in

Projek TRX. Ini Keputusan Lim Guan Eng Buat Ramai Pihak LEGA

Yang Bagus Dan Baik Untuk Rakyat Akan Diteruskan InsyaAllah.

Projek TRX. Ini Keputusan Lim Guan Eng Buat Ramai Pihak LEGA | Dikait dengan 1MDB, pihak TRX buat laporan polis sebelum Lim Guan Eng akhirnya buat keputusan terhadap projek mega tu yang buat ramai pihak lega. Jom baca.

PROJEK TRX AKAN DITERUSKAN

Projek TRX akan tetap disiapkan walaupun lebih daripada RM3 bilion dana Kerajaan Persekutuan untuk TRX CIty Sdn Bhd diselewengkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Kerajaan Persekutuan telah membuat keputusan untuk meneruskan projek milik penuh Kementerian Kewangan itu.

“Keputusan untuk meneruskan projek TRX berkenaan adalah demi menjana kembali segala dana yang telah diseleweng serta membayar balik semua pinjaman lama, dengan mengambil kira kos peluang dan pelaburan yang telah dibuat,” kata Guan Eng dalam satu sidang media di Kementerian Kewangan di sini hari ini.
TRX City Sdn Bhd

“Kabinet turut berpendapat bahawa penerusan projek ini akan menghasilkan keuntungan kecil kepada Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu sidang media di sini hari ini.

Tambah Guan Eng, tanpa dana RM2.8 bilion, TRXC terpaksa menghentikan projek tersebut manakala Kerajaan Persekutuan akan terpaksa menanggung bayaran pampasan RM3.51 bilion kepada beberapa pihak, selain daripada kehilangan RM3.7 bilion sebagai kos lesap yang diperuntukkan kepada TRXC sebelum ini.

Jelas Guan Eng, projek TRX akan memberikan keuntungan kecil selepas ia siap dan mendapatkan semula perbelanjaan RM3.7 bilion yang dibayar pada awal pembinaan projek tersebut.

Kabinet memutuskan untuk meneruskan projek berkenaan bagi mendapatkan semula semua dana yang disalah guna, membayar semua wang yang dipinjam dan kos-kos lain.

TRXC adalah sebuah syarikat yang membangunkan TRX dan Bandar Malaysia yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan. (Sumber: Astro Awani)

KHAIRY SENADA DENGAN ANWAR IBRAHIM

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersetuju dengan kenyataan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan yang dimaksudkan Khairy yang merupakan calon Presiden UMNO itu, adalah berhubung saranan Menteri Kewangan Lim Guan Eng agar bijak mengimbangi tanggungjawab beliau untuk meyakinkan pelabur dan kepentingan untuk membongkar segala penipuandan penyelewengan dalam pengurusan dana negara.

Khairy berpendapat nasihat daripada Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang bekas Menteri Kewangan itu wajar diterima oleh Guan Eng.

“Beliau perlu mengubah sedikit pendekatan beliau agar tidak dilihat sebagai menteri yg hanya membongkar sahaja.

“Ini kerana jawatan Menteri Kewangan mestilah daripada seseorang yang mampu memulihkan keyakinan pelabur-pelabur terhadap Malaysia yang mengamalkan ekonomi terbuka,” jelasnya dalam sidang media calon Presiden UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Daganan Dunia Putra, di ibu negara hari ini. (Sumber: Astro Awani)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Musa Aman WAJIB Balik Sabah Dalam Tempoh 3 Bulan. Kalau Tak…

Viral Lelaki VIP Buli Pengguna Jalanraya. Ini Pendedahan PDRM