in

Aduh Siapa Sangka. Tindakan Pacquiao Jaguh Tinju Dunia Kepada PM Kita Buat Ramai Terkedu

Ramai Tokoh Taraf Dunia Berebut Jumpa Tun Mahathir. Alhamdulillah.

Aduh Siapa Sangka. Tindakan Pacquiao Jaguh Tinju Dunia Kepada PM Kita Buat Ramai Terkedu | Manny Pacuiao, seorang jaguh tinju dunia dari Filipina berjaya dapat slot bertemu Tun Mahathir dan tindakan berani dia terhadap PM kita sangat mengejutkan dan buat ramai terkedu. Aduh siapa sangka.

BAWA KEK HARI JADI KE PEJABAT TUN MAHATHIR

Jaguh tinju dunia daripada Filipina, Manny Pacquiao yang kini berada di Malaysia, semalam memberikan kejutan dan hadiah kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersempena hari lahir ke-93.

Pacquiao yang juga seorang senator dan nama sebenarnya Emmanuel Pacquiao tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana di Presint 8 di sini untuk melakukan kunjungan hormat ke atas perdana menteri, dengan membawa sekotak kek harijadi.

Jaguh tinju itu yang kelihatan begitu gembira ketika bersalaman dengan perdana menteri menghulurkan kotak kek berkenaan sambil mengucapkan ‘Happy Birthday’ kepada Dr Mahathir.

Dr Mahathir menyambut ulang tahun hari lahirnya pada Selasa.

Kemudiannya ketika Dr Mahathir keluar dari bilik tempat beliau mengadakan pertemuan dengan jaguh tinju itu selama setengah jam, sambil tersenyum beliau menunjukkan sarung tangan tinju berwarna kuning dihadiahkan Pacquiao yang terus disarungkan di tangannya, kepada wakil media yang menunggu untuk menemu bual jaguh tinju itu di lobi Yayasan Kepimpinan Perdana.

Pacquiao yang juga dikenali sebagai ‘Pacman’ bakal berentap dengan juara welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA) Lucas Matthysse dari Argentina dalam pertarungan yang dianggap sebagai ‘Fight of the Champions’ di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Ahad ini.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan dengan perdana menteri, jaguh tinju itu berkata beliau mengagumi Dr Mahathir sebagai lelaki budiman dan pemimpin yang baik.

“Kunjungan hormat ini adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada beliau (Dr Mahathir) atas sokongan kerajaan Malaysia terhadap acara (tinju) ini pada Ahad dan untuk mempunyai hubungan yang baik dengan perdana menteri,” katanya.

Pacquiao berkata, beliau juga telah menghantar kad undangan kepada Dr Mahathir untuk menyaksikan pertarungan itu bersama-sama Presiden Filipina, Rodrigo Duterte yang dijangka datang ke Malaysia.

Menurutnya, Dr Mahathir menyatakan beliau akan cuba sebaik mungkin memenuhi undangan itu.

“Saya sudah bersedia untuk pertarungan ini dan saya ingin mengajak rakyat Malaysia untuk menyaksikannya pada Ahad ini. Pertarungan ini pastinya hebat dan bakal dihadiri ribuan peminat tinju. Sudah tentu ia satu penghormatan dan keistimewaan untuk bertarung di sini, di Malaysia. Terima kasih,” katanya.

Pacquiao turut mengundang warga Filipina yang berada di Malaysia untuk menonton pertarungan itu. – BERNAMA via Berita Harian

LEPAS PULANG BERCUTI, INI KENYATAAN KJ BUAT RAMAI AHLI UMNO TERKEJUT TAK SANGKA

UMNO mungkin perlu melupakan hasrat menawan semula Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) jika masih memainkan isu perkauman sebagai modal untuk memomokkan orang Melayu.

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, berkata keresahan orang Melayu memang wujud berikutan pelantikan bukan Melayu sebagai Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara tetapi kecil berbanding isu lain seperti ekonomi dan sosial.

“Sejak selesai pemilihan UMNO, apa yang parti saya buat? Main sentimen kaum, kutip tabung untuk mantan Presiden dan repeat (ulang) semula.

“Tidak salah kita bersolidariti dengan DSN (Datuk Seri Najib Razak) tetapi adakah itu sahaja UMNO ‘baharu’. Sudah kena pukulan maut semasa PRU-14, masih pekak terhadap suara rakyat,” katanya menerusi beberapa status yang dimuat naik di Twitter rasminya, hari ini.

Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata, UMNO kini berada di persimpangan untuk memilih hala tuju sama ada ke kanan atau tengah.

“Ke kanan mungkin menang sorak sementara. Tetapi pasti lingkup 10-15 tahun lagi. Haluan tengah bukan mudah. Sukar difahami akar umbi. Tetapi itulah jalan yang ada untuk terus hidup,” katanya.

Khairy berkata, beliau masih percaya UMNO adalah khemah besar untuk orang Melayu yang mana DNA asalnya adalah moderat, berhaluan tengah dan meraikan kepelbagaian.

“Sebab itu saya masih bersama UMNO. Tetapi saya tidak setuju dengan manifestasi rasis yang semakin wujud selepas pemilihan parti. Saya tidak terima tawaran jawatan selepas kalah dalam pemilihan sebab saya perlu ada kebebasan untuk bersuara dalam parti.

“Biarlah ada kepelbagaian suara dalam UMNO. Ada yang label saya ‘liberal’ dan lain-lain. Tidak penting. Yang penting ada ‘dissenting voice vs haluan kanan parti’,” katanya.

Mengulas maklum balas pengguna Twitter @DIYSAR yang konon kenyataannya memberi gambaran akan melompat parti, Khairy berkata, beliau akan tetap bersama UMNO.

“Saya tidak lompat ke mana-mana. Saya tetap bersama UMNO. Cuma saya mahu perbetulkan rumah saya supaya tidak kekal berwajah haluan kanan yang ekstrem dan rasis selama-lamanya,” katanya. (Sumber: Berita Harian)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Isu GST. Kenyataan Terkini Menteri Perdagangan PH Buat Najib Razak Terkedu

PRK Sg Kandis. Cadangan BERANI Azwan Bro Buat Ramai Ahli UMNO Berang