in

Isu Batu Putih. Ini Jawapan Balas Jabatan Peguam Negara Terhadap Kenyataan Apandi Ali

Semoga Malaysia Terus Maju Dan Dirahmati Allah. Amin.

Isu Batu Putih. Ini Jawapan Balas Jabatan Peguam Negara Terhadap Kenyataan Apandi Ali | Baru ni bekas Peguam Negara ada menyatakan yang Malaysia tak minat terhadap Pulau Batu Putih dan gugurkan kes. Selepas berapa ketika, ini jawapan balas mengejutkan Jabatan Peguam Negara yang menceritakan kisah sebenar isu berkenaan. Tak sangka.

JABATAN PEGUAM NEGARA – APANDI ALI TIDAK BERCAKAP BENAR

Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini berkata bahawa bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, tidak bercakap benar mengenai Permohonan Semakan dan Permintaan Tafsiran terhadap keputusan kes kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Merujuk kepada artikel bertajuk ‘Malaysia ada bukti kukuh’ yang telah diterbitkan pada 1 Julai 2018 dalam Mingguan Malaysia, berdasarkan temu bual dengan Mohamed Apandi, jabatan itu berkata Mohamed Apandi telah menyatakan bahawa ICJ telah memfokuskan kepada surat bertarikh tahun 1953 daripada pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang dihantar kepada Singapura.

“Menurut beliau (Mohamed Apandi) surat tersebut menyatakan bahawa Malaysia tidak berminat terhadap Pedra Branca (Pulau Batu Puteh). Beliau menyatakan bahawa Malaysia tidak membangkitkan isu berkenaan dengan kuasa pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor tersebut dan disebabkan itu Malaysia kalah dalam kes ini.

Rekod menunjukkan bahawa pernyataan Mohamed Apandi adalah tidak benar. Malaysia telah menghujahkan berkenaan dengan perkara tersebut secara terperinci di hadapan ICJ. Hujahan Malaysia berkaitan dengan ini semasa pendengaran lisan kes Pulau Batu Puteh boleh didapati dalam ICJ Document CR 2007/30,” kata jabatan itu dalam kenyataan media di sini.

Ia berkata walaupun keputusan ICJ tidak memihak kepada Malaysia dalam perkara ini, ICJ walau bagaimanapun dalam penghakimannya telah memutuskan antara lain, bahawa ia tidak menyifatkan surat bertarikh 1953 itu sebagai mempunyai ciri konstitutif dalam erti kata bahawa ia mempunyai kesan undang-undang yang muktamad terhadap Johor iaitu Pulau Batu Puteh tetapi sebaliknya ia merupakan maklum balas terhadap suatu pertanyaan.

Menurut AGC, oleh yang demikian, tidak benar sama sekali bahawa Malaysia tidak membangkitkan isu berkenaan dengan kuasa pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri Johor itu.

Ia berkata berkenaan dengan kenyataan bahawa ICJ tidak membuat sebarang keputusan berkenaan dengan Tubir Selatan (South Ledge), ICJ dalam penghakimannya pada tahun 2008 telah membuat keputusan bahawa kedaulatan terhadap Tubir Selatan sebagai elevasi air surut dimiliki oleh negara yang dalam laut wilayahnya ia terletak.

“Sehubungan dengan keputusan tersebut, Malaysia dan Singapura telah menubuhkan suatu Jawatankuasa Teknikal Bersama yang ditugaskan untuk melaksanakan penghakiman 2008 tersebut,” menurut kenyataan itu.

Ia berkata berikutan penubuhan kerajaan baharu Pakatan Harapan selepas PRU14, dan memandangkan Mohamed Apandi (Ejen bagi Malaysia bagi Permohonan Semakan dan Permintaan Tafsiran) telah diarahkan untuk bercuti, perkara itu telah dibawa kepada perhatian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk arahan lanjut.

Menurutnya, salah seorang daripada tiga peguam antarabangsa serta dua peguam tempatan yang telah dilantik oleh Mohamed Apandi untuk mengendalikan kes itu telah diarahkan untuk memberikan taklimat kepada Perdana Menteri berkenaan perkara tersebut pada Mei 2018.

Ia berkata ketika taklimat tersebut, Dr Brandan Plant, yang mewakili peguam-peguam antarabangsa, telah mengekalkan dan mengulangi pandangan bertulis kolektif peguam-peguam antarabangsa bertarikh Januari 2017.

“Dalam hal ini, kedua-dua peguam tempatan yang telah dilantik iaitu Datuk Abu Bakar As-Sidek Mohamad Sidek dan Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin (yang bekerja secara langsung dan rapat dengan Mohamed Apandi) tidak membantah Dr Plant. Turut hadir semasa taklimat tersebut ialah wakil daripada AGC serta Wisma Putra,” kata jabatan itu.

Ia berkata selepas mengambil kira pandangan serta kepentingan negara yang lain, termasuk implikasi kos, Tun Dr Mahathir membuat keputusan bahawa adalah lebih baik untuk tidak meneruskan prosiding semakan itu.

Ia berkata keputusan itu kemudiannya telah dilaporkan kepada Jemaah Menteri baharu dalam mesyuarat Kabinet pertama pada 23 Mei lalu dan telah diluluskan oleh Jemaah Menteri.

“Keputusan tersebut serta asas-asasnya telah juga disembah maklumkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar,” kata jabatan itu.

Ia berkata ICJ sebelum ini menetapkan 11 hingga 22 Jun 2018 bagi pendengaran lisan kedua-dua Permohonan Semakan dan Permintaan Tafsiran itu.

Jabatan itu juga menyatakan bahawa selaras dengan amalan biasa ICJ, Malaysia tiada halangan untuk pliding bertulis bagi kedua-dua Permohonan Semakan dan Permintaan Tafsiran boleh diakses oleh umum melalui laman sesawang ICJ. (Sumber: Sinar Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

PRK Sg Kandis. Ini Keputusan Berani PKR Selangor Buat Ramai Tergamam

Tahun 1975. Ini Amalan RAHSIA Syed Mokhtar Jadi Kaya Raya Yang Ramai Tak Tahu