in

Hukum Suami Cerai Isteri Guna Whatsapp Lepas Nikah Di Thai. Ini Jawapan MENGEJUTKAN Mufti…

Nikah Cerai Bukan Perkara Main-Main. Semoga Allah Ampunkan Dosa-Dosa Kita.

Suami Cerai Isteri Guna Whatsapp Setelah Nikah Di Sempadan… | Khalifah Mail Online – Dah hampir dengan cuti sekolah ni pasti ramai pasangan yang akan melangsungkan pernikahan kan. Namun, masih ada juga antara nya yang mengambil langkah untuk bernikah di sempadan. Mungkin ada asbabnya, namun pernikahan itu haruslah didaftarkan di Malaysia (awak warganegara kan?) untuk mengelakkan masalah timbul di kemudian hari. Mari kita tengok apa jawapan yang diberikan Mufti berkaitan persoalan daripada orang awam ini.

SOALAN DARIPADA MARHAEN

Bagaimana hukum berkahwin di Thailand dan turut melafazkan cerai melalui whatsapp kepada wanita tersebut. Mereka berdua tidak mendaftar perkahwinan dengan jabatan agama. Tetapi wanita tersebut memohon pengesahan perceraian. Bagaimana dari segi hukum syarak dan perundangan di Malaysia. Bolehkan diabaikan perundangan dan melafaz cerai begitu sahaja mengikut hukum Allah?

MAKLUM BALAS MUFTI

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.

Firman Allah SWT:

الطَّلَاقُ مَرَّتَانِ ۖ فَإِمْسَاكٌ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌ بِإِحْسَانٍ

Maksudnya: Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali.Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik

(Surah al-Baqarah, 2:229)

Kami berpendapat hendaklah pasangan itu atau salah seorang segera pergi ke Mahkamah Rendah Syariah untuk membuat pengesahan lafaz cerai. Ini boleh dilakukan dengan membawa dokumen pernikahan di Thailand itu. Jika dokumen itu sah dan dilakukan dengan prosedur yang betul, bukan nikah sindiket, berdasarkan undang-undang Thailand, pastinya tidak ada masalah memproses permohonan pembubaran perkahwinan di Malaysia.

Sebagai tambahan,Undang-Undang Pentadbiran Keluarga Islam yang diwujudkan di Malaysia adalah berpandukan nilai-nilai asas di dalam Islam seperti keadilan dan ihsan. Menjadi kewajipan kepada umat Islam di Malaysia untuk mematuhi undang-undang ini bagi menjaga maslahat dan kebajikan rakyat. Bayangkan jika prosedur undang-undang ini tidak diambil kira, seseorang lelaki contohnya sewenangnya mengaku belum berkahwin dan berkahwin lebih daripada empat seperti yang berlaku di negara kita baru-baru ini dengan memalsu dokumen. Pada zaman yang penuh fitnah dan kurangnya ilmu agama, prosedur dan peruntukan undang-undang ini amat penting untuk menjaga pihak-pihak yang tertindas khususnya perempuan dan kanak-kanak.

Bahkan dalam kes di atas, apakah akan terjadi jika lelaki itu hendak rujuk kembali tetapi tiada saksi? Bagaimana pula jika wanita berkenaan tidak mengaku pernah berkahwin dengan lelaki itu? Atau setelah bercerai, wanita itu pula didapati mengandung dan lelaki itu menafikan itu anaknya? Dan banyak lagi kemungkinan akibat tidak menguruskan perkahwinan dengan saluran yang betul. Di sini pentingnya peranan qadi untuk menyelesaikan kes seperti mana yang termaktub dalam kitab-kitab fiqh terdahulu juga.

Justeru, mematuhi undang-undang pentadbiran keluarga Islam adalah wajib.

Sumber : MuftiWP

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Subhanallah. Tentera Israel DISERANG Penduduk Yahudi. Siapa Sangka Ini PUNCANYA

AKHIR ZAMAN. Resort Yang Bakal Dibina Di Arab Saudi IZIN Wanita BUKA AURAT. Ini Puncanya…