in

PAS Tak Letak Calon PRK Sungai Kandis. Ini Komen Tun Mahathir Buat Ramai Setuju

Semoga Calon Yang Paling Baik Menang PRK Sg Kandis Ni InsyaAllah. Amin.

PAS Tak Letak Calon PRK Sungai Kandis. Ini Komen Tun Mahathir Buat Ramai Setuju | Ramai pelik bila PAS tak letak calon dalam PRK Sg Kandis. Bila wartawan tanya, ini komen mengejutkan Tun Mahathir tapi buat ramai setuju. Tak sangka.

PAS DAN UMNO ADIK BERADIK

Antara kritikan utama Pakatan Harapan (HARAPAN), terutama Tun Dr Mahathir Mohamad, terhadap PAS adalah parti itu berkerjasama dengan Umno.

Ia selepas PAS tidak mahu bersama-sama HARAPAN untuk mengelakkan pertembungan tiga penjuru dengan BN pada PRU lalu, bagi mengelakkan perpecahan undi pembangkang yang sering berlaku pada PRU sebelum ini.

Hari ini ketiadaan calon PAS dalam PRK Sungai Kandis tidak terlepas daripada sindiran perdana menteri itu.

Bagi Mahathir, tindakan PAS tidak meletakkan calon – seterusnya mengelakkan pecahan undi – menunjukkan hubungan kedua-dua parti pembangkang itu.

“Memang dia (PAS dan Umno) adik-beradik,” katanya ringkas ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri di Ampang, Selangor, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada PAS mahu memberi laluan mudah kepada Umno berdepan HARAPAN pada PRK itu yang akan dijalankan 4 Ogos ini.

Terdahulu, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya akan berbincang dengan PAS untuk meletakkan seorang saja calon pembangkang pada PRK itu bagi memastikan saingat sengit terhadap PKR.

Dua hari lalu, Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (gambar) mengumumkan PAS bersedia memberi laluan kepada Umno untuk bertanding.

Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan ketika dihubungi Malaysiakini menjelaskan ia bukan bermakna parti itu berkerjasama dengan Umno

“Kita putuskan tidak bertanding dan kebetulan Umno yang bertanding, jadi mungkin atas dasar-dasar lainnya kita rasa di DUN Selangor memerlukan wakil daripada pembangkang, jadi biar satu sahaja parti pembangkang yang masuk. Kita tak bertanding PRK Sungai Kandis atas beberapa sebab, justifikasi,” katanya.

Beliau juga berkata PAS masih belum memutuskan sama ada akan membantu Umno sepanjang tempoh berkempen PRK itu.

PRK Sungai Kandis menyaksikan calon PKR Zawawi Mughni berdepan dengan calon BN Datuk Lokman Noor Adam dan calon bebas K. Murthy.

Ia diadakan selepas penyandangnya Mat Shuhaimi Shafiei meninggal dunia pada 2 Julai lalu akibat kanser limfoma.

Pada PRU lalu, Mat Shuhaimi menang kerusi itu dengan majoriti 12,480 undi, mengalahkan Datuk Kamaruzzaman Johari (BN), Mohd Yusof Abdullah (PAS) dan Hanafiah Husin (PRM). (Sumber: Malaysiakini)

DAP KECAM ISRAEL LULUS UNDANG-UNDANG KETUANAN YAHUDI

DAP mengecam sekeras-kerasnya “undang-undang Ketuanan Yahudi” dan menyifatkannya sebagai zalim, tidak adil dan tidak demokratik, kata Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng.

lim guan eng palestin yahudi

“Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengecam sekeras-kerasnya tindakan Knesset Israel yang telah meluluskan “undang-undang negara Yahudi” yang bersifat zalim, tidak adil dan tidak demokratik sama sekali.

“Undang-undang terbaru tersebut menjunjung konsep Ketuanan Yahudi dan menindas hak-hak minoriti, terutamanya bangsa Arab yang merupakan kumpulan minoriti terbesar di negara itu,” kata Lim dalam suatu kenyataan hari ini.

Menurut Lim yang juga Menteri Kewangan itu, undang-undang terbaru tersebut menjunjung konsep ketuanan Yahudi dan menindas hak-hak minoriti terutamanya bangsa Arab.

“Identiti penduduk Arab termasuk bahasa mereka telah diketepikan dan dinafikan melalui proses perundangan yang bersifat perkauman. Bahasa Arab yang sebelum ini diiktiraf oleh undang-undang sebagai bahasa rasmi kini telah diturunkan taraf.

“Kaum minoriti yang selama ini telahpun dilayan sebagai rakyat kelas kedua kini akan terus dipinggirkan dengan lebih teruk lagi,” katanya.

Baitulmuqaddis Ibu Negara Israel

Lim seterusnya berkata undang-undang tersebut secara unilateral mengisytiharkan “seluruh kota Baitulmuqqadis” sebagai ibu kota negara Israel.

“Undang-undang tersebut juga secara unilateral mengisytiharkan “seluruh kota Baitulmuqqadis” (Jerusalem) sebagai ibu kota negara Israel.

“Tindakan ini bukan sahaja bercanggah dengan segala konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan undang-undang antarabangsa yang mengiktirafkan negara Palestin, malah melanggar prinsip keamanan dan kemanusiaan yang begitu penting untuk mengembalikan kestabilan di rantau tersebut.

“DAP yang selama ini berpegang kepada prinsip kebebasan, kesaksamaan dan persaudaraan akan tetap menentang segala bentuk kezaliman dan perkauman tidak kira di Malaysia atau di mana-mana sahaja di dunia,” katanya.

Semalam, Parlimen Israel meluluskan rang undang-undang kontroversi yang mentakrifkan negara itu sebagai negara Yahudi secara eksklusif dengan 62 MP menyokong manakala 55 MP menolak. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Isu Manifesto Tun Mahathir. Ini Kenyataan Balas Mufti Perak Buat Rakyat Setuju

Najib Sambut Hari Jadi Ke 65, Dua Hari Lebih Awal. Ini Puncanya.