in

Tak Lama Lepas Bayar Ikat Jamin Najib. SESUATU Berlaku Pada Nooryana Buat Keluarga Keliru

Dah Satu Keluarga Terlibat Dengan Skandal 1MDB. Lagi Mau Tanya. Huhu…

Tak Lama Lepas Bayar Ikat Jamin Najib. SESUATU Berlaku Pada Nooryana Buat Keluarga Keliru | Hari ni anak Najib, Nooryana mendedahkan “sesuatu” yang mengejutkan berlaku usai membayar ikan jamin bagi ayahnya buat keluarga jadi keliru.

AKAUN BANK DIBEKUKAN

Anak bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa mendakwa bahawa akaun bank peribadinya telah dibekukan selepas beliau membayar wang ikat jamin bapanya, semalam.

“Sebaik selepas saya membayar wang jaminan untuk ayah saya semalam dengan wang yang dikumpulkan daripada rakan dan saudara mara, bank saya berkata mereka mendapat arahan untuk membekukan akaun peribadi yang saya gunakan untuk membayar yuran sekolah sendiri,” katanya dalam hantaran di Facebook dalam bahasa Inggeris, hari ini.

Nooryana mendakwa bahawa akaun bank anak lelakinya yang berusia 10 bulan juga dibekukan.

“(Ia adalah) duit ‘raya’ pertamanya tahun ini,” katanya.

Malaysiakini juga difahamkan bahawa akaun bank peribadi seorang lagi anak Najib, Norashman juga dibekukan hari ini.

Sementara itu, Nooryana mempersoalkan sama ada kerajaan Pakatan Harapan begitu berdendam dan berusaha untuk “menghapuskan” seluruh keluarganya.

“Apa kaitan duit raya saya dengan 1MDB? Adakah ini Malaysia baru yang kita doakan itu?” tambahnya.

Najib ditangkap pada malam Selasa lalu oleh SPRM dan dihadapkan ke mahkamah pada pagi Rabu dan dikenakan tiga tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) dan satu pertuduhanan menyalahgunakan kuasa.

Bekas perdana menteri itu memohon untuk dibicarakan terhadap semua empat tuduhan yang berkaitan dengan isu SRC International.

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menetapkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dan Najib dibenarkan pulang selepas anggota keluarganya berjaya membayar separuh daripada jumlah itu. (Sumber: Malaysiakini)

PENYOKONG TUBUH TABUNG BANTU NAJIB

Penyokong Datuk Seri Najib Razak kini memulakan tabung untuk memberikan sokongan kewangan kepada bekas perdana menteri itu yang sedang berdepan dengan kes mahkamah.

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Razlan Rafii berkata langkah tersebut diambil kerana mengambil kira keadaan bekas presiden mereka yang tidak mampu menjelaskan ikat jamin ditetapkan mahkamah semalam.

Ketika dihubungi Razlan berkata tidak wajar untuk anggota Umno melupakan Najib ketika bekas presiden mereka itu ketika ini.

“Jangan kita tinggalkan kawan kita semasa (dia) susah,” katanya kepada Malaysiakini.

Razlan berkata Tabung Solidariti Datuk Seri Najib itu dilancarkan hari ini dan setakat awal petang sebanyak RM11,000 sudah terkumpul.

Terdahulu The Star Online melaporkan Razlan sebagai berkata kutipan tabung berkenaan dilakukan kerana setakat ini Najib belum baru dapat menjelaskan keseluruhan jumlah ikat jamin yang dikenakan kepadanya.

Akan Serah Kepada Anak

Justeru katanya mereka mahu memberikan sokongan moral dan kewangan terhadap Najib.

“Najib hanya dapat membayar RM500,000 dan untuk mencukupkan jumlah jaminan beliau terpaksa menyerahkan surat milik rumahnya,” katanya.

Semalam Najib dibawa ke mahkamah untuk dihadapkan dengan tuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa berhubung dana anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Ia melibatkan jumlah sehingga RM42 juta.

Sementara menunggu perbicaraan mahkamah membenarkan Najib diikat jamin sebanyak RM1 dan pasport awam dan diplomatiknya diserahkan kepada pihak berkuasa.

Bagaimanapun disebabkan akuan beliau dibekukan hanya sebahagian daripada ikat jamin itu dibayar dengan wang manakala selebihnya menggunakan sandaran hak milik rumah.

Mahkamah juga membenarkan bayaran tersebut dijelaskan secara ansuran, iaitu semalam dan Isnin ini.

Jaminan itu dibayar oleh anak Najib – Mohd Norashman dan Nooryana Najwa – di sebuah bank di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Kata Razlan, wang yang mereka kumpulkan itu akan diserahkan kepada anak Najib.

“Isnin ini kami akan kami sampaikan kepada anak beliau di mahkamah pada jam12 tengahari,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Peguam Negara MUKA BERUBAH Bila Tau Identiti Hakim Yang Bicarakan Kes Najib

Doa Rakyat Malaysia Makbul. Ini Tindakan Mahkamah Terhadap Jamal Buat Ahli UMNO Sedih