in

Sebelum Ditahan, Ini Pesan Najib Kepada Shahrir Samad Buat Ahli UMNO Sebak

Rakyat Ada Hak Untuk Memastikan Undang-Undang Terlaksana Dengan Adil.

Sebelum Ditahan, Ini Pesan Najib Kepada Shahrir Samad Buat Ahli UMNO Sebak | Seorang rakan Najib, Tan Sri Shahrir Abd Samad, yang sempat ditemuramah wartawan berkata Najib ada pesan kepadanya “sesuati”. Ramai ahli UMNO sebak bila tau.

JANGAN BIARKAN NAJIB KESEORANGAN HADAPI PERTUDUHAN

Semua anggota Umno diminta bertenang dan mematuhi serta menghormati undang-undang negara ekoran penahanan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas anggota parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad ini kerana penahanan Najib itu perlu ada bukti dan kes yang kuat supaya ia bukan sekadar hanya memenuhi senario yang diada-adakan.

“Secara tidak langsung, kita akan pastikan juga undang-undang diaplikasikan agar tidak hanya menjadi sebahagian daripada senario yang berlaku semata-mata,” katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai memberi keterangan kepada SPRM berhubung isu beliau menerima RM1 juta daripada Najib.

Sehubungan itu Shahrir berkata Najib pernah berpesan kepadanya supaya Umno jangan membiarkannya seorang diri berdepan dengan tuduhan.

Najib dijangka akan menghadapi lebih 10 pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International Sdn Bhd.

Menurut sumber, Najib akan didakwa atas lebih 10 pertuduhan itu esok di Mahkamah Kuala Lumpur. (Sumber: Malaysiakini)

50 PENYOKONG NAJIB LAUNG LAWAN TETAP LAWAN

Kira-kira 50 hadir di luar bangunan ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya malam ini bagi menunjukkan sokongan kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini dalam tahanan agensi itu.

NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Pemantau Malaysia Baru mengetuai penyokong Najib melaungkan slogan ‘Hidup Najib dan ‘Tangkap Mahathir’.

Mereka juga didengar melaungkan slogan ‘lawan tetap lawan’ dan ‘undur DAP’.

Slogan ‘lawan tetap lawan’ digunakan ketika gerakan Reformasi pada 1998 yang dicetuskan oleh pemecatan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden NGO itu, Datuk Lokman Noor Adam yang juga merupakan anggota Majlis Tertinggi Umno, selain bekas panel pemikir Jawatankuasa Hal Ehwal Khas (JASA), Tun Faisal Ismail Aziz.

Hadirin mula berkumpul sekitar 8.30 malam tadi dan dijangka bersurai 11 malam nanti.

Berucap kepada hadirin dan media, Tun Faisal mempersoalkan penahanan Najib yang disifatkannya sebagai tidak adil.

“Siapa yang beri kuasa kepada Pasukan Petugas Khas 1MDB untuk menahan Najib? Hari ini mereka keluarkan arahan untuk tangkap Najib.

“Sepatutnya SPRM yang keluarkan arahan. Majlis Peguam mana? Suhakam mana? Semua senyap. Mana aktivis (hak asasi)?” katanya.

Lokman turut menyifatkan penahanan Najib bertujuan melemahkan semangat bekas perdana menteri itu.

“Kedaulatan undang-undang ditukar menjadi undang-undang rimba. Beliau memberikan kerjasama penuh kepada SPRM. Perlukah beliau ditahan? Untuk apa?

“Ini untuk melemahkan semangat beliau. Untuk buat beliau putus asa. Tapi Najib kekal kuat,” katanya.

Sepasukan anggota polis turut dilihat hadir memantau situasi. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Ketika Serah Tugas. Ini Komen KJ Terhadap Saddiq Buat Wartawan Terkedu.

Najib Kena Tangkap. Ini Tindakan Rosmah Buat Ramai Tak Sangka