in

Ada Ahli Umno Seranah Kematian ADUN Balakong. Lepas Berdiam Diri, Ini Tindakan Zahid.

Semoga Kejadian Seperti Ini Menjadi Iktibar Bukan Sahaja Kepada UMNO, Tetapi Kepada Seluruh Rakyat Malaysia. Ini Kan Malaysia Baru. Allahuakbar.

zahid marah

Ada Ahli Umno Seranah Kematian ADUN Balakong. Lepas Berdiam Diri, Ini Tindakan Zahid. | Ekoran viral pagi tadi ada ahli Umno seranah kematian ADUN Balakong, ini tindakan mengejutkan Zahid Hamidi buat ramai setuju.

AMARAN TERHADAP AHLI UMNO YANG KELUAR KATA KESAT

Umno tidak boleh menerima sesiapa di kalangan anggotanya yang mengeluarkan kenyataan tidak wajar terhadap kematian seseorang, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut presiden Umno itu, perbezaan agama atau politik tidak sepatutnya berlarutan sehingga “menyimbahkan” perasaan benci seseorang.

Katanya kecaman tidak wajar dibuat ke atas seseorang walaupun mungkin semasa hayatnya individu terbabit pernah melakukan kesilapan.

“Dalam isu kematian, biarpun berbeza agama – apatah lagi berbeza politik – tidak seharusnya terdapat rasa kebencian yang disimbahkan.

“Umno tidak boleh menerima sesiapa saja di kalangan ahlinya yang mengeluarkan kenyataan berupa seranah biarpun semasa hayatnya mendiang mungkin pernah melakukan kesilapan dengan menghamburkan kata-kata kesat yang berupa cacian,” katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Ahmad Zahid berkata demikian sebagai sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Anggota Dewan Undangan Negeri Balakong, Eddie Ng Tien Chee yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya awal pagi tadi.

Ng terbunuh selepas kenderaan pacuan empat rodanya merempuh bekalang sebuah lori di kilometer 12 Lebuh Raya Cheras – Kajang.

Sedia Letak Calon

Pagi tadi bekas ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengejutkan orang ramai apabila menyifatkan kematian Ng sebagai berkurangnya “kaki fitnah” di negara ini.

Kata Datuk Razlan Rafii melalui ciapan di Twitter, Malaysia juga menjadi aman dengan terbunuhnya Ng.

Tindakan itu mendapat kecaman hebat orang ramai, malah bekas bos Razlan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, turut mendesak Ahmad Zahid mengecam tindakan Razlan.

Kata bekas ketua Pemuda Umno tersebut parti itu ditolak oleh orang ramai disebabkan oleh perkataan dan perbuatan salah individu tertentu.

“Mesti tunjukkan kepimpinan,” ciap Khairy kepada Ahmad Zahid yang pernah ditentangnya untuk jawatan presiden Umno dalam pemilihan akhir bulan lalu.

BACA AKHIRNYA RAZLAN MINTA MAAF (LINK)

Bagaimanapun kenyataan Ahmad Zahid tidak merujuk sebarang nama.

Sementara itu mengenai kekosongan kerusi Balakong, Ahmad Zahid berkata BN bersedia meletakkan calon apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkannya secara rasmi.

Katanya calon itu akan ditentukan setelah perbincangan mengenai perkara itu pada mesyuarat parti-parti komponen BN.

“Calon yang bertanding akan dipilih daripada nama-nama yang akan dikemukakan parti komponen yang meletakkan calonnya pada PRU ke-14 lalu,” katanya.

Untuk rekod BN kini wujud dengan hanya tiga parti iaitu BN, MCA dan MIC. (Sumber: Malaysiakini)

ISU KASUT HITAM. PEMBANGKANG SEBAR BERITA PALSU YANG TAK BETUL

Maklumat palsu sedang diedarkan di media sosial menggunakan laporan Malaysiakini mengenai pengumuman Menteri Pelajaran, Maszlee Malik bahawa urid-murid tidak lagi perlu berkasut putih mulai tahun depan.

Imej yang memaparkan gambar Maszlee, memuatkan kenyataan “tambahan” yang bukan seperti laporan asal Malaysiakini.

Kenyataan “tambahan” itu mendakwa bahawa kasut hitam mesti dibeli daripada jenama yang disyorkan oleh kerajaan dan 10 peratus daripada setiap pembelian akan ke Tabung Harapan Negara.

Maszlee dalam ciapanya itu turut menulis perkataan “palsu” dan “fake” berserta imej yang diedarkan berkenaan.

“Ada pihak tidak bertanggungjawab telah menyebar poster ini dan saya ingin menegaskan bahawa kenyataan ini adalah fitnah.

“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegini dan rakyat Malaysia boleh melihat kembali rakaman program Bicara Minda di Sinar Online,” katanya merujuk kepada kenyataan “tambahan”pada imej itu.

Pada forum semalam di Shah Alam, Maszlee berkata keputusan pertukaran warna kasut berkenaan dibuat hasil maklum balas yang diterima kementerian daripada ibu bapa.

Menteri itu tidak menyebut apa-apa mengenai jenama kasut mahupun menyentuh mengenai Tabung Harapan Negara. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Kasut Murid Hitam. Akhirnya Ini Komen PIBG Malaysia Yang Ditunggu Ramai

Tegur Maszlee Isu Kasut Hitam. Ini Komen Balas KJ Kepada Rais Yatim Yang Ramai TAK TAHU