in

Khaled Ke Perlis. Ini Respon Shahidan Kassim Yang Buat Ahli Umno Respek

Harapnya Politik Kerajaan Atau Pembangkang Akan Lebih Gentleman Untuk Serve Rakyat.

Khaled Ke Perlis. Ini Respon Shahidan Kassim Yang Buat Ahli Umno Respek | Baru ni viral Zahid lantik Khaled jadi Ketua Umno Perlis. Ekoran itu ini respon mengejutkan Shahidan Kassim yang merupakan mantan Ketua Umno Perlis buat ramai ahli Umno respek. Tak sangka.

SHAHIDAN AKAN MINTA ZAHID BAGI PENJELASAN

Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau akan mendapatkan penjelasan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung pelantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, menggantikan dirinya.

Beliau bagaimanapun berkata akur dengan pelantikan itu dan keutamaannya kini adalah memastikan Umno terus bersatu.

“Walaupun saya mengetuai (Umno negeri pada) PRU lalu dan menang majoriti dua pertiga majoriti di Perlis, kita kena akur apabila presiden membuat keputusan.

“Gaduh tidak menguntungkan apa-apa, saya perlu berjiwa besar. Namun saya akan mendapatkan penjelasan daripada presiden berhubung perkara ini,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sabtu lalu, Ahmad Zahid mengumumkan Mohamad Khaled – sebelum ini menteri besar Johor – dilantik untuk mengetuai Umno Perlis menggantikan Shahidan.

Mohamad Khaled sendiri mengakui keputusan itu mengundang banyak persoalan di kalangan pemimpin Umno negeri itu dan berharap Ahmad Zahid segera memberikan pencerahan.

Pada PRU lalu, di saat banyak negeri jatuh ke tangan Pakatan Harapan, BN Perlis cemerlang dengan menang 10 daripada 15 kerusi DUN dan dua daripada tiga kerusi parlimen.

Namun mereka menjadi perhatian ekoran krisis pelantikan menteri besar yang yang tercetus selepas Shahidan mengumumkan BN mencalonkan ADUN Tambun Tulang yang juga adiknya Datuk Ismail Kassim sebagai menteri besar baru menggantikan Datuk Seri Azlan Man yang mendapat sokongan istana.

Sembilan ADUN BN kemudian memboikot istiadat pelantikan Azlan. Krisis itu berlanjutan beberapa minggu sehinggalah lapan ADUN mengangkat sumpah sebagai exco pada 13 Jun lalu.

Shahidan berkata walaupun pemimpin Umno Perlis mempunyai perbezaan pendapat, mereka bersatu ketika pilihan raya.

“Sejak merdeka, kita mengekalkan kemenangan majoriti dua per tiga dan Perlis masih merupakan negeri yang mantap,” katanya lagi. (Sumber: Malaysiakini)

KERAJAAN BELANJA RM1.3 BILION BAGI SUBSIDI PETROL

Kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM1.384 bilion antara 10 Mei hingga 16 Julai untuk menstabilkan harga petrol RON95, kata naib presiden PKR Rafizi Ramli hari ini.

Menulis di blognya, beliau berkata ini bermakna subsidi yang diberikan adalah antara 17 sen hingga 30 sen per liter bagi mengekalkan harga RM2.20 seliter.

Jika tidak, katanya lagi, harga mingguan bagi RON95 akan meningkat untuk enam minggu dan jatuh lima minggu sejak PRU ke-14 pada 9 Mei lalu, dengan harga boleh mencecah setinggi RM2.50 seliter.

Menggunakan data yang dapat diperoleh secara awam, beliau menganggarkan harga minggu ini tanpa subsidi adalah RM2.44 seliter.

Beliau berkata hasil kerajaan juga meningkat sebanyak RM1.77 bilion pada tempoh sama, iaitu sejak 67 hari diambil alih Pakatan Harapan (HARAPAN).

Ini ekoran kenaikan harga minyak mentah kepada lebih AS$50 setong – harga yang digunakan untuk merangka Bajet 2018, yang membawa kepada peningkatan royalti, cukai, duti dan kutipan lain.

Harga minyak mentah Brent semasa adalah AS$73.10 setong.

Rafizi berkata, ini bermakna 78 peratus daripada lebihan perolehan kerajaan daripada kenaikan harga minyak mentah telah dikembalikan kepada rakyat.

“Saya berpuas hati kerana pentadbiran HARAPAN kekal dengan dasar ekonomi pro-rakyat yang telah kami bawa sejak dulu,” katanya lagi.

Hairan Dengan Pembangkang

Beliau berkata, tujuannya menulis soal itu di blognya kerana penyokong Umno dan PAS sentiasa menggesanya menghentam kerajaan kerana menurut mereka gagal menunaikan janji menurunkan harga petrol.

“Saya ingat pemimpin Umno dan PAS akan menutup mulut kerana mereka tahu prestasi HARAPAN dalam menstabilkan harga petrol adalah lebih baik daripada jangkaan mereka.

“Masalahnya tidak mudah untuk menyekolahkan penyokong Umno dan PAS yang obses dengan janji manifesto dalam bayangan mereka,” katanya lagi.

Beliau juga menyuarakan kehairanannya kerana gesaan itu – untuknya menegur kerajaan – seperti menandakan parti pembangkang tidak yakin dengan kebolehan sendiri untuk memperjuangkan kepentingan rakyat. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Manifesto Bukan Kitab Suci. Ini Amaran Najib Kepada Tun Mahathir Buat Ahli Umno Suka

Hadir Sidang Parlimen. Ini Komen Berani Anak Najib Terhadap Ayahnya Buat Ramai Sebak