in

Peguam Negara MUKA BERUBAH Bila Tau Identiti Hakim Yang Bicarakan Kes Najib

Adakah Hakim Boleh Berlaku Adil ? Kita Nantikan Episod Seterusnya…

Peguam Negara MUKA BERUBAH Bila Tau Identiti Hakim Yang Bicarakan Kes Najib | Siapa sangka semalam ada kejadian suspen rupanya di mana Peguam Negara terkejut bila tau identiti sebenar hakim yang bicarakan kes Najib.

HAKIM KES NAJIB ADA PERTALIAN DARAH DENGAN PEMIMPIN UMNO

Peguam Negara Tommy Thomas tidak menyedari bahawa hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Sofian Abd Razak, yang membicarakan kes terhadap Datuk Seri Najib Razak, mempunyai pertalian darah dengan seorang pemimpin Umno.

Menurut The Star, Thomas memberitahu wartawan demikian selepas Najib didakwa di mahkamah tinggi Kuala Lumpur, semalam.

“Ini kali pertama saya mendengarnya,” katanya.

Hakim Sofian adalah adik kepada Datuk Mohd Soffi Abdul Razak yang merupakan ADUN Pahang selama lima penggal dan juga adalah anggota exco kerajaan negeri selama empat penggal.

Secara kebetulan, Najib juga berasal dari Pahang.

Najib didakwa semalam atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya berhubung dana SRC International berjumlah RM42 juta. (Sumber: Malaysiakini)

BEKAS PENGARAH JKR MELAKA DIJATUHKAN HUKUMAN PENJARA 22 TAHUN

Bekas Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka dijatuhi hukuman penjara 22 tahun enam bulan dan denda RM36 juta oleh Mahkamah Sesyen di Melaka hari ini, atas 18 pertuduhan membabitkan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM5.4 juta.

Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin membuat keputusan itu terhadap Datuk Khalid Omar, 58, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Tertuduh dikenakan hukuman penjara 15 bulan bagi setiap 13 pertuduhan rasuah dan penjara 15 bulan serta denda keseluruhan berjumlah RM36 juta atau dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda itu bagi setiap lima lagi pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram.

Kesemua hukuman tersebut berjalan serentak bermula hari ini dan ini bermakna tertuduh yang pernah berkhidmat sebagai penjawat awam selama 34 tahun itu hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 15 bulan dan dia perlu membayar denda RM36 juta.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara itu sehingga rayuannya di Mahkamah Tinggi selesai dan menetapkan tertuduh diikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin.

Bagi 13 pertuduhan rasuah, Khalid didakwa menerima wang tunai berjumlah RM196,200 dengan nilai tertinggi iaitu RM50,000 di pejabat JKR Melaka, Jalan Taming Sari, di Melaka, dalam tempoh antara Mac 2014 dan Ogos 2016.

Tiga belas kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Lima lagi pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram bernilai lebih RM5.2 juta, iaitu memiliki wang RM206,396.16 dalam akaun Amanah Saham Bumiputera 2; RM506,735.92 dalam akaun Tabung Haji; wang tunai RM375,200; lebih RM1.98 juta dalam akaun Amanah Saham Wawasan 2020 dan lebih RM2.13 juta dalam akaun Amanah Saham Didik.

Kelima-lima kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa lokasi di negeri ini antara 1 Sept 2015 dan 15 Ogos 2016 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun atau boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Akram Gharib dan Mohd Khairulhazman Ghazali, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Baljit Singh Sidhu.

Sebanyak 45 saksi pihak pendakwaan dan lima saksi pihak pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Kes Adam. Ini Luahan Fizo Omar Buat Ramai Wanita Jadi SAYU

Tak Lama Lepas Bayar Ikat Jamin Najib. SESUATU Berlaku Pada Nooryana Buat Keluarga Keliru