in

Rampasan Barang. Ini Nasihat TEGAS Peguam Kepada Polis Dan Najib

Ada Benarnya Nasihat Peguam Ni. Tapi Rakyat Mahu Tahu.

Rampasan Barang. Ini Nasihat TEGAS Peguam Kepada Polis Dan Najib | Seorang peguam menasihatkan polis supaya tak terlalu dedah butiran barang kepada umum. Dan nasihat dia kepada Najib lagi power. Ramai terkedu bila baca. Berani.

NASIHAT PEGUAM KEPADA POLIS

Peguam Mohd Haniff Khatri Abdullah hari ini menasihatkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Amar Singh dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Fuzi Harun tidak terlalu mendedahkan butiran terperinci kepada orang ramai, mengenai rampasan mengejutkan pasukan itu dari hartanah berkait dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Walaupun menyedari kepentingan rakyat Malaysia dan mungkin juga dunia dalam mendapatkan maklumat terkini mengenai siasatan itu, namun beliau berkata integriti siasatan sebelum dibawa ke mahkamah turut perlu dilindungi.

“Maka, semua pihak disarankan, tunggulah untuk pemberian keterangan dan penampilan bahan bukti di mahkamah kelak.

“Agar butiran lengkap siasatan yang akan menjadi bahan bukti ataupun keterangan di mahkamah tidak didedahkan dengan terperinci di media awam sebelum perbicaraan, bagi tujuan menentukan bahawa tiada percanggahan dalam kenyataan awam kini, dengan keterangan yang kemudian hari akan dibangkitkan di Mahkamah,” katanya.

Haniff memaklumkan tiada keperluan untuk mendedahkan secara terperinci nilai sebenar barangan yang telah disita itu.

Minta Peguam Negara Keluar Arahan Rasmi

“Secara terus terang dinyatakan, tidak ada keperluan untuk didedahkan akan nilai barangan yang telah dirampas itu kepada orang awam dengan sebegitu terperinci…

“…kerana nilai barangan tersebut mestilah diberi butiran lengkap di mahkamah melalui saksi-saksi pakar itu sendiri,” katanya.

Beliau juga meminta Peguam Negara Tommy Thomas untuk mengeluarkan arahan rasmi mengenai perkara ini.

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk syorkan kepada Peguam Negara Tommy Thomas agar satu kenyataan rasmi berkaitan perkara ini dikeluarkan dengan serta-merta kepada kesemua pihak berkuasa,” katanya.

Haniff yang juga peguam jenayah berkata hal ini penting kerana butiran terperinci yang dibuat oleh polis boleh mengundang perbicaraan oleh media.

PEGUAM – NAJIB BAIK DIAM

Peguam itu juga mencadangkan Najib supaya lebih baik menutup mulutnya daripada yang mengulas mengenai nilai barang-barang yang dirampas itu.

“Najib Rasak sedang gali kubur sendiri dalam percubaan untuk menyanggah kenyataan pihak berkuasa melalui kenyataan awam beliau itu, kerana kepelbagaian percanggahan kenyataan Najib Razak kini, dengan kenyataan semasa Najib Razak berkuasa, akan menjadi “senjata utama” pihak pendakwa…” katanya.

Semalam, Amar Singh pada sidang akhbar yang diadakan khusus telah menyenaraikan jumlah barangan yang disita dan nilai anggaran barang-barang yang dirampas dalam serbuan polis di hartanah berkait Najib.

Sementara itu, Najib dalam temuramah eksklusif di pejabat Malaysiakini mempersoalkan penilaian polis dan menyatakan barangan berkenaan merupakan hadiah yang diberikan kepada beliau dan isterinya, Rosmah Mansor. (Sumber: Malaysiakini)

KJ – UMNO AKAN JADI SINGA DI PARLIMEN

Calon Presiden Umno Khairy Jamaluddin akan memastikan Umno menjadi ‘singa’ untuk rakyat Malaysia bagi menuntut janji 100 hari kerajaan Pakatan Harapan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Bekas Ketua Pemuda Umno itu berkata sekiranya terpilih memegang jawatan tertinggi dalam parti itu, beliau akan pastikan Umno menjadi sebuah parti yang kuat dan bersedia dengan barisan menteri kabinet bayangan sebelum memasuki persidangan Dewan Rakyat.

“Kita kena cepat pulihkan Umno selepas 30 Jun ini. Dua minggu lagi kita akan bersidang di Dewan Rakyat. Saya kalau menang (jawatan presiden Umno) perkara yang pertama kita susun barisan kita dalam Dewan Rakyat.

“Kita masuk Dewan Rakyat bukan sebagai parti yang kalah tetapi sebagai parti kedua yang terbesar dalam Dewan Rakyat. Jangan kita buat sedih… menyerah kalah. Belum apa-apa lagi nak cakap oh saya akan berunding dengan parti lawan supaya kita dapat minta nyawa daripada mereka. Kita parti yang ada maruah, ada harga diri.

“Kalau kita nak berunding pun, kalau orang nak berunding dengan kita biar dia berunding dengan singa yang sudah mengaum dalam Dewan Rakyat… mengaum untuk rakyat Malaysia,” katanya berucap pada sesi ramah mesra bersama Khairy Jamaluddin, di Butterworth malam tadi.

Justeru, Khairy berkata Umno perlu bangkit dan mendapat semula sokongan orang Melayu sekali gus mengambil kembali tampuk pemerintahan negara.

“Sebab itu saya nak kita bangkit, bangun sebagai parti untuk memastikan bahawa Umno ini parti bermaruah dan parti yang dipandang dengan hormat oleh lawan dan juga kawan. Saya mahu supaya kita dapat merayu kepada seramai mungkin orang Melayu untuk kembali bersama dengan perjuangan Umno,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy turut memberi jaminan tidak akan meninggalkan Umno sekiranya gagal dalam pemilihan Umno Sabtu ini dan akan terus bersama serta setia dengan parti itu dalam memperjuangkan kepentingan orang Melayu.

“Ada isu yang kata kalau saya kalah saya akan keluar Umno. Ada juga yang kata saya bertanding jawatan presiden hanya untuk pecah undi. Tiada rundingan untuk pecah undi. Kalau saya lompat parti Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) akan tampar saya,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Rampasan Barang. Kini Keluarga Najib Pula Mula Berbuat SESUATU

Najib Bagitau Wartawan Kenapa Jho Low Diberi Peranan Penting Dalam 1MDB. TAK SANGKA.