Berlaku SESUATU Menakutkan Yang Ramai Tak Tahu