in

PRK Sg Kandis. Cadangan BERANI Azwan Bro Buat Ramai Ahli UMNO Berang

Nampak Macam Dah Ada Ketegangan Dalam Kem UMNO. Boleh Kah Mereka Menang PRK Sg Kandis ?

PRK Sg Kandis. Cadangan BERANI Azwan Bro Buat Ramai Ahli UMNO Berang | Minggu lepas UMNO Selangor buat keputusan mengejutkan bila mahu bertanding guna bendera Umno dan bukan BN. Hari ni lebih mengejutkan lagi bila Azwan Bro, bekas Pemuda Umno beri cadangan berani yang buat ramai ahli Umno berang. Wah tak sangka.

TAKYAH BERTANDING PRK SG KANDIS. TUMPU PULIH UMNO

Seorang bekas pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mencadangkan parti itu tidak meletakkan calon bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis pada 4 Ogos ini.

Bagaimanapun, bekas Naib Ketua pergerakan itu, Senator Datuk Khairul Azwan Harun berkata, terserah kepada pucuk pimpinan UMNO untuk membuat keputusan, tetapi seeloknya parti perlu memberi tumpuan kepada usaha pemulihan.

“Saya telah cadangkan agar parti tak perlu bertanding di PRK Sg Kandis. (Tetapi), terserah pada pucuk pimpinan untuk buat keputusan,” katanya yang dipetik sebagai berkata menerusi laman Twitternya.

Beliau yang tewas dalam pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO pada 30 Jun lalu berkata, sekiranya UMNO tetap mahu bertanding, diharapkan tidak sekali-kali mengetepikan Barisan Nasional (BN).

“Janganlah ketepikan BN. Gunalah BN kerana kita hidup dalam demografi rakyat yang berbilang kaum, agama, budaya dan latar belakang,” katanya.

Khairul Azwan memberi respon kepada kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Ahmad Nadzari Dahlan yang dilaporkan sebagai berkata, UMNO kemungkinan akan menggunakan logo parti, bukan BN pada PRK kali ini. (Sumber: Malaysia Gazette)

TERKINI NAJIB BARU PERASAN SATU LAGI AKAUN DIA DIBEKU

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baharu menyedari ada sebuah lagi akaun banknya telah dibekukan sejak minggu lepas.

Jelas beliau, akaun bank tersebut tidak digunakan untuk membuat sebarang transaksi dan selama ini ianya hanya menerima bayaran gaji beliau sebagai ahli Parlimen dan bekas Menteri Besar Pahang sahaja.

Menurut Najib, beliau hanya menyedari akaun tersebut dibekukan apabila sekeping cek yang dikeluarkan untuk membayar rawatan anak perempuannya tidak dapat ditunaikan.

“Perbuatan yang dilakukan oleh agensi berkenaan adalah tidak wajar dan pembekuan akaun saya adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.

“Saya kecewa dengan tindakan draconian kerajaan pada hari ini,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebooknya hari ini.

Menurut Najib, pagi tadi beliau diberitahu akaun anak-anaknya telah aktif semula dan menyifatkan tindakan membekukan akaun tersebut dilakukan tanpa asas.

Katanya, beliau seharusnya dilayan seperti rakyat yang lain sehingga perbicaraan mengenai kesnya selesai dan meminta semua pihak berkenaan mematuhi undang-undang yang adil.

Tambah beliau, walaupun telah mematuhi semua peraturan, terdapat pihak-pihak tertentu yang cuba bermain politik kotor dengan membuat pelbagai tuduhan terhadap reputasi beliau dan caranya mentadbir kerajaan.

“Pelbagai tuduhan telah dibuat kepada saya tetapi orang yang mempunyai akal yang sihat dan pemikiran yang rasional pasti mengetahui bahawa semua itu hanyalah sebuah cerita yang tidak berasas (direka) kerana mereka tidak mempunyai bukti (terhadap tuduhan tersebut),” katanya lagi.

Beliau turut mempersoalkan haknya sebagai seorang rakyat Malaysia yang masih belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

“Mengapa kebebasan saya disekat sedangkan mahkamah telah pun memberi jaminan sebelum perbicaraan saya dimulakan. Malah saya mematuhi semua syarat ikat jamin tersebut?” soalnya. (Sumber: Malaysia Gazette)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Aduh Siapa Sangka. Tindakan Pacquiao Jaguh Tinju Dunia Kepada PM Kita Buat Ramai Terkedu

PRK Sg Kandis. Ini Keputusan Berani PKR Selangor Buat Ramai Tergamam