in

Jenazah Selamat Dikebumikan. Ini Pesanan Ayah Adam Kepada Semua Buat Ramai SEBAK

Semoga Keluarga Mangsa Tabah Dan Sabar. Al Fatihah.

Jenazah Selamat Dikebumikan. Ini Pesanan Ayah Adam Kepada Semua Buat Ramai SEBAK | Selepas perjalanan berjam lamanya ke Kuala Terengganu, alhamdulillah jenazah Adam selamat dikebumikan. Ini pesanan ayah Adam kepada semua buat ramai sebak. Allahu.

ALLAH LEBIH SAYANG ADAM

“Kita mengharapkan yang terbaik dalam pencarian Adam Rayqal tetapi Allah lebih sayang dia,” demikian kata bapanya, Mohd Sufi Naief Mohd Fauzi.

Beliau yang kelihatan keletihan namun tetap tabah ketika berdepan dengan orang ramai malah sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana turut serta mencari anaknya sejak dilaporkan hilang semalam.

“Kepada semua rakyat Malaysia saya selaku ayah Adam Rayqal mengucapkan terima kasih kerana sudi membantu dalam pencarian ini walaupun kita tahu…kita harapkan yang terbaik dalam pencariannya tetapi Allah lebih sayangkan dia, insya-Allah Adam Rayqal akan tunggu kami di syurga,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas selesai pengebumian Adam Rayqal di Tanah Perkuburan Islam Ladang Tok Pelam, di Kuala Terengganu malam ini.

Sugul Gagal Tahan Sebak

Isteri beliau, Farrah Madihah Othman masih kelihatan sugul gagal menahan sebak dan menangis apabila mendengar suaminya mengucapkan kata-kata “Adam Rayqal akan tunggu kami di syurga” hingga mengheret mereka berada di sekelilingnya turut sama mengalir air mata.

Mohd Sufi Naief turut merayu agar orang ramai agar tidak menyebarkan gambar berkaitan mayat anaknya itu sebagai menghormati keluarga yang masih bersedih dengan insiden itu.

Sebelum ini, netizen digemparkan dengan berita Adam Rayqal yang dilaporkan hilang selepas didakwa diambil seorang lelaki menyamar sebagai bapanya namun akhirnya ditemui mati di rumah pengasuhnya.

Mayat Adam Rayqal ditemui diruang sejuk beku peti sejuk dua pintu di rumah pengasuhnya, kira-kira pukul 11 malam Selasa.

Kira-kira 1,000 orang termasuk ahli keluarga dan penduduk sekitar menghadiri pengembumian Allahyarham. (Sumber: Malaysiakini)

IBU PANGKU JENAZAH SEPANJANG PERJALANAN

“Ibu Adam tidak mahu naik ambulans, beliau hendak pangku sendiri anaknya sepanjang perjalanan daripada Kuala Lumpur hingga ke Kuala Terengganu.”

Demikian menurut Nadia Mohd Fauzi, kakak ipar kepada Farrah Madihah Othman iaitu ibu Adam Rayqal Mohd Sufi, bayi berusia lima bulan yang ditemukan mati di rumah pengasuh di Taman Nahkoda, Batu Caves, Selangor.

Farrah Madihah menaiki kereta sendiri dengan ditemani suaminya Mohd Sufi Naief Mohd Fauzi beredar dari Kuala Lumpur kira-kira 3 petang tadi dan mengambil masa kira-kira enam jam untuk tiba di Kuala Terengganu.

Menurut Nadia, sepanjang perjalanan itu rangkulan terakhir akan menjadi kenangan abadi Farrah Madihah apatah lagi Adam ialah anak pertama pasangan itu.

“Farrah tidak mahu menaiki ambulans kerana mahu mendakap anaknya lama-lama buat kali terakhir. Menurut ibu, dia (Farrah) masih trauma tetapi dapat menerima kehilangan anaknya,” katanya ketika ditemui Bernama di Chendering di sini, hari ini.

Semua anggota keluarga masih terkejut dan trauma dengan pemergian Adam Rayqal kerana arwah adalah cucu pertama dalam keluarga mereka, katanya.

Menurut Nadia, arwah Adam Rayqal begitu disayangi oleh semua anggota keluarganya kerana kehadirannya menceriakan suasana rumah yang sudah lama tidak kedengaran suara anak kecil.

“Sepanjang Ramadan lalu Adam Rayqal tinggal bersama kami dan dia menceriakan suasana rumah. Kami semua bergilir menjaganya dan adakala keluarga Farrah akan datang menjenguknya di rumah kami.

“Selepas mendapat panggilan daripada Sufi petang semalam mengatakan Adam Rayqal diculik kami semua sudah tidak sedap hati,” katanya.

Sementara itu, jiran sekampung yang mengenali Farrah Madihah turut menzahirkan rasa simpati dengan kejadian yang menimpa pasangan itu.

Seorang daripadanya yang hanya mahu dikenali sebagai Rosliza berkata beliau sempat melihat kelibat bayi itu pada hari raya lalu di rumah keluarga Farrah Madihah.

“Biasanya kita lihat keadaan (kejadian) ini di tempat lain dan hanya dalam lakonan dalam cerita jenayah tetapi hari ini terkejut apabila dapati mayat bayi dalam peti sejuk itu adalah bayi yang baru sahaja dilihat beberapa minggu lalu,” katanya ketika ditemui Bernama.

Malam tadi, media sosial digemparkan dengan berita Adam Rayqal diculik oleh seorang lelaki menyamar sebagai bapanya namun akhirnya mayat Adam Rayqal ditemukan di ruang sejuk beku peti sejuk di rumah pengasuhnya, pada kira-kira 11 malam Selasa. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Lepas Balik Rumah. Ini Tindakan Najib Lepas Maghrib Buat Ramai Suspen

Kes Adam. Ini Luahan Fizo Omar Buat Ramai Wanita Jadi SAYU