in

Rampasan Barang Mewah. Ini Kenyataan Balas Ketua Polis Terhadap Najib

Bagus Ketua Polis Negara Respon. Setuju Sangat.

Rampasan Barang Mewah. Ini Kenyataan Balas Ketua Polis Terhadap Najib | Najib baru ni pertikai polis menilai tinggi barangan mewah yang dirampas. Namun tak sampai 24 jam, ini kenyataan balas Ketua Polis Negara buat ramai setuju. Wow.

POLIS MENILAI IKUT HARGA SEMASA OLEH PAKAR BERTAULIAH

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata nilai barang rampasan dalam siasatan kes melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dibuat oleh pakar.

Sambil menyangkal dakwaan Najib bahawa nilai sebenar barang rampasan itu sebagai subjektif dan tidak realistik, beliau berkata pakar itu dilantik oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan barang itu dinilai mengikut nilai harga semasa.

“Anggaran nilai barang rampasan itu adalah berdasarkan (penilaian) pakar yang tahu nilai barang tersebut.

Kita dibantu pakar yang arif tentang jenama barang rampasan dan pihak PDRM tidak terlibat dalam menentukan nilai barang itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis penganugerahan kontinjen dan daerah terbaik Op Selamat 2018 di Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini.

Najib dalam satu temu bual dengan portal berita, Malaysiakini semalam mendakwa nilai barang rampasan sebanyak RM1.1 bilion sebagai subjektif dan tidak realistik.

Dalam pada itu, berhubung permohonan Najib untuk melihat barang rampasan itu, Mohamad Fuzi berkata pihaknya tidak ada masalah jika ada keperluan untuk Najib berbuat demikian.

“Kalau ada keperluan kita akan benarkan,” katanya.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh memaklumkan nilai barang rampasan di enam premis milik Najib pada 16 dan 17 Mei lalu bernilai sekitar RM900 juta ke RM1.1 bilion melibatkan barangan kemas, beg tangan mewah, jam tangan berjenama, cermin mata selain pelbagai mata wang asing. (Sumber: Malaysiakini)

SIVARASA BEBAS TUDUNG MUAT NAIK GAMBAR PALSU NAJIB

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan Anggota Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa h daripada pertuduhan memuat naik muka hadapan palsu majalah Time yang memaparkan gambar bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di laman Facebooknya dua tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya dari SKMM Mohd Sophian Zakaria memaklumkan bahawa pihaknya bersetuju untuk menarik balik kedua-dua pertuduhan yang dikenakan ke atas Sivarasa selepas menerima surat representasi daripada peguam tertuduh.

Dihubungi Malaysiakini, peguam Sivarasa, M Puravalen, mengesahkannya.

“Dengan ini beliau dibebaskan dan dilepaskan daripada tuduhan,” kata peguam itu.

Terdahulu, Mohd Sophian berkata pihak Orang Kena Saman (OKS) menghantar surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) pada 20 Jun lepas untuk menggugurkan kesemua pertuduhan yang dihadapi OKS.

“Pihak AGC telah mempertimbangkan representasi itu dan bersetuju untuk menarik balik kedua-dua pertuduhan berkenaan,” katanya.

Pada 15 April 2016, Sivarasa mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memuat naik muka hadapan palsu majalah Time yang memaparkan gambar Najib di laman Facebooknya, Mac 2016.

Dia menghadapi dua pertuduhan menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui laman akaun Facebook ‘Sivarasa Rasiah’ dalam dua pautan iaitu secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Sivarasa, 62, yang juga seorang peguam itu didakwa melakukan kedua-dua kesalahan berkenaan pada 7.41 malam, 22 Mac 2016 dan 4.59 pagi, 23 Mac 2016.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua pautan itu dibaca di No A-1110, Tingkat 11, Menara A Pandan Kapital, Jalan Pandan Utama, Pandan Indah di sini pada 9.20 pagi hingga 9.30 pagi, 23 Mac 2016. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Selepas Kata Tidak Lagi Dipercayai. Najib Bagitau Wartawan TAK SALAH Terima Hadiah

Dakwa Orang PM Amik RM10Juta . Ini Jawapan Balas Tun Mahathir Kepada Najib Yang Wow