in

Ketika Serah Tugas. Ini Komen KJ Terhadap Saddiq Buat Wartawan Terkedu.

Macam Abang Adik La Pulak. Hebat.

Ketika Serah Tugas. Ini Komen KJ Terhadap Saddiq Buat Wartawan Terkedu. | Hari ni KJ menyerahkan potfolio Menteri Belia Sukan kepada Saddiq. Ketika itu juga, KJ ada beri komen terhadap Saddiq buat wartawan terkedu. Tak sangka.

KJ – JANGAN SALAHKAN SADDIQ

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan penggantinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak boleh disalahkan seandainya kontinjen negara gagal memenuhi sasaran pingat emas pada Sukan Asia Jakarta-Palembang, bulan depan.

Khairy yang hadir dalam sesi menandatangani nota serah tugas jawatan itu kepada Syed Saddiq di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini berkata, beliau sanggup mengambil tanggungjawab terhadap prestasi kontinjen negara pada temasya yang dijadualkan berlangsung dari 18 Ogos hingga 2 September itu.

“Jika anda (Syed Saddiq) tak dapat penuhi sasaran Sukan Asia nanti, anda boleh menyalahkan saya. Saya akan terimanya,” katanya.

Pada Februari 2016, Khairy melancarkan Program Podium yang diwujudkan khusus bagi program bersepadu persediaan atlet elit dengan peruntukan RM75 juta pada tahun itu dengan Institut Sukan Negara (ISN) diberi tugas menjalankannya.

Kontinjen negara mencatatkan pencapaian terburuk dalam sejarah temasya itu empat tahun lalu di Incheon, Korea Selatan di mana negara hanya memperoleh lima emas, 14 perak dan 14 gangsa namun pencapaian atlet kali ini bakal menjadi tumpuan apa lagi selepas kewujudan Program Podium.

Sementara itu, Syed Saddiq berkata, beliau sudah mengadakan perbincangan dengan Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali berhubung sasaran pingat emas itu.

“Saya sebenarnya sudah berbincang dengan Datuk Lokman Hakim Ali tentang penetapan sasaran ini semalam dan kita akan umumkan mengenai sasaran kepada media dalam masa terdekat.

“Tetapi saya akan jumpa atlet dan persatuan sukan dahulu bagi menetapkan sasaran yang lebih tepat,” katanya.

Biarpun sasaran sering menjadi fokus orang ramai terhadap kontinjen negara, Syed Saddiq berkata, beliau tidak mahu sasaran yang diletakkan menyebabkan kebajikan atlet terpinggir.

“Kita tak mahu memberikan tekanan hingga satu tahap di mana kebajikan mereka (atlet) dipinggirkan. Kejayaan kita adalah kejayaan bersama.

“Jika ada atlet yang sakit, sakitnya sama seperti apa yang kita rasakan,” katanya. (Sumber: Berita Harian)

NAJIB KATA ZETI TAHU DANA RM2.6 BILION. TAPI YANG SEBENARNYA…

Dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, tahu mengenai dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi bekas Perdana Menteri itu tetapi tidak mempersoalkannya, adalah fitnah.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, berikutan itu Zeti berhak mengambil tindakan guaman terhadap Najib berhubung dakwaan itu.

“Saya adakan majlis rumah terbuka Aidilfitri yang disambut pada peringkat dalaman di Kementerian Kewangan hari ini yang turut dihadiri Zeti serta Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainudin dan Zeti ada timbulkan perkara ini, menyatakan beliau tidak berpuas hati.

“Katanya (Zeti) apa yang ditimbulkan Najib itu dianggap sebagai fitnah. Saya menyatakan kalau ini fitnah, maka beliau (Zeti) harus mengambil tindakan sewajarnya.

“Saya rasa Zeti sedang bincang perkara ini dengan peguamnya. Saya tak mahu cakap lebih daripada itu, mari ikut proses dan hak perundangan,” katanya selepas Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di sini, hari ini.

GUAN Eng pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Putrajaya, hari ini. – Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Baru-baru ini, dalam temubual bersama Malaysiakini, Najib mendakwa Zeti ketika menjadi Gabenor Bank Negara sedar mengenai dana RM2.6 bilion dalam akaunnya sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 pada 2013, tetapi tidak mempersoalkan perkara itu.

“Jika Bank Negara tahu mengenai dana ini, dan mereka ada bayangan atau pengetahuan bahawa mungkin akan ada keraguan berhubung sumbernya, mereka patut beritahu saya.

“Tetapi ia tidak berlaku. Jadi, saya menyangka ia tiada masalah,” katanya.

Selain itu, Guan Eng berkata, kementeriannya tetap mempunyai keyakinan terhadap integriti dan kredibiliti Zeti.

“Jika kita hendak bandingkan integriti antara Zeti dan Najib, siapa yang akan anda lebih percaya?

“Siapa yang ada atau tidak ada beg jenama Hermes? Siapa yang ada barang kemas bernilai RM200 juta dan siapa yang ada wang tunai berjumlah RM140 juta?

“Saya akan mempercayai Zeti, jadi biarlah rakyat yang menentukan. Saya yakin Zeti tahu apa yang perlu dilakukan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

ZETI ketika ditemui media di Menara Ilham selepas menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan, hari ini. – Foto Muhd Zaaba Zakeria

Sementara itu, Zeti ketika ditemui berkata, beliau tidak akan komen buat masa ini, namun akan memberi penjelasannya tidak lama lagi berhubung dakwaan Najib itu.

“Saya tidak mempunyai sebarang komen mengenai perkara itu sekarang tetapi pada satu ketika, anda akan mendapat jawapannya, anda akan tahu bila,” katanya ketika ditemui di Menara Ilham selepas menghadiri mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan, hari ini.

Zeti yang juga ahli Majlis Penasihat Kerajaan, turut dilantik sebagai Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) menggantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar minggu ini. (Sumber: Berita Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Najib Ditangkap. Ini Tindakan CEPAT Wanita UMNO Buat Ramai Tak Sangka

Sebelum Ditahan, Ini Pesan Najib Kepada Shahrir Samad Buat Ahli UMNO Sebak