in

Rampasan Barang. Kini Keluarga Najib Pula Mula Berbuat SESUATU

Tak Putus Asa Untuk Dapatkan Balik Rupanya.

Rampasan Barang. Kini Keluarga Najib Pula Mula Berbuat SESUATU | Selepas Najib banyak keluarkan kenyataan tentang rampasan barang, kini keluarganya pula mula berbuat sesuatu.

MULA PROSES UNDANG-UNDANG UNTUK DAPATKAN KEMBALI BARANG DIRAMPAS

Keluarga Datuk Seri Najib Tun Razak memulakan proses undang-undang untuk menuntut semula barangan mereka yang dirampas polis, yang menurut polis bernilai antara RM900 juta dan RM1.1 bilion.

Keluarga bekas perdana menteri itu turut mengulangi, barangan yang dirampas itu kebanyakannya adalah hadiah daripada rakan-rakan, kenamaan asing termasuk kerabat diraja dalam pelbagai majlis termasuk lawatan rasmi dan acara keluarga seperti sambutan hari jadi, ulang tahun dan majlis perkahwinan.

“Sebahagian daripada barang yang dirampas milik saudara-mara dan pihak ketiga.

“Kami mempertikaikan kuantiti dan penilaian yang diberi dalam sidang akhbar oleh pihak polis memandangkan ia bersifat subjektif dan tertakluk bila hadiah itu diberi,” kata Najib dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook dan Twitter beliau semalam.

Beliau menegaskan lagi, kebanyakan barangan itu adalah hadiah terkumpul selama beberapa dekad, dan keluarganya tidak mengetahui berapa banyak yang telah dibayar oleh pemberi yang telah menghadiahkan barangan itu.

Najib berkata sebarang penilaian berdasarkan harga runcit dan pada harga semasa adalah tidak realistik, mungkin terlalu tinggi, yang akan memberikan gambaran menyimpang kerana barang-barang itu diterima sebagai hadiah sepanjang tempoh berpuluh tahun.

Beliau memberikan contoh, polis dalam sidang akhbar menyatakan bahawa jam tangan paling mahal Rolex Daytona yang dikatakan bernilai RM3.4 juta.

“Barang yang dirujuk oleh polis itu merupakan hadiah yang diterima baru-baru ini bersama beberapa barang bernilai yang lain oleh Menteri Dalam Negeri, yang juga seorang putera raja dari negara Timur Tengah yang melawat Malaysia pada Mac tahun ini.

“Sepatutnya pihak polis menyatakan barangan serta item lain yang dirampas itu, diletakkan di dalam sebuah kotak yang tertera lambang diraja sebuah negara asing.

“Fakta ini tidak sepatutnya ditinggalkan,” katanya.

Najib juga menegaskan banyak barangan yang disita terkandung di dalam kotak yang dilabelkan oleh staf beliau dengan keterangan, gambar, tarikh hadiah dan identiti si pemberi hadiah.

“Sekiranya polis memanggil anggota keluarga kami untuk soal siasat berhubung perkara ini, kami akan menawarkan kerjasama penuh. Kami juga akan mencuba yang terbaik membantu polis mengenal pasti mereka yang telah menyumbangkan hadiah itu selama beberapa dekad.”

Beliau berkata sama seperti kenyataan mengenai hutang inflasi yang melampau, anggaran nilai barangan yang dirampas sengaja diperbesarkan bertujuan untuk membalas dendam serta merupakan serangan politik ke atas keluarganya.

Pada hari Rabu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata jumlah keseluruhan nilai barangan yang dirampas berkaitan dengan siasatan ke atas bekas perdana menteri antara RM900 juta dan RM1.1 bilion.

Rampasan itu membabitkan serbuan di enam premis milik Najib dan dua anaknya di Putrajaya dan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Mei. (Sumber: Malaysiakini)

VIDEO PERTENGKARAN. AHLI KEHORMAT RELA TERBABIT DIPECAT JAWATAN

Ahli kehormat Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang terlibat dalam pertengkaran jalan raya yang tular di media sosial baru-baru ini, ditamatkan pelantikannya serta-merta.

RELA dalam satu kenyataan semalam berkata arahan tersebut dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Keputusan itu dibuat oleh Menteri Dalam Negeri setelah mengambil kira pandangan dan syor Jawatankuasa Pentauliahan Pangkat Kehormat dan Bersekutu Rela yang bermesyuarat pada 25 Jun,” katanya.

Rela berkata pelantikan ahli kehormat dan bersekutu adalah pengiktifaran tertinggi jabatan kepada seseorang individu.

Justeru, semua ahli kehormat dan bersekutu RELA dinasihatkan untuk mematuhi peraturan dan etika yang telah ditetapkan serta tidak menyalahgunakan pelantikan tersebut untuk kepentingan diri sendiri.

Baru-baru ini, sebuah klip video berdurasi 1 minit 20 saat mengenai pertengkaran mulut di sebuah lebuh raya telah tular di media sosial dengan seorang lelaki mendakwa dirinya daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Susulan itu, KDN telah mengeluarkan kenyataan pada 21 Jun lepas bahawa lelaki tersebut adalah anggota kehormat RELA yang telah digantung jawatan dan disiasat atas kesalahan salah guna kuasa pada Mei 2017. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Beku Akaun UMNO. Ini Komen TEGAS Khairy Buat Ahli UMNO Setuju

Rampasan Barang. Ini Nasihat TEGAS Peguam Kepada Polis Dan Najib