in

Najib Kata Ada Yang Mula Menyesal Undi PH. Ini Respon POWER Netizen

Hidup Ni Umpama Roda, Sekejap Di Atas, Sekejap Di Bawah, Rugilah Orang Yang Terleka.

Najib Kata Ada Yang Mula Menyesal Undi PH. Ini Respon POWER Netizen | Malam tadi Najib kata ramai yang mula menyesal undi PH. Ekoran tu beribu-ribu netizen bagi respon yang power. Jom baca respon mereka. Allahu.

RAMAI MENYESAL UNDI PH?

Nasib 17,000 kakitangan penjawat awam bertaraf kontrak yang ditamatkan perkhidmatan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) mungkin lebih baik sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kumpulan berkenaan mungkin masih bekerja dan dapat mencari rezeki untuk menyara keluarga seperti sebelum PRU14 berbanding sekarang apabila mereka hilang ditamatkan mata pencarian.

Ahli Parlimen Pekan itu berkongsi nukilan seorang guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) yang menyatakan dirinya adalah pengundi PH pada PRU14 kerana sering dimomokkan sejak anaknya lahir bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah punca kepada kenaikan harga barang.

“Mana dia pergi pun peniaga kata GST menyebabkan (harga) barang naik, dia tidak sebut pun sebagai seorang guru KAFA dia mendapat pembelaan daripada kerajaan (sebelum 9 Mei).

“Selepas 9 Mei dia mendapat penamatan sebagai guru KAFA pada awal Ramadan, bila tengok dua anak kecilnya…air matanya menitis kerana terbayang apa bakal terjadi kepada anaknya itu dan menampung perbelanjaan.

“Timbul kesedaran bahawa BN yang memberi pembelaan kepada guru KAFA, BN tidak tergamak memberhentikan 3,000 guru KAFA yang termasuk 17,000 kakitangan kontrak kerajaan namanya ada dan saya hendak berhubung dengannya kerana dia menyesal mengundi pakatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada 100 asnaf di Masjid Kampung Polo di sini, hari ini.

Turut hadir, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar, Datuk Mohd Fakhruddin Mohd Arif.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, berkata perasaan kesal dan insaf bahawa hanya kerajaan BN memberi pembelaan kepada penjawat awam selama ini hanya dirasai selepas ‘perkara itu tiada’.

“Apakan daya mungkin mereka tertipu atau membuat satu pertimbangan berdasarkan kepada hasutan atau kempen kebencian tanpa melihat kepada kebaikan BN, kebaikan kita tidak nampak semasa itu, hanya sedar bila sudah tiada.

“Tetapi sebagai hamba Allah, kita kena terima dan terpaksa bina masa depan kita sebagai sebuah parti yang tiada kuasa kerajaan,” katanya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan turut berterima kasih kepada pengundi di Parlimen Pekan kerana memberi mandat dan memenangi kerusi itu dengan majoriti tertinggi di Malaysia bagi BN.

“Sebagai Ahli Parlimen Pekan, sudah tentu saya terus terpanggil untuk meunaskan tanggungawab selepas diberi kepercayaan dab mandat oleh pengundi,” katanya.

RESPON POWER NETIZEN

Nasib mereka 17000 orang mungkin lebih baik kalau bn menang. Tapi nasib lagi 30 juta Malaysia akan malang. Bn hanya pandai hadiah beg beg kat bini Najib, kontrak untuk kroni. Orang biasa makan nasi putih dengan kicap.

Kami tak kesal undi PH. Kami hanya kesal Jib tak pegang amanah dan laksanakan tugas dengan iklas and berintegriti bila diberi peluang sekian lama oleh rakyat jelata.

Tak pernah menyesal. Serius nie, walaupn diserang mcm2 dan diperli macam2

Dah pandai buat lawak dah…. sejak byk free time kan…. esok klu dpt checkin kat sg buloh, lagi byk masa… nak cipta lagu pun boleh…

Sbb kamu lantikkan politik..semua nak senang…kami yg dri jpa..spa..ssh2 nak dapat jawatan..rezeki kmu org xhalal…bagus di buang…hanya pengampu saja kerja..gaji lbih besar dari lantikan jpa n spa…ada sampai 200k…apakh bingai mengabiskan duit rakyat

Siapa yang menyesal nyata kn nama nya..bagi kami ini lah saat yg paling menggembira kerana jatuh nya rejim perasuah/salah guna kuasa negara ..

Najib razak kmi x pernah mnyesal undi pH.. Yg pnting bukan pak jib yg memerintah,.. Amanah rakyat beri kan pada pak jib tapi pak jib dduk bwh ketiak mak mah… Ingat!!! Kami x benci BN tapi kami benci pak jib dgn mak mah.. Habis kn duit rakyat utk mak mah berbelnja mewah…. Huhhhhh…

Najib penipu hahaha… Yg cakp tu orang bn umno bukan orang yg undi ph.. Yg paling menyesal ialah najib sebab kalah pru.. Tk jadi pm lagi…. Rakyat tk pandang dh kau najin bn sarawak pon menyampah tengok muka kau sampai keluar bn ….huhuuu

Macam ni aje lah ye..rezeki ALLAH yg tentukan..bukan sebab pangkah BN ke atau pangkah PH..mesti ada sebab kenapa ALLAH stopkan rezeki dng BN..manalah tahu duit duit bulanan yg dibayar tu sumbernya datang dari mana. Kena redho sbb ALLAH maha mengetahui apa yg berlaku sebenarnya..jadi jng putus asa sbb ALLAH akan bagi rezeki lain..teruskan usaha..

Td beli whiping cream jenama value pride.. Tgk harga rm10.45 tp scan kt kaunter rm9.90 . Eh, murah plak. Dah xde gst 😊 Cerita lain, raya ni kami sekeluarga pergi pulau redang. Dah booking dari bulan 3. Bayar deposit 50%. Paling best nanti dah sampai sana bayar baki lagi 50% + dapat lagi potongan gst. Kalau bn memerintah sampai skrg kne cas gst.. Rakyat byk rugi woo.



Sumber: Berita Harian

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Ini Tindakan Tun Mahathir Terhadap Korea Buat Kim Jong Un GEMBIRA

1MDB. Selepas Lim Guan Eng Temui Duta Amerika Di Malaysia. Perkara Ni TERJADI