in

Najib Kena Tangkap. Ini Amaran Ketua Pemuda UMNO Buat Ramai Gentar

Ada Juga Orang Yang Masih Setia Dengan Najib. Bagus La.

Najib Kena Tangkap. Ini Amaran Ketua Pemuda UMNO Buat Ramai Gentar | Ketika di mahkamah pagi ini, ketika ditemui wartawan, ini amaran Ketua Pemuda UMNO buat ramai gentar.

JANGAN AIBKAN NAJIB SEBELUM BELIAU TERBUKTI BERSALAH

Jangan aibkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum beliau dibuktikan bersalah, kata Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau yang tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan kepada Anggota Parlimen Pekan itu berkata, selama ini Najib hanya diadili di mahkamah media dan bukannya mahkamah sebenar.

“Biar mahkamah jalankan proses perbicaraan dengan adil dan telus, kita mengharapkan supaya dia (Najib) diberi keadilan dan jangan kita menghukum sebelum mahkamah menghukum.

“…dan kita juga jangan aibkan dia sebelum dia terbukti bersalah oleh mahkamah,” katanya.

Justeru, beliau menyeru rakyat yang beragama Islam untuk kembali kepada prinsip yang diajar dalam agama dan undang-undang sebelum bersangka buruk terhadap Najib.

Terdahulu, Najib tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi pendakwaan berhubung dana syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Najib ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, di sini pada 2.35 petang semalam dan dibawa ke Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya. (Sumber: Malaysiakini)

KRONOLOGI PERBICARAAN KES NAJIB DI MAHKAMAH

Kurang dari dua bulan selepas pilihan raya umum 9 Mei, sejarah dicatat lagi apabila bekas perdana menteri Malaysia dihadapkan ke mahkamah hari ini untuk menghadapi tuduhan jenayah.

Pentadbiran Pakatan Harapan telah menunaikan janjinya untuk mendakwa Datuk Seri Najib Abdul Razak berhubung skandal 1MDB apabila bekas presiden Umno itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Semua mata kini tertumpu ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di mana Najib dijangka menghadapi pertuduhan pecah amanah berkaitan transaksi melibatkan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Kes Najib akan disebut di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Datuk Zainal Abidin Kamaruddin dan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Abdullah.

Pendakwaan diketuai oleh peguam negara yang baru dilantik Tommy Thomas.

Ikuti laporan langsung dan terkini pasukan wartawan Malaysiakini:

10 pagi: Kompleks Mahkamah, Jalan Duta – Timbul kekeliruan apabila tidak jelas di mana Najib dibawa.

Sebelum itu ditetapkan bahawa Najib dibawa ke Mahkamah Tinggi Jenayah 1, yang berada di tingkat keempat.

Bagaimanapun, beliau sekarang dibawa ke Mahkamah Tinggi Jenayah 3, yang berada di tingkat lima.

Kes Dibawa ke Mahkamah Tinggi

9.20 pagi: Mahkamah Sesyen – Peguam Negara Tommy Thomas berhasrat memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Beliau meminta agar rayuan tertuduh, Datuk Seri Najib Razak, tidak direkodkan.

Ketua peguam bela Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membantah dengan menyatakan rayuan perlu direkodkan di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi.

Najib didakwa di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin kemudian memutuskan pengakuan Najib dicatatkan di Mahkamah Tinggi.

Tommy kemudian menyerahkan sijil pemindahan untuk kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Shafee berkata beliau tidak mempunyai bantahan tetapi akan membangkitkan perkara itu di Mahkamah Tinggi sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Pertuduhan Dibacakan

9.13 pagi: Mahkamah Sesyen – Pertuduhan keempat dibacakan. Beliau didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pertuduhan keempat – Najib didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, telah menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya berjumlah RM42 juta apabila dia mengambil bahagian atau terlibat dalam keputusan bagi pihak kerajaan Malaysia untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman-pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada SRC International Sdn Bhd.

9.09 pagi: Mahkamah Sesyen – Tertuduh, Najib Razak menghadapi tiga tuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana jenayah pecah amanah.

Pertuduhan pertama – Najib didakwa sebagai seorang penjawat awam dan ejen iaitu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia, Advisor Emeritus SRC International Sdn Bhd (SRC) dan dalam kapasiti itu diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM27 juta.

Pertuduhan kedua – Najib didakwa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang sejumlah RM5 juta di tempat dan tarikh sama.

Pertuduhan ketiga – Najib didakwa sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diamanahkan dengan penguasaan ke atas wang milik SRC berjumlah RM4 bilion, telah melakukan pecah amanah jenayah terhadap wang berjumlah RM10 juta di tempat sama antara 10 Feb 2015 dan 2 Mac 2015, mengikut seksyen sama.

9.05 pagi– Ketua Pemuda Umno yang baru Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak diberi keadilan sewajarnya.

Beliau turut mahukan mahkamah menjalankan proses perbicaraan dengan adil dan telus.

“Jangan kita menghukum sebelum mahkamah menghukum, jangan kita aibkan dia sebelum dia dikenakan apa-apa hukuman.

“Masalahnya hari ini beliau diadili di mahkamah media bukan di kamar mahkamah sebenar,” katanya kepada pemberita di lobi Kompelks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Asyraf juga berkata seseorang tidak boleh dianggap bersalah selagi mahkamah tidak memutuskan perkara itu.

Pasukan Peguam, Pendakwa Tiba

8.55 pagi: Mahkamah Sesyen – Shafee tiba bersama pasukan pembelaan termasuk Harvinderjeet Singh, Farhan Read, dan Farhan Shafee.

8.42 pagi: Peguam Negara Tommy Thomas tiba bersama pasukan pendakwa raya termasuk Manoj Kurup, Mohd Hanafiah Zakaria dan Mohd Ishak Yusof

Anak-anak Najib, Najwa dan suaminya Daniyar serta Ashman juga masuk ke bilik mahkamah.

Berikut senarai pendakwa raya:

Tommy Thomas
Mohamad Hanafiah Zakaria
Manoj Kurup
Suhaimi Ibrahim
Umar Saifuddin Jaafar
Ishak Mohd Yusoff
Donald Joseph Franklin
Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi
Budiman Lutfi Mohammed
Sulaiman Kho Kheng Fuei
Mohd Ashrof Adrin Kamarul
Muhammad Izzat Fauziah

Sementara itu, anggota Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dilihat berada di luar mahkamah.

“Perjuangan belum selesai, lihat Anwar Ibrahim.

“Dia masuk dan keluar dari penjara tetapi perjuangannya berterusan,” kata bekas timbalan menteri itu kepada pemberita.

8.30 pagi: Bekas perdana menteri diiringi ke bilik saksi. Isterinya, Rosmah Mansor juga dijangka hadir.

Seperti dijangka, kawalan keselamatan ketat di dalam mahkamah. Wartawan hanya dibenarkan menduduki dua bangku terakhir.

Salah seorang anak Najib dari perkahwinan pertamanya, yang dipercayai Nazifuddin, juga dilihat berada dalam mahkamah.

Najib tiba di mahkamah

8.18 pagi: Datuk Seri Najib Razak tiba di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dan dilihat memakai kemeja biru.

Kira-kira 50 penyokong Najib melaungkan “Hidup Najib” dan takbir “Allahuakbar”

Berlaku tolak menolak ketika Najib memasuki pintu utama mahkamah.

8.15 pagi: Peguam Rosmah, K Kumaraendran tiba di mahkamah dan memasuki bilik saksi.

Menurut sumber, difahamkan bekas perdana menteri itu akan menghadapi tiga pertuduhan pecah amanah hari ini dan bukan 10 pertuduhan seperti dilaporkan lebih awal.

Terdapat satu atau dua lagi pertuduhan akan dikenakan di bawah Akta SPRM 2009.

Najib juga mungkin menghadapi pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA) pada hari yang lain.

8.10 pagi: Pemimpin Umno Tun Faisal Ismail Aziz yang mengetuai himpunan solidariti terhadap Najib berbalah dengan anggota polis yang bertugas.

“Ini bukan karaoke, ini mahkamah!” kata seorang pegawai polis kepada Tun Faisal ketika beliau cuba mengajak orang ramai menyanyi lagu “Allah Selamatkan Kamu”.

Tun Faisal membantah dengan mengatakan tiada halangan untuk bercakap atau menyanyi di luar lobi mahkamah tetapi pihak polis menegaskan bahawa orang ramai harus bergerak ke luar dari pintu utama.

“Di mana arrest team? Bertindak macam budak-budak,” kata pegawai itu lagi.

Di kalangan orang ramai, ada yang berteriak “jangan provoke!” ke arah polis.

8.05 pagi: Bernama melaporkan kenderaan yang membawa Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 7.37 pagi ini.

Kenderaan Proton Inspira merah yang membawa Najib diiringi enam kenderaan lain termasuk dua kereta peronda polis dan dua motosikal pengiring.

8.00 pagi: Laungan “bebas Najib” bergema di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Sekumpulan penyokong Najib melaungkan “bebas Najib” sebanyak tiga kali bagi membakar semangat sebelum ketibaan bekas perdana menteri itu.

Mereka turut menyanyikan lagu “Allah selamatkan kamu”.

Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Sentul R Munusamy mengarahkan mereka beredar ke luar kompleks mahkamah kerana menghalang laluan kenderaan untuk masuk.

“Jangan ganggu perjalanan mahkamah, kalau nak menyanyi di luar,” katanya.

7.50 pagi: Kompleks Mahkamah, Jalan Duta – Antara pemimpin Umno yang dilihat menunjukkan sokongan kepada Najib termasuk ketua Umno bahagian Batu Pahat Datuk Puad Zarkashi, Ketua Wanita Umno Datuk Noraini Ahmad dan anggota exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai blogger Papagomo.

“Kami datang untuk menunjukkan sokongan kerana beliau (Najib) bukan sahaja bekas presiden Umno tetapi juga bekas perdana menteri kita.

“Kami mahu menunjukkan bahawa kami akan terus mempertahankannya,” kata Puad kepada pemberita.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy juga dilihat berada di lobi bersama sekumpulan pegawai dan anggota polis yang lain.

Ketibaan Pegawai- Pegawai SPRM

7.35 pagi: Mahkamah Sesyen – Pegawai dari SPRM kelihatan memeriksa bilik mahkamah.

Salah seorang daripada mereka dilihat membawa beg besar dan satu lagi membawa dokumen yang tebal.

Beberapa pegawai polis berpakaian biasa juga dilihat bersama mereka.

7.25 pagi: Kompleks Mahkamah, Jalan Duta – Empat trak FRU dan sebuah trak polis memasuki kompleks mahkamah.

7.35 pagi: Mahkamah Sesyen – Pegawai dari SPRM kelihatan memeriksa bilik mahkamah.

Salah seorang daripada mereka dilihat membawa beg besar dan satu lagi membawa dokumen yang tebal.

Beberapa pegawai polis berpakaian biasa juga dilihat bersama mereka.

Sementara itu, peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijangka mengetuai pasukan peguam Najib.

Laluan ke kawasan lobi dipenuhi dengan petugas media tempatan dan antarabangsa yang menunggu ketibaan Najib.

Di tingkat atas di bilik mahkamah, wartawan juga sedang menunggu prosiding bermula.

Sementara itu, peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijangka mengetuai pasukan peguam Najib.

7.05 pagi: Jurugambar berkumpul di lobi. Najib dijangka dibawa masuk ke lobi dan dikawal ke tingkat keempat.

Peguam Negara Tommy Thomas yang mengetuai pendakwaan dijangka mengadakan sidang akhbar selepas Najib didakwah.

7 pagi: Kumpulan sekitar 50 orang yang terdiri daripada petugas media dan yang lain-lain sudah berkumpul di kompleks mahkamah/ Mereka tiba sebelum matahari terbit.

Anggota polis turut meningkatkan kawalan dengan anjing pengesan kelihatan digunakan untuk memeriksa kenderaan yang memasuki kawasan bangunan melalui pondok utama pengawal. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Disorok Dalam Peti Sejuk. Ini Luahan Terkini Ibu Bayi Buat Ramai SAYU

Disorok Dalam Peti Ais. Ini Sajak Tulisan Taufiq Razif Buat Ramai SAYU.