in

Isu Manifesto Tun Mahathir. Ini Kenyataan Balas Mufti Perak Buat Rakyat Setuju

Alhamdulillah. Ada Juga Mufti Bagi Pencerahan Hukum Isu Semasa Kepada Rakyat. Allahuakabar.

Isu Manifesto Tun Mahathir. Ini Kenyataan Balas Mufti Perak Buat Rakyat Setuju | Baru ni pembangkang meroyan apabila Tun Mahathir kata janji Manifesto bukan kitab suci. Ekoran itu, ini kenyataan balas mengejutkan Mufti Perak buat rakyat setuju. Tak sangka.

JANJI MANIFESTO TIDAK BERDOSA JIKA ADA USAHA BERSUNGGUH TELAH DILAKUKAN

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata yakin Tun Dr Mahathir Mohamad benar-benar berusaha mahu menunaikan semua janji Pakatan Harapan (HARAPAN) seperti yang terkandung dalam manifesto gabungan itu.

Justeru kata Harussani perdana menteri terbabit tidak dianggap menanggung dosa jika janji tersebut gagal direalisasikan selepas cubaan bersungguh-sungguh dibuat.

Dipetik Sinar Online Harussani berkata seseorang itu boleh dianggap menanggung dosa jika dia tidak berusaha, sebaliknya hanya berjanji semata-mata.

Merujuk kepada kenyataan Dr Mahathir di Dewan Rakyat semalam Harussani menjelaskan ia adalah petanda kesungguhan perdana menteri mahu melaksanakan ikrar HARAPAN.

“Ini adalah satu kenyataan yang membuat pengakuan bahawa beliau (Dr Mahathir) akan melaksanakan janjinya.

“Kalau beliau tidak melaksanakannya akan menanggung dosa.

“Dr Mahathir benar-benar mahu melaksanakan janjinya tetapi sekiranya tidak berjaya, ia bukanlah satu dosa,” katanya.

Berserah Kepada Allah

Beliau menambah seseorang hanya mampu berusaha untuk mencapai sesuatu matlamat namun ketentuan sama ada ia berjaya atau sebaliknya terletak pada ketentuan tuhan.

Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor juga sependapat dengan Harussani dalam isu berkenaan.

Katanya sesuatu ikrar yang diiringi dengan usaha bersungguh-sungguh tidak akan dianggap berdosa jika gagal juga.

“Memanglah asalnya janji mesti ditepati sedaya upaya tetapi setelah dicuba, didapati tidak semua janji dapat ditunaikan dengan sebab yang tidak dijangka.

“Allah tahu bahawa manusia ada kelemahan dan pasti ada sebab kenapa manusia itu tidak mampu menunaikan janji itu,” katanya.

Wan Salim berkata manusia perlu berserah kepada Allah dan pada masa sama berharap mendapat keampunan, selain diberikan jalan supaya ada cara untuk merealisasikan janji berkenaan. (Sumber: Malaysiakini)

ROYALTI DIBERI ATAS KEUNTUNGAN DI NEGERI PENGELUAR

Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pemberian royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar petroleum dibuat berdasarkan jumlah keuntungan diperoleh daripada negeri berkenaan.

tun mahathir 2019

“Royalti adalah daripada keuntungan. Jika untung RM100 juta, maka RM20 juta jadi royalti.

“Ia berdasarkan keuntungan Petornas di sesuatu tempat. Maka apa yang kita kutip di Terengganu tidak akan dibayar kepada Sarawak dan Sabah ” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kepimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam.

Pada persidangan Dewan Rakyat semalam, Dr Mahathir berkata kerajaan Pakatan Harapan komited merealisasikan janjinya yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 termasuk pemberian royalti 20 peratus kepada negeri pengeluar petroleum di negara ini.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya berharap royalti itu digunakan untuk kebaikan negeri-negeri berkenaan dan tidak disalah guna untuk memperkuatkan parti dan lain-lain.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata pihaknya tidak mempunyai maklumat berhubung laporan penahanan ahli perniagaan Low Taek Jhow atau Jho Low di China.

“Ada orang melaporkan bahawa dia telah ditangkap, tetapi saya tiada maklumat langsung tentang penangkapan beliau. Saya rasa ini salah satu berita palsu,” katanya.

Blog Sarawak Report pada Rabu melaporkan sebuah stesen radio di Hong Kong menyiarkan satu laporan berita berhubung penahanan Jho Low di China. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Tegur Maszlee Isu Kasut Hitam. Ini Komen Balas KJ Kepada Rais Yatim Yang Ramai TAK TAHU

PAS Tak Letak Calon PRK Sungai Kandis. Ini Komen Tun Mahathir Buat Ramai Setuju