in

Viral Lelaki VIP Buli Pengguna Jalanraya. Ini Pendedahan PDRM

Jangan Bawa Perangai Samseng Dulu. Ni Kan Malaysia Baru.

Viral Lelaki VIP Buli Pengguna Jalanraya. Ini Pendedahan PDRM | Semalam viral video pertengkaran seorang lelaki VIP naik kereta mewah yang bagitau dari KDN, dan bertengkar dengan pengguna jalan raya lain. Ini pendedahan PDRM tentang identiti sebenar lelaki tu. Jangan terkejut Jom baca.

LELAKI TU ANGGOTA KEHORMAT JABATAN RELA

Lelaki yang mendakwa dirinya dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu klip video melibatkan pertengkaran di sebuah lebuh raya ialah anggota kehormat Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang dilantik pada Februari 2015.

KDN dalam kenyataan hari ini berkata siasatan lanjut mendapati lelaki itu telah digantung jawatan dan disiasat atas kesalahan salah guna kuasa pada Mei 2017.

Sehubungan itu, KDN berkata pihak yang terlibat dalam kejadian itu dinasihat supaya tampil membuat laporan polis supaya tindakan lanjut oleh dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kenyataan itu menyebut, KDN juga telah merujuk klip video berkenaan kepada PDRM untuk tindakan lanjut.

Sehubungan itu, KDN berkata, warga kerjanya atau mana-mana individu diingatkan supaya tidak menyalahgunakan nama kementerian untuk kepentingan sendiri.

Video insiden pertengkaran melibatkan lelaki itu tular di media sosial sejak semalam. (Sumber: Malaysiakini)

Yang tak tengok lagi video tu boleh klik link di bawah ni..

VIDEO LELAKI VIP BERTENGKAR DI LEBUHRAYA


LINK FB : https://www.facebook.com/djmohan/posts/2173109286052178

KOMEN NETIZEN





Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Projek TRX. Ini Keputusan Lim Guan Eng Buat Ramai Pihak LEGA

Tun Mahathir Jumpa Syed Mokhtar Dan Geely. Ni Hasil Pertemuan Mereka Buat Ramai WOW