in

Tegur Maszlee Isu Kasut Hitam. Ini Komen Balas KJ Kepada Rais Yatim Yang Ramai TAK TAHU

Cayalah KJ. Kami Pun Team Kasut Hitam. Malaysia Baru Ni Memang Seronok.

Tegur Maszlee Isu Kasut Hitam. Ini Komen Balas KJ Kepada Rais Yatim Yang Ramai TAK TAHU | Baru ni Rais Yatim mempertikaikan peraturan baru kasut hitam di sekolah yang dibuat Dr Maszlee. Mengejutkan, ini komen balas KJ terhadap Rais Yatim yang ramai tak tahu.

RAIS YATIM – APA PENTINGNYA MURID TUKAR KASUT HITAM

Komen Balas KJ Ada Di Bawah Sekali. Bekas penasihat sosiobudaya kerajaan, Tan Sri Rais Yatim persoal keputusan Kementerian Pelajaran yang membuat peraturan baru bahawa mulai tahun depan murid-murid tidak lagi perlu berkasut putih.

“Apa pentingnya murid seluruh negara tukar kasut warna hitam? Takda hal ehwal yg lebih pentingkah?” soalnya dalam ciapnya di Twitter.

Bagi Rais yang juga adalah bekas menteri, kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) seharusnya memberi tumpuan kepada perkara atau masalah yang lebih mendesak.

“Bukankah soal disiplin sekolah lebih mustahak? Bukan kasut hitam,” katanya.

Secara sinis beliau juga menyindir Menteri Pelajaran Dr Maszlee Malik yang semalam mengumumkan bahawa mulai penggal 2019 pelajar akan dibenarkan memakai kasut hitam.

“Gudang kasut tentu gembira – 7 juta murid sudah tentu berdepan dengan ekonomi RM350-400 juta,” kata Rais.

Semalam, Maszlee dilaporkan berkata keputusan berkenaan dibuat hasil maklum balas yang diterima kementerian daripada ibu bapa.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat kementeriannya selepas menerima banyak aduan daripada ibu bapa mengenai kerumitan yang dihadapi disebabkan penggunaan kasut putih.

“Ramai ibu bapa meminta agar anak-anak mereka tidak lagi menggunakan kasut putih,” katanya.

Sementara itu ciapan Rais itu mendapat sambutan daripada pengguna warga maya yang menyokongnya.

Antaranya, adalah Senator Dr Syed Husin Ali yang juga adalah bekas pemimpin PKR yang berpendapat keputusan itu bakal membebankan golongan miskin.

“Lagi pun tukar kasut ini menjadi beban kepada keluarga miskin. Patut buat kajian mendalam dulu di kalangan ibubapa,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

JAWAPAN KJ TERHADAP RAIS YATIM

Perlu berlaku adil kepada @maszlee. Dia umum sewaktu forum dimana pelbagai itu disentuh tentang sistem pendidikan negara.
Soal kasut bukan perkara utama.

Namun sebagai bapa kepada pelajar di sekolah kebangsaan, saya #TeamKasutHitam. 👍🏽 Menteri.

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

zahid marah

Ada Ahli Umno Seranah Kematian ADUN Balakong. Lepas Berdiam Diri, Ini Tindakan Zahid.

Isu Manifesto Tun Mahathir. Ini Kenyataan Balas Mufti Perak Buat Rakyat Setuju