in

Isu Najib. Kenyataan Berani Pemuda UMNO Kedah Ni Buat Ramai Kagum

Bagi UMNO Naik. Walau Pahit Mana Ubat, Kena Telan Jugak. Masa Untuk Terus Ke Hadapan. Syabas UMNO Kedah.

Isu Najib. Kenyataan Berani Pemuda UMNO Kedah Ni Buat Ramai Kagum | Di kala ramai ahli Umno sibuk dengan pesta derma bekas pemimpin mereka, wakil Pemuda Umno Kedah mengeluarkan kenyataan berani yang mengejutkan buat ramai, terutama kerajaan PH jadi kagum.

UMNO PERLU JAUHKAN DIRI DARI PEMIMPIN YANG ADA KES

Umno perlu menjarakkan diri daripada bekas pemimpinnya yang menghadapi kes mahkamah, kata Ketua Pemuda parti itu dari Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin

“Umno perlu mengasingkan diri daripada kes mahkamah yang dihadapi bekas pimpinan. Tak perlu risiko kemungkinan kebangkitan parti dengan isu mahkamah.

“Tapi parti jauh lebih besar daripada individu. Kita tak boleh jangka keputusan mahkamah,” kata Shaiful Hazizy dalam suatu kenyataan.

Bagaimanapun, dalam kenyataan itu beliau tidak menamakan bekas pemimpin Umno berkenaan.

“Perbicaraan ini akan memakan masa panjang. Apakah selama itu juga Umno mahu terkait dengan kes? Apakah langkah ini strategik untuk Umno?

“…kita mempertaruhkan risiko yg terlalu tinggi,” katanya.

Pesta Kutip Derma

Shaiful yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Merbok juga menggesa pemimpin parti mengambil tindakan wajar dan menyuarakan beliau tidak bersetuju dengan ‘pesta kutip derma kos guaman’ anjuran parti.

“Pimpinan tertinggi mesti ambil keputusan paling wajar. Parti mesti diasingkan daripada diheret dalam kes peribadi.

“Saya juga agak kurang bersetuju apabila parti menganjurkan pesta kutip derma bagi menampung kos guaman dan dan jaminan mahkamah,” katanya lagi.

Walaupun tidak menyebut nama, namun kenyataan itu dipercayai merujuk kepada bekas presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang berhadapan dengan pendakwaan di mahkamah atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan salah guna kuasa berkaitan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah kira-kira RM42 juta.

Ikat Jamin RM1 Juta

Beliau dibebaskan oleh mahkamah dengan ikat jamin sebanyak RM1 juta.

Najib pada hari yang sama membayar wang tunai RM500,000 dan perlu membayar baki RM500,000 pada keesokan harinya.

Peguambela, Datuk Seri Shafie Abdullah sebelum ini menawarkan geran rumah Najib bernilai RM4 juta, memandangkan akaun bank bekas presiden Umno itu telah dibekukan.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan membantah perkara itu.

Seterusnya, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutan Datuk Mod Razlan Rafiie melancarkan Tabung Solidariti Najib bagi membantu bekas perdana menteri membayar wang ikat jamin. (Sumber: Malaysiakini)

ANAK NAJIB KENA KANSER, SUKAR BAYAR BIL HOSPITAL

Puteri Norlisa, anak perempuan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang menghidap kanser tahap empat (akhir), dilaporkan tertekan susulan pembekuan akaun banknya.

Adiknya, Datuk Mohd Nazifuddin berkata, susulan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Norlisa, 37, sukar membayar bila hospital bagi rawatan kimoterapi bagi kanser darah, lapor Utusan Online.

“Tidak sepatutnya buat pembekuan akaun terhadap kakak saya kerana dia sedang lakukan rawatan kimoterapi akibat kanser.

“Rawatan mengambil masa selama enam bulan dan dengan pembekuan ini memberi kesusahan kepadanya untuk membayar bil hospital.

“Kami harap pada masa akan datang, isu ini tidak melibatkan pesakit kanser sepertinya kerana Puteri Norlisa mengalami tekanan dan kesusahan untuk pulih daripada penyakit kanser darah apabila perkara seperti ini berlaku,” beliau dipetik sebagai berkata.

SPRM baru-baru ini dilapor membekukan akaun Puteri Norlisa bersama anak Najib yang lain, iaitu Nooryana Najwa, Mohd Norashman dan Mohd Nizar susulan siasatan berkaitan skandal 1MDB.

Norlisa dilapor dikesan menghidap kanser tiga bulan lalu dan kini berulang-alik ke hospital sekali seminggu untuk rawatan.

“Dia perlu lakukannya selama enam bulan dan rawatan ini memakan kos ratusan ribu ringgit. Sebab itulah kita cuba lakukan yang terbaik untuk kakak.

“Apa yang saya boleh cakap Puteri Norlisa kini mengalami tekanan apabila perkara sebegini berlaku kepada keluarga sendiri,” beliau dipetik sebagai berkata.

Laporan itu tidak menyebut Norlisa dirawat di hospital mana.

Nazifuddin berharap kerajaan Pakatan Harapan lebih prihatin terhadap nasib kakaknya.

Sementara itu, Najib dalam kenyataannya di Facebook hari ini mendedahkan cek peribadinya untuk membayar bil hospital anaknya ditendang bank.

Perkara itu membuatkan beliau sedar akaun banknya dibekukan.

Najib bagaimanapun berkata beliau difahamkan akaun bank anak-anaknya tidak lagi dibekukan bermula pagi ini.

Beliau justeru berkata, tindakan itu membuktikan pembekuan sebelum ini sebenarnya tidak berasas. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Duit RM116 Juta Dirampas. Ini Tindakan Terkini Peguam UMNO Buat Ramai Terkesima

PRK Sungai Kandis. Ini Keputusan Berani UMNO Selangor Buat Ramai Tergamam