in

1MDB. Selepas Lim Guan Eng Temui Duta Amerika Di Malaysia. Perkara Ni TERJADI

Semoga Dipermudahkan Segala Urusan Dapatkan Kembali Aset 1MDB.

1MDB. Selepas Lim Guan Eng Temui Duta Amerika Di Malaysia. Perkara Ni TERJADI | Menteri Kewangan ada berbincang dengan Duta Amerika di Malaysia baru-baru ni. Berkaitan dengan isu 1MDB, ini terjadi. Jom baca.

AMERIKA AKAN PULANGKAN ASET 1MDB YANG DISITA

Aset yang dirampas daripada 1Malaysia Development Bhd akan digunakan untuk menjana pendapatan dan dikembalikan kepada Malaysia secepat yang mungkin, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng menerusi akaun Twitter beliau selepas mengadakan mesyuarat dengan Duta Amerika Syarikat (AS) di Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir.

Semasa mesyuarat itu, kedua-dua pihak membincangkan perkara penting berkaitan pelaburan dan firma AS yang besar di Malaysia.

“Beliau (Kamala Shirlin) memberi jaminan kepada saya bahawa aset yang dirampas daripada 1MDB akan digunakan untuk menjana pendapatan dan dikembalikan kepada Malaysia secepat yang mungkin,” katanya.

Sejak melaporkan diri sebagai menteri kewangan pada 22 Mei, Lim mendedahkan bahawa kerajaan​ mengeluarkan wang, berjumlah RM6.9 bilion untuk membayar hutang 1MDB sejak April 2017.

Beliau juga memaklumkan bahawa negara mempunyai hutang sebanyak RM1 trilion setakat 31 Disember, 2017 yang termasuk RM686.8 bilion hutang kerajaan Persekutuan dan RM199.1 bilion dalam bentuk jaminan​​​​​​​ kerajaan yang akan dibayar bagi mewakili entiti yang gagal membayar hutang mereka. (Sumber: Sinar Harian)

JAMAL TUALA CADANG ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PRESIDEN UMNO

Datuk Seri Jamal Md Yunos yang terkenal dengan gimik mencetuskan kontroversi mencadangkan nama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Presiden Umno pada pemilihan parti itu akan datang.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu, bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengapa Anwar layak untuk menduduki jawatan tertinggi dalam Umno.

Dalam video berdurasi selama satu minit 44 saat itu, Jamal turut menamakan pemangku Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan Presiden Umno.

“Naib Presiden Umno pula ialah, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin dan seorang calon lain.

“Begitu juga dengan ketua wanita dan puteri,” katanya menerusi satu video yang dihantar seorang ahlinya melalui aplikasi WhatsApp kumpulan media, sebentar tadi.

Jamal dalam video sama turut membayangkan untuk merebut kerusi utama sayap pemuda dalam mendepani cabaran parti itu pada masa sekarang.

“Insya-ALLAH, jika saya terpilih dalam perwakilan pemuda saya akan bertindak membangunkan kembali pemuda supaya sayap Umno ini kembali bermaruah dan terus dihormati demi untuk kejayaan pada masa akan datang,” katanya.

Jamal kali ini tampil dengan berbaju korporat Umno menerusi satu video dengan berlatar belakang gegantung pemilihan Umno 2018 yang tertera perkataan ‘Saya Jamal Md Yunos Menawarkan Diri Bertanding Ketua Pemuda Umno Malaysia’.

Petang tadi, Jamal turut tampil dalam satu video berdurasi dua minit 52 saat dengan memaparkan Jamal berlatar belakangkan dinding, sambil memberi amanat di meja dan duduk di kerusi.

Jamal ketika itu mengenakan baju T warna biru serta berkopiah putih di kepala.

Pada 25 Mei lalu, Jamal dilaporkan menghilangkan diri selepas didakwa dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri dan kehilangannya dikatakan disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruskan proses ikat jamin beliau kira-kira jam 5.30 petang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sebelum ini mengesahkan waran tangkap terhadap Jamal telah dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ampang, 1 Jun lalu.

Waran itu dikeluarkan mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan iaitu melarikan diri daripada tahanan yang sah. (Sumber: Sinar Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Najib Kata Ada Yang Mula Menyesal Undi PH. Ini Respon POWER Netizen

PH Menang. Ini Tindakan Nekad Pengerusi SPR Buat Ramai TERKEDU