in

Untuk Dapatkan Ahli Umno Baru. Tindakan Zahid Ni Buat Ramai Pelajar Sekolah GEMBIRA

Lepas Ni Syed Saddiq Boleh PUSH Lagi Untuk Turunkan Umur Mengundi Dari 21 Ke 18 Dan Kini Ke 16 Pulak. Boleh ?

Untuk Dapatkan Ahli Umno Baru. Tindakan Zahid Ni Buat Ramai Pelajar Sekolah GEMBIRA | Dalam usaha untuk menambah banyak lagi ahli Umno, tindakan mengejutkan Zahid ni buat ramai pelajar sekolah gembira. Tak sangka.

UMNO TURUN UMUR KEANGGOTAAN DARI 18 KE 16

Umno akan menurunkan umur minimum keanggotaan kepada 16 tahun dan menubuhkan Majlis Penasihat yang akan dipengerusikan oleh Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Perkara itu diumumkan oleh Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu petang tadi.

“Untuk memenuhi hasrat akar umbi dan bagi menentukan bahawa perubahan harus dilakukan pada struktur, perlembagaan serta peraturan Umno, kita memutuskan untuk menurunkan had umur keanggotaan daripada 18 kepada 16 tahun.

“Saya juga ingin mengumumkan bahawa Majlis Tertinggi hari ini telah bersetuju menubuhkan jemaah penasihat yang dipengerusikan oleh Tengku Razaleigh,” katanya kepada sidang media di ibu pejabat Umno hari ini. (Sumber: Malaysiakini)

ADUN UMNO KELANTAN MASUK BERSATU?

Pakatan Harapan (HARAPAN) akhirnya bakal mempunyai wakil rakyat di DUN Kelantan apabila seorang ADUN Umno di negeri itu dijangka akan menyertai BERSATU.

Ia juga bakal menjadikan ADUN itu sebagai satu-satunya wakil kerajaan persekutuan di negeri yang ditadbir PAS itu.

Menurut sumber daripada BERSATU, ADUN itu dijangka mengumumkan perkara itu dalam satu program parti itu Ahad ini.

“Ya, memang ada seorang ADUN Umno akan menyertai BERSATU bersama-sama sekumpulan bekas ketua dan timbalan ketua Umno Bahagian dan pemimpin akar umbi,” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama ADUN tersebut.

“Biarlah ia jadi kejutan, insyaAllah kita tunggu dua hari lagi,” katanya lagi.

Pada PRU ke-14, PAS menang besar di negeri itu apabila menang 37 daripada 45 kerusi DUN dan sembilan daripada 14 kerusi Parlimen.

Di peringkat DUN, Umno menang lapan kerusi manakala HARAPAN kalah di semua kerusi yang ditandingi.

Malaysiakini difahamkan BERSATU akan mengadakan program yang dinamakan ‘Hijrah 2.0 di Machang pad Ahad ini (29 Julai), dan antara pemimpin yang akan hadir adalah timbalan presidennya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sementara itu, ADUN Kok Lanas daripada Umno, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata beliau tidak tahu tentang perkara itu namun enggan mengulas lanjut.

“Tiada komen, setahu saya tiada,” katanya yang juga ketua pembangkang DUN Kelantan. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Najib Kata Malaysia Ke Zaman Mundur. Ini Jawapan Balas Tun Mahathir Yang WOW

Wartawan Rakam Aksi Orang Jepun Di Lintasan Jalan Dan Terkedu Bila Tengok Responnya.