in

Musa Aman WAJIB Balik Sabah Dalam Tempoh 3 Bulan. Kalau Tak…

Biar La Kosong Dun Tu, Buat PRK Baru. Kuasa Rakyat.

Musa Aman WAJIB Balik Sabah Dalam Tempoh 3 Bulan. Kalau Tak… | Kelibat Musa Aman masih menjadi misteri semenjak kehilangannya sebulan yang lalu. Namun dia wajib balik ke Sabah dalam tempoh 3 bulan. Ini puncanya. Kalau tak.. Jom baca.

KERUSI DUN DIMENANGI AKAN KOSONG DALAM TEMPOH 3 BULAN

Tan Sri Musa Aman perlu angkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga atau kerusi yang dimenanginya boleh diisytiharkan kosong.

Bekas Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Johny Mositun berkata, perkara itu adalah berdasarkan Artikel 22 (2) Perlembagaan Negeri Sabah, yang menetapkan proses angkat sumpah perlu dilakukan dalam tempoh tiga bulan selepas persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 11 Jun lalu.

“Kerusi yang dimenangi seseorang wakil rakyat boleh diisytiharkan kosong oleh Speaker jika wakil rakyat berkenaan gagal angkat sumpah sebagai anggota DUN Sabah dalam tempoh tiga bulan selepas persidangan pertama DUN Sabah,” kata Mositun yang juga Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), kepada BERNAMA, hari ini.

Menurut peguam Musa, anak guamnya yang juga bekas Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, sedang mendapatkan rawatan perubatan di lokasi yang tidak didedahkan.

Seorang lagi wakil rakyat yang belum mengangkat sumpah ialah wakil rakyat kawasan DUN Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, yang difahamkan sedang menunaikan ibadah umrah.

Pada 11 Jun lalu, seramai 43 wakil rakyat daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan rakan parti PKR, DAP serta UPKO mengangkat sumpah sebagai anggota DUN pada persidangan pertama DUN Sabah di hadapan Speaker Datuk Syed Abas Syed Ali di bangunan DUN di Likas, dekat sini.

Daripada jumlah berkenaan, 39 adalah yang dipilih rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) manakala selebihnya yang dilantik.

Daripada 39 ADUN yang dipilih pada PRU-14 itu, 33 daripada WARISAN dan sekutunya iaitu DAP, PKR serta UPKO manakala enam lagi adalah wakil rakyat daripada UMNO yang meninggalkan parti itu.

Bagaimanapun, 21 wakil rakyat UMNO dan bekas rakannya dalam Barisan Nasional (BN) iaitu PBS, UPKO serta Parti Bersatu Rakyat Sabah selain parti Solidariti yang menyokong Musa selaku Pengerusi BN Sabah, tidak hadir pada persidangan berkenaan.

Namun keesokannya, 19 daripada 21 wakil rakyat terbabit mengangkat sumpah sebagai anggota DUN di hadapan Speaker DUN Sabah di pejabatnya.

Pada 10 Mei lalu, Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri selepas memperoleh majoriti mudah apabila parti Solidariti berpihak kepadanya untuk membentuk kerajaan campuran.

Bagaimanapun, majoriti mudah yang diperoleh Musa itu hilang selepas UPKO dan beberapa wakil rakyatnya mengisytiharkan keluar BN dan menyokong WARISAN yang dipimpin Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Susulan itu, Mohd Shafie mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di Istana Negeri pada 12 Mei lalu, sekali gus mencetuskan krisis perundangan mengenai jawatan ketua menteri di Sabah.

Keadaan itu menjadi lebih rumit berikutan laporan polis yang dibuat oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, yang mendakwa menerima ugutan jenayah daripada Musa, menyebabkan polis membuka kertas siasatan.

Bagaimanapun Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, dilaporkan berkata pihaknya belum dapat menyiapkan kertas siasatan kerana belum dapat merekodkan keterangan Musa dan masih mengesan bekas ketua menteri itu untuk diambil keterangan.

Pada 17 Mei lalu, Musa memfailkan writ saman terhadap Juhar dan Mohd Shafie memohon pengisytiharan bahawa beliau (Musa) kekal sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah.

Writ itu juga memohon pengisytiharan bahawa majlis mengangkat sumpah Mohd Shafie sebagai ketua Menteri oleh Yang Dipertua Negeri Sabah adalah menyalahi perlembagaan negeri.

Writ itu difailkan oleh Tetuan FT Ahmad and Co, yang mewakili Musa dan menamakan Juhar dan Mohd Shafie, masing-masing sebagai responden pertama dan kedua, difahamkan sebutan kes itu dijadualkan pada 9 Julai ini. (Sumber: Berita Harian)

IDRIS HARON – KONSPIRASI TERANCANG JATUHKAN SAYA

“Satu konspirasi terancang untuk menjatuhkan saya”. Itu yang ditegaskan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan tindakan sekumpulan ahli jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Tangga Batu yang mendesak beliau meletak jawatan Ketua UMNO bahagian dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, malam tadi.

Idris yang mempertahankan jawatan Ketua UMNO bahagian itu, mendakwa sidang media yang diketuai Timbalannya, Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah, sejurus mesyuarat AJK malam tadi sebenarnya diatur lebih awal.

Katanya, menerusi cadangan yang dikemukakan dalam mesyuarat itu, beberapa kelemahan ditonjolkan oleh kumpulan berkenaan termasuk alasan yang cukup umum, prosedur yang lemah bercampur emosi serta kenyataan tanpa fakta, berasaskan dendam dengan desakan supaya undi tidak percaya dilakukan terhadap dirinya.

“Cadangan ini dibantah oleh Ketua Puteri UMNO bahagian, Azlieza Azizan. Malah, Azlieza diarah keluar daripada mesyuarat oleh pembawa usul dengan alasan kononnya membenci UMNO, walhal ketua puteri itu menasihatkan bahawa UMNO adalah satu keluarga dan pemilihan boleh dilakukan secara sihat tanpa perlu ada undi tidak percaya.

“Apabila melihat ada yang tidak kena dan dipengaruhi emosi, selaku pengerusi, saya mengumumkan mesyuarat itu ditangguhkan,” katanya dalam kenyataan kepada NSTP, hari ini.

Idris yang mempertahankan jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, hujung bulan ini, berkata mesyuarat berkenaan diteruskan oleh Abu Bakar dan kumpulan AJK terbabit melakukan undian menolak kepemimpinan beliau di peringkat bahagian dan negeri, meskipun jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri dilantik oleh Presiden parti.

“Dalam hal ini, ia menunjukkan bahawa pilihan rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ditolak oleh segelintir `panglima perang’ UMNO Tangga Batu, manakala individu yang ditolak rakyat pula dikehendaki mereka.

“Sebagai makluman, Datuk Abu Bakar adalah calon UMNO yang mengalami kekalahan paling besar pada PRU-14 dan individu ini pula dipilih mewakili suara mereka dalam isu ini. Justeru, mereka sepatutnya sedar diri,” katanya.

Idris berkata, beliau sudah mendapatkan pengesahan daripada ibu pejabat UMNO, bahawa beliau masih kekal sebagai ketua UMNO bahagian dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Ditanya sama ada isu ini akan menjejaskan peluangnya untuk mempertahankan jawatan MT UMNO, beliau tidak menolak kemungkinan itu, namun peluang menang tetap ada.

Abu Bakar pada sidang media malam tadi, mengumumkan keputusan 31 AJK untuk menolak kepemimpinan Idris sebagai Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu serta Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka.

Desakan itu dibuat sebagai tanggungjawab yang perlu digalas Idris atas kegagalan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14. (Sumber: Berita Harian)

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Wartawan Tanya, Apa Jadi Jika BN Menang PRU14. Ini Jawapan Tun Mahathir. TAK SANGKA

Projek TRX. Ini Keputusan Lim Guan Eng Buat Ramai Pihak LEGA