in

Tengah Isi Minyak Datang Perompak. Tindakan MENGEJUTKAN Ibu Ni Buat Ramai WOW

Kasih Sayang Ibu Tiada Galang Gantinya. Subhanallah.

Tengah Isi Minyak Datang Perompak. Tindakan MENGEJUTKAN Ibu Ni Buat Ramai WOW| Khalifah Mail Online – Seorang ibu yang tengah mengisi minyak terkejut bila ada 2 orang perompak bertopeng datang ingin merampas keretanya. Risau anak-anaknya yang masih dalam kereta, dia nekad untuk terus…. Tergamam. Ada video.

DUA LELAKI BERTOPENG CUBA MASUK KE DALAM KERETA

Angie Padron sedang mengisi minyak seperti kebiasaan di sebuah stesen minyak yang terletak di daerah Hialeah, Florida.

Namun apa yang terjadi kali ini adalah sesuatu yang tidak pernah terjadi sepanjang hidup Angie dan mungkin akan menjadi peristiwa yang tidak boleh dilupakannya.

Melalui rakaman CCTV, ketika sedang mengisi minyak, dua lelaki bersenjata meluru ke kenderaan milik Angie.

Seorang daripadanya telah masuk ke tempat duduk pemandu dan seorang lagi penjenayah sedang dalam cubaan untuk memecahkan tingkap kereta.

IBU LOMPAK MASUK KE BAHAGIAN PEMANDU

Melihat kejadian yang berlaku secara tiba-tiba, Angie menjerit kepada kedua-dua lelaki tersebut dan meminta mereka berhenti melakukan perkara tersebut namun tidak diendahkan.

Apa yang meningkatkan lagi kerisauan Angie adalah, anak-anaknya turut berada di dalam kereta tersebut.

Bertindak atas dasar untuk menyelamatkan anaknya, Angie masuk ke bahagian pemandu untuk menghentikan keretanya daripada dicuri dan hilang bersama-sama dengan anaknya.

TARIK TOPENG PENJENAYAH

Dia menarik topeng penjenayah tersebut sehingga terjatuh daripada kereta, kedua-dua penjenayah kemudian memutuskan untuk membatalkan rancangan mereka dan melarikan diri dari tempat kejadian.

Menurut Angie, dia langsung tidak berfikir tentang kemungkinan penjenayah-penjenayah tersebut membawa senjata atau apa yang mereka akan lakukan kepadanya.

Dia hanya mahu anak-anaknya selamat dan tidak dilarikan. Lihat video insiden berkenaan dan kongsikan pendapat anda.

VIDEO CCTV KEJADIAN

Sumber: EraBaru

Loading...

Comments

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Ada Masalah Hidup ? Baca Ayat Quran Ni Allah Hantar 1000 Malaikat Datang Bantu InsyaAllah.

Ustaz Pondok Dedah RAHSIA Bacaan 7x Surah Yasin Ayat Ke 58 Yang Ramai TAK TAHU