in

Manifesto Bukan Kitab Suci. Ini Amaran Najib Kepada Tun Mahathir Buat Ahli Umno Suka

Memang Betul Pun Apa Yang Tun Mahathir Tu Cakap. Kan ?

Manifesto Bukan Kitab Suci. Ini Amaran Najib Kepada Tun Mahathir Buat Ahli Umno Suka | Ekoran kata Tun Mahathir yang manifesto bukan kitab suci. Najib beri amaran mengejutkan kepada Tun Mahathir buat ramai ahli Umno suka. Tak sangka.

PERINGATAN NAJIB KEPADA TUN MAHATHIR

Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan Pakatan Harapan (HARAPAN) agar menunaikan setiap perkara yang disebut dalam manifesto PRU ke-14 mereka.

Bekas perdana menteri itu membidas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini bahawa “manifesto bukan kitab suci” berhubung pelantikan bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai speaker.

Ia bertentangan dengan janji manifesto HARAPAN bahawa speaker akan dipilih di kalangan anggota parlimen.

“Janji tetap janji. Tidak betul dan tidak adil untuk parti politik mendapat kuasa dengan menipu rakyat.

“Rakyat sepatutnya tidak tertipu dan menerima begitu saja sebarang alasan yang akan dibuat kerajaan HARAPAN untuk lima tahun akan datang,” kata Najib di Facebook hari ini.

Berhubung pelantikan Mohamad Ariff, Mahathir berkata mereka tidak dapat melantik speaker di kalangan anggota parlimen “atas sebab-sebab tertentu”.

“Kadang-kadang kita boleh laksanakan sesuatu perkara, kadang-kadang tidak boleh, jadi kita perlu berfikiran praktikal,” katanya sambil menambah orang awam mahu speaker yang tak dikaitkan dengan mana-mana parti politik.

Dalam pada itu, Najib berkata BN sebelum ini sentiasa berhati-hati ketika merangka manifesto mereka kerana beliau mahu menunaikan setiap perkara yang dijanjikan.

“Kami melakukan pengiraan dan menyemak banyak kali…Mungkin kami terlalu berhati-hati untuk menjanjikan perkara yang dapat kami tunaikan,” kata anggota parlimen Pekan itu lagi. (Sumber: Malaysiakini)

SEPTEMBER – PELUANG TERAKHIR KJ SAMAN ANWAR

Mahkamah Persekutuan menetapkan 12 September untuk mendengar rayuan anggota parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung bayaran ganti rugi sebanyak RM150,000 dan kos RM60,000 yang perlu dibayar kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu disahkan oleh peguam Anwar, J Leela kepada Malaysiakini selepas pengurusan kes hari ini.

Pada Februri lalu. Mahkamah Rayuan menolak rayuan bekas menteri Belia dan Sukan itu dan memutuskan bahawa notis rayuan yang difailkan oleh peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah adalah “samar dan cacat.”

Pada September lalu, hakim Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan memutuskan bahawa Khairy memfitnah Anwar dengan ungkapan “main belakang” yang dibuat dalam satu ceramah di Lembah Pantai pada tahun 2008, sebelum Pilihan Raya Umum Ke-12.

Dalam menilai ganti rugi, Azizul mengambil kira bahawa tuduhan-tuduhan terhadap Anwar adalah serius, dibuat dalam satu acara umum, dan telah disiarkan secara meluas dalam media.

Hakim Azizul bagaimanapun tidak memberikan pampasan bagi ganti rugi teruk kerana menolak wujudnya niat jahat. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Tak Keluar Parlimen. Komen Anifah Terhadap Speaker Baru Buat Ramai Ahli Umno Terkedu

Khaled Ke Perlis. Ini Respon Shahidan Kassim Yang Buat Ahli Umno Respek