in

Tuduhan Pembangkang Beraya Guna Helikopter. Pramugari Dedah SESUATU Tentang Mat Sabu

Jadilah Pembangkang Yang Berintegeriti Lain Kali Ye.

Tuduhan Pembangkang Beraya Guna Helikopter. Pramugari Dedah SESUATU Tentang Mat Sabu | Pembangkang tuduh Mat Sabu salah guna kuasa guna helikopter balik beraya. Terkini seorang pramugari dedah “sesuatu” buat semua terdiam.

MAT SABU BALIK BERAYA NAIK PESAWAT MAS MH118

Seorang pramugari Malaysia Airlines hari ini tampil membela Mohamad Sabu selepas timbul dakwaan Menteri Pertahanan itu menggunakan helikopter milik kerajaan untuk kegunaan keluarga di hari raya.

“Kasihat abang Mat dan isteri, ada saja fitnah yang ditimbulkan kepada mereka,” katanya yang enggan dinamakan kepada Malaysiakini.

Dia menceritakan pengalamannya bertugas di pesawat MH118 untuk penerbangan Kuala Lumpur – Pulau Pinang pada hari raya pertama yang dinaiki Mat Sabu dan isteri.

Dia turut berkongsi gambar bersama Presiden AMANAH itu di luar pintu pesawat sebelum berlepas ke Pulau Pinang.

“Kapten kapal, krew dan penumpang lain sempat bergambar kenangan dengan beliau,” katanya lagi.

semalam, seorang pengguna Facebook memuat naik rakaman 27 saat serta dua gambar yang mempersoalkan sama ada Mohamad dan keluarganya menggunakan helikopter milik kerajaan untuk menyambut hari raya di Jejawi, Perlis, tular di laman sosial itu.

Ia menunjukkan sebuah helikopter berlepas dari sebuah padang. Rakaman dan gambar diambil dari jauh, maka tidak jelas siapa yang menaiki helikopter itu mahupun yang ada di situ.

Mohamad semalam menafikan dakwaan itu dan malah berkata beliau tiada di Perlis pada hari raya.

“Tidak benar sama sekali. Saya tidak akan menggunakan aset kerajaan untuk kepentingan diri sendiri dan tidak berada di Perlis pun. Semuanya palsu dan dusta semata-mata,” katanya di Twitter. (Sumber: Malaysiakini)

BACA: Pembangkang TUDUH Balik Raya Naik Helikopter. Ini Jawapan Mat Sabu Buat Semua RESPEK (LINK)

TRAGEDI RAYA – KISAH SEBEAR VIDEO VIRAL WANITA DITELAN ULAR

Jasad seorang wanita ditemukan di dalam perut ular sawa sepanjang 8 meter di Sulawesi Tenggara, Indonesia. Wanita berkenaan, Wa Tiba seorang petani dipercayai ditelan ular sawa tersebut ketika pergi ke kebun jagungnya pada petang hari raya, petik laporan Kompas.

“Diperkirakan, Wa Tiba ditelan antara Khamis (14/6/2018) petang hingga Jumat (15/6/2018) subuh. Ibu rumah tangga berusia 54 tahun di Desa Persiapan Lawela, Kecamatan Lohia, Kabupaten Muna tersebut, sebelumnya pamit (mahu) pergi ke kebun yang berjarak sekitar 1 kilometer dari rumahnya saat warga bertakbir menyambut Lebaran Aidilfitri 1439 H.

“Saat itu, Tiba mengaku, hendak melihat kebun jagungnya yang kerap dirosak babi hutan.

“Keluarga cemas kerana sampai pukul 06.00 Wita, dia tak kunjung muncul. Padahal keluarga sudah menunggunya untuk berangkat bersama ke tempat solat Aidilfitri.

Jejak Korban

Kompas memetik ahli keluarganya, La Miranda yang berkata menemukan jejak korban ular sawa itu.

“Dia melihat jejak korban di sekitar kebun dan menemukan lampu picit, selipar dan parang tergeletak.

“Miranda lalu meminta bantuan warga desa di Pulau Muna untuk melanjutkan pencarian,” kata laporan itu.

Sekitar jam 9.30 pagi waktu tempatan, seorang warga menjumpai seekor ular raksasa dengan perutnya yang besar.

“Sekitar pukul 09.30 Wita, warga bernama La Ode Fendi melihat seekor ular raksasa yang perutnya membesar di sekitar kebun. Ular tersebut tak bisa bergerak kerana diduga kekenyangan.

“Pegawai polis siasatan jenayah Muna Iptu Fitrayadi mengatakan, warga lalu berusaha membunuh ular tersebut menggunakan senjata,” kata laporan itu lagi.

Muna berkata warga curiga Tiba telah menjadi mangsa ular tersebut.

“Ternyata betul, tubuh Tiba yang sejak selepas subuh dicari ada di dalam perut ular,” kata Muna sebagaimana dipetik Kompas.

Sejurus heboh perkara itu, warga tempatan berbondong-bondong datang ke Desa Persiapan Lawela serta menziarahi rumah korban ular sawa itu.

Tahun lalu, seorang petani juga dilaporkan mati ditelan hidup-hidup ular sawa di Sulawesi Barat, Indonesia.

Ular Sawa Lebih Panjang Dari Anaconda

Manakala satu lagi laporan Kompas memetik pakar haiwan reptilia daripada Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI), Amir Hamidy mengatakan, ular sawa batik memiliki nama latin Python reticulatu itulah yang menelan Tiba.

“Ular yang memangsa seorang perempuan di Sulawesi … merupakan jenis sanca batik,” kata Amir sebagaimana dipetik Kompas.

Menurut Amir, masyarakat di Indonesia dan Malaysia sering menggunakan kata sanca (sawa) untuk menyebut ular jenis itu yang panjangnya dapat mencapai 10 meter dan menjadi yang terpanjang di dunia melebihi ular Anaconda dari Sungai Amazon.

“Ular sawa di daerah Sulawesi memang bisa sangat besar dan panjang kerana menjadi predator tertinggi di dalam rantai makanan. Mangsanya juga mamalia besar seperti babi hutan.

“Hal ini membuat ukuran ular sawa di Sulawesi berbeza dengan ular sawa di Sumatera, kerana masih ada predator lainnya seperti harimau,” maklum Amir. (Sumber: Malaysiakini)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Pembangkang TUDUH Balik Raya Naik Helikopter. Ini Jawapan Mat Sabu Buat Semua RESPEK

Lupakan Kisah Lampau. Ni Komen PADU Anwar Ibrahim Buat Najib TERKEDU