in

Terkini 1MDB. Tawaran LUMAYAN Jho Low Ditolak Tun Mahathir. Ini Puncanya

Takyah Cakap Banyak La Jho Low. Balik Malaysia Dulu Baru Bincang.

Terkini 1MDB. Tawaran LUMAYAN Jho Low Ditolak Tun Mahathir. Ini Puncanya | Di musim raya ni, Jho Low tak balik Malaysia tapi menawarkan “sesuatu” yang sangat lumayan. Namun ditolak mentah-mentah oleh Tun Mahathir. Ini puncanya. Jom baca.

JHO LOW TAWAR UNTUK GUGUR TUNTUTAN TERHADAP ASET 1MDB BERBILION RINGGIT

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menolak tawaran ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low untuk mendapatkan kekebalan daripada dikenakan pertuduhan undang-undang mengenai skandal 1MDB.

Tawaran itu dikatakan sebagai pertukaran bagi Low yang kini sedang diburu oleh pihak berkuasa pelbagai negara untuk menggugurkan tuntutannya terhadap aset-aset dipercayai berkaitan 1MDB bernilai lebih satu bilion dolar.

Menurut Wall Street Journal, permintaan itu disampaikan kepada Mahathir melalui perantara. Walau bagaimanapun, laporan itu tidak menyebut bila tawaran tersebut dibuat.

Tidak jelas jika permintaan ini dibuat ketika Low dilaporkan telah bertemu dengan Dr Mahathir sewaktu beliau baru mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri bulan lalu.

Individu berkait Najib dan keluarga

Low dipercayai menjadi individu utama berhubung skandal global 1MDB yang bernilai berbilion dolar dan berkait rapat dengan Datuk Seri Najib Razak yang mengasaskan syarikat pelaburan negara tersebut dan keluarga bekas perdana menteri itu.

Low dan Najib menjadi tumpuan penyiasatan dana dan beberapa anak syarikatnya oleh pihak berkuasa Malaysia, Singapura, Switzerland dan Amerika.

Low dikehendaki oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk hadir sesi soal-siasat, sementara Singapura telah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya pada 2016.

Usaha untuk membawa Jho Low pulang ke negara setakat ini tidak membuahkan hasil, dengan Mahathir mengatakan kerajaan baru tidak dapat membawa pulang Low kerana Malaysia tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan negara tempat Low berada sekarang.

Bagaimanapun, perdana menteri tidak menamakan negara berkenaan.

Wall Street Journal memetik orang-orang yang mempunyai pengetahuan mengenai keberadaan Low menyatakan ahli perniagaan itu bersembunyi di China, antara tanah besar, Macau dan Hong Kong.

Peguam Low tidak memberi maklum balas terhadap permintaan Wall Street Journal untuk mendapatkan ulasan.

Dilaporkan Low telah membuat beberapa percubaan lain untuk menghubungi pihak berkuasa Malaysia bagi membantu siasatan.

Dalam satu kes, beliau mengarahkan peguamnya untuk menghubungi SPRM.

Di lain pihak, peguamnya pula dikatakan telah memulakan perbincangan dengan pihak berkuasa untuk bertemu dengan Jho Low di Dubai, namun pengerusi jawatankuasa siasatan 1MDB, Tan Sri Abu Talib Othman berkata tidak mengetahui apa-apa berhubung dakwaan rancangan itu. (Sumber: Malaysiakini)

GUAN ENG – ADA SATU LAGI SKANDAL BESAR KEWANGAN NEGARA

Kementerian Kewangan mempunyai satu lagi skandal utama yang akan didedahkan kepada umum sebelum negara dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap proses pembersihan untuk memulihkan keadaan fiskal kewangannya.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng, bercakap kepada Channel NewsAsia berkata beliau berharap dapat mendedahkan skandal terbaru “berkaitan dengan kementerian kewangan” dalam masa seratus hari lagi.

“Kami berharap dapat membongkar semua ini dalam tempoh masa seratus hari, jadi selepas itu kita boleh teruskan (pada hal yang lain).

“Dan saya fikir di sinilah pembersihan bermula … sebaik sahaja pengambil-alihan saham selesai, pembersihan dilakukan, proses membersihkan toksik selesai, Malaysia boleh kembali ke landasannya semula,” katanya dipetik berkata.

Bagaimanapun, laporan itu tidak menyatakan jika skandal terkini itu berkaitan dengan syarikat 1MDB yang diasaskan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikalahkan pada PRU14 lalu.

Suntikan dana RM7 bilion ke 1MDB

Sejak menjawat Menteri Kewangan, Lim telah membuat beberapa pendedahan ‘berkenaan dengan syarikat pelaburan negara itu”, termasuk suntikan dana RM7 bilion daripada kerajaan BN bagi menyelamatkan 1MDB.

Beliau juga mendedahkan beberapa bayaran lain yang dipersoalkan yang dibuat kepada syarikat dan anak syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB.

Mengenai hal ini, Lim berkata kerajaan Pakatan Harapan akan menyerahkan ke panel siasatan dan mahkamah untuk memutuskan jika Najib bertanggungjawab.

Beliau berkata ini kerana Najib ialah perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu yang mengawasi masalah yang menimpa syarikat pelaburan negara itu dan tanggungan hutangnya yang mencecah berbilion ringgit.

Lim berkata terdapat “pertalian jelas” berdasarkan penemuannya setakat ini, sejak beliau mengangkat sumpah jawatan pada 21 Mei.

“Saya secara peribadi akan berfikir bahawa beliau (Najib) bertanggungjawab sepenuhnya, hanya menteri kewangan yang dapat memberi kuasa dalam transaksi ini.

“Sudah tentu, perkara ini akan diputuskan panel siasatan dan jika mereka fikir pendakwaan perlu dibuat, mahkamah akan membuat keputusan,” jelas Lim dipetik sebagai berkata.

“Begitu pun saya merasa (perkara ini pernah) terhenti di meja bekas menteri kewangan, namun kami akan membiarkan penyiasatan dan proses yang sewajarnya berjalan,” katanya.

Sejak Najib kehilangan kuasa pada 9 Mei lalu, beliau telah disiasat pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai dakwaan penyelewengan dana 1MDB.

Tiada dendam peribadi

Sepanjang memegang jawatan perdana menteri keenam negara, Najib telah dibebaskan daripada sebarang salah laku oleh bekas peguam negara Tan Sri Apandi Ali.

Najib juga mendakwa tiada salah laku dalam syarikat berkenaan.

Sementara itu, Lim menegaskan siasatan terhadap Najib bukan atas dendam peribadi.

Jika benar demikian, Lim berkata sudah tentu Najib telah ditangkap sekarang.

Namun, sebulan telah berlalu dan Najib masih bebas walaupun terdapat pelbagai undang-undang yang membolehkan Najib ditahan kerana terlibat dalam skandal yang terkenal di seluruh dunia itu.

“Kerana kami mahu mengikut proses yang sewajarnya, kami mahu mematuhi undang-undang. Dan jika ada bukti yang perlu dikenakan, beliau akan di bawa ke mahkamah,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Ulasan SEMPOI Duta Jerman Ni Ketika Perjumpaan Rasmi Buat Lim Guan Eng TERSENTAP

Pembangkang TUDUH Balik Raya Naik Helikopter. Ini Jawapan Mat Sabu Buat Semua RESPEK