in

PRK Sg Kandis. Ini Keputusan Berani PKR Selangor Buat Ramai Tergamam

Guna La Apa Bendera Pun, Yang Penting Kena Menang Hati Rakyat.

PRK Sg Kandis. Ini Keputusan Berani PKR Selangor Buat Ramai Tergamam | Parti PKR yg diketuai MB baru, Amirudin Shari telah membuat keputusan berani yang mengejutkan untuk PRK Sungai Kandis yang bakal berlansung nanti yg menyaksikan rakyat Selangor tergamam. Strategi kot.

GUNA BENDERA PKR, BUKAN BENDERA PH YANG BARU DILULUSKAN

Meskipun Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah meluluskan Pakatan Harapan (HARAPAN), gabungan itu memutuskan akan menggunakan logo PKR pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis Ogos ini.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN berdasarkan kekuatan PKR di kawasan itu yang menang tiga penggal berturut-turut.

“HARAPAN telah memilih PKR mewakili HARAPAN sebagaimana tradisinya dan menggunakan logo PKR dalam PRK Sungai Kandis.

“Apa yang saya boleh faham logo PKR sangat dikenali di sana dan telah tiga penggal berturut-turut kita menang di sana untuk negeri Selangor kerana logo PKR agak established.

“Jadi saya rasa untuk pendekatan strategi itu nampaknya (akan) memenangkan (kita),” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada Jemaah haji di Masjid Amaniah, Batu Caves, hari ini.

Amirudin berkata demikian ketika ditanya berkaitan logo yang akan digunakan pada PRK akan datang.

Pemilihan Parti

Di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, Umno juga buat pertama kali mungkin akan menggunakan lambang sendiri, berbanding BN.

Perkara itu diputuskan Umno Selangor selepas timbalan presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan dilapor mencadangkan supaya parti Melayu itu bertanding atas nama sendiri bagi melihat sejauh mana penerimaan rakyat terhadap Umno dalam senario politik semasa.

Pada 18 Mei lalu, ROS mengumumkan kelulusan pendaftaran HARAPAN.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong susulan penyandang kerusi berkenaan Mat Shuhaimi Shafiei daripada PKR meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 Ogos sebagai hari pengundian manakala hari penamaan calon pada 21 Julai ini.

Sementara itu Amirudin ketika ditanya berkaitan pemilihan parti berkata beliau masih belum memutuskan untuk bertanding mana-mana jawatan.

“Sebab masa masih ada, jadi insya-Allah saya akan buat keputusan setelah berbincang dengan kawan-kawan.

“Tapi yang pentingnya fokus utama saya adalah untuk memastikan saya mampu membina pentadbiran yang kukuh di Selangor dan ini juga bakal menentukan nasib HARAPAN pilihan raya akan datang.

“Tidak guna kita bangga dalam kemenangan parti tapi kita gagal mempertahankan kerajaan yang telah diamanahkan,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

INSIDEN BALING BOTOL SEPARUH AKHIR AFF B-19, SYED SADDIQ KE INDONESIA

Malaysia memandang serius insiden provokasi penonton Indonesia terhadap skuad Malaysia selepas tamat perlawanan separuh akhir Piala AFF Bawah 19 antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Gelora Delta di Sidoarjo, Jawa Timur, semalam.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata pihaknya dimaklumkan tentang provokasi penonton Indonesia selepas tamat perlawanan yang berakhir dengan kejayaan skuad Malaysia melangkah ke final dengan menewaskan tuan rumah, Indonesia.

Beliau berkata insiden berlaku ekoran ketidakpuasan hati penonton dengan kekalahan pasukan mereka sehingga bertindak melakukan provokasi sejurus perlawanan tamat dan menyebabkan pasukan Malaysia lewat hampir satu jam untuk keluar dari stadium dan terpaksa diiringi polis Indonesia.

“Malaysia melihat perkara ini sebagai satu perkara serius kerana keselamatan dan kesejahteraan atlet sentiasa menjadi keutamaan pada bila-bila dan di mana jua mereka berada,” katanya dalam satu kenyataan berhubung insiden itu, hari ini.

Insiden tersebut tercetus berikutan rasa tidak puas hati penyokong Indonesia apabila skuad Garuda Muda tewas kepada Malaysia menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 selepas aksi sebenar terikat 1-1.

Kejayaan itu menyaksikan skuad muda negara mara ke pentas final dan akan bertemu Myanmar bagi memburu kejuaraan pertama selepas gagal dalam lima aksi final sebelum ini

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata Malaysia menghargai usaha pihak berkuasa Indonesia yang tangkas dan cekap untuk mengawal keadaan dengan berkesan serta melindungi pemain serta pegawai kedua-dua pasukan.

Beliau berkata pihak Indonesia telah menjanjikan peningkatan kualiti keselamatan menjelang perlawanan akhir dan tindakan akan diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Kita akan sentiasa memastikan kontinjen negara menghormati undang-undang dan peraturan sepanjang masa atas semangat kesukanan,” tegasnya.

Syed Saddiq berkata beliau yang akan ke Indonesia malam ini atas urusan kerja, akan mengambil peluang bertemu dan berbincang dengan pihak berkenaan di Indonesia memandangkan kontinjen Malaysia akan berada di Indonesia bagi menghadapi Sukan Asia ke-18, Ogos depan.

“Adalah menjadi harapan saya agar penonton dan peminat sukan kedua-dua negara akan terus menyokong perlawanan akan datang dan sama-sama kita menjalinkan kerjasama erat antara kedua-dua negara dan juga dengan negara lain bagi membudayakan semangat kesukanan merentas sempadan,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

PRK Sg Kandis. Cadangan BERANI Azwan Bro Buat Ramai Ahli UMNO Berang

Isu Batu Putih. Ini Jawapan Balas Jabatan Peguam Negara Terhadap Kenyataan Apandi Ali