in

Isu Jurusalem. Ini Respon TEGAS China Buat Amerika Mula PENING

Hampir Seluruh Dunia Tak Setuju. Kenapa Nak Teruskan ?

Isu Jurusalem. Ini Respon TEGAS China Buat Amerika Mula PENING | Khalifah Mail Online – Nampaknya China pun tak berdiam diri bila Trump suka-suka nak ubah ibu negara Israel ke Jurusalem. Ini respons China terhadap Amerika. Baca dan kongsikan.

AMARAN CHINA

China semalam memberi amaran bahawa rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel akan mencetuskan ketegangan di rantau itu.

“Kami bimbang dengan kemungkinan meningkatnya ketegangan yang akhirnya menjadikan orang awam tak bersalah jadi mangsa,” kata jurucakap Kementerian Luar, Geng Shuang dalam satu taklimat media.

“Semua pihak patut mempertimbangkan keamanan dan kestabilan serantau, berhati-hati dalam berkata-kata dan bertindak, mengelak daripada menjejaskan asas penyelesaian isu Palestin serta mengelak konfrontasi baharu di rantau itu, jika ianya berlaku, China mungkin turut serta dalam usaha damai mereka'” katanya.

Pegawai kanan pentadbiran Trump berkata, Presiden akan membuat pengumuman itu di Rumah Putih hari ini dalam tindakan yang bakal mengubah dasar berhati-hati Amerika Syarikat selain mengabaikan amaran ia bakal mencetuskan ketegangan di Asia Barat.

TRUMP SUDAH ARAH KEDUTAAN US BERPINDAH

Pegawai yang enggan dikenali itu juga berkata, Trump akan mengarahkan pegawainya memulakan perancangan memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

China pada Rabu telah meminta agar lebih banyak usaha dilakukan bagi menangani isu Palestin dan berkata komuniti antarabangsa harus memiliki sikap kesegeraan dalam mencari satu penyelesaian politik, lapor agensi berita China Xinhua.

KRISIS PALESTIN HARUS DITANGANI DENGAN DAMAI

Isu Palestin merupakan pokok persoalan krisis di Timur Tengah dan punca kebanyakan masalah di rantau itu, kata Wu Haitao, yang bertanggungjawab dalam misi China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada sesi hujah Majlis Keselamatan badan dunia berkenaan.

Palestin dan Israel adalah jiran yang berkongsi nasib, jadi mempercepat penyelesaian politik isu Palestin menerusi dialog dan rundingan merupakan kepentingan asas rakyat kedua-dua pihak serta kondusif untuk keamanan dan kestabilan yang berkekalan di rantau itu, katanya.

ORANG AWAM AKAN JADI MANGSA

Beliau memberi amaran bahawa situasi Palestin-Israel adalah rapuh, konflik yang memfokus kepada petempatan agak sensitif dan situasi kemanusiaan di Gaza amat meruncing.

Pada masa sama, desakan dan aspirasi penduduk Palestin untuk membetulkan kesilapan sejarah dan meneruskan pelaksanaan hak nasional mereka yang tidak diiktiraf adalah kuat.

Beliau turut meminta usaha dilipatgandakan untuk mencari penyelesaian politik berdasarkan solusi dua negara, yang disifatkannya sebagai paling sesuai dengan realiti di rantau ini serta mendapat pengiktirafan meluas masyarakat antarabangsa dan dituntut oleh resolusi Perhimpunan Agung PBB.

China menyokong segala usaha ke arah perdamaian antara Palestin dan Israel, katanya. – AFP

Sumber: Khalifah Mail Online via BH

Teruk DIKECAM. Kata BERANI Ahmad Idham Terkini Buat Fathia Rasa LEGA

Isu Artis Bersuara. Luahan Adibah Noor Ni Buat Ramai Terus SENTAP