in

Ditanya Bila Nak Lawat Beijing Pula. Ini Jawapan SEMPOI Tun Mahathir Buat China CUAK

Semoga Allah Panjangkan Umur Tun Mahathir. Amin.

Ditanya Bila Nak Lawat Beijing Pula. Ini Jawapan SEMPOI Tun Mahathir Buat China CUAK | Selepas kejayaan beberapa pelaburan bernilai bilion dolar dengan Jepun termeterai, wartawan tanya Tun Mahathir, bila nak lawat Beijing pula? Ini jawapan sempoi Tun Mahathir buat China terus cuak.

HANYA MELAWAT JIKA ADA WAKTU LAPANG

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan melawat Beijing, China bila mempunyai kelapangan.

“Saya telah diundang oleh Beijing.

“Saya mahu ke Jepun kerana mahu hadir sidang berkaitan masa depan Asia, yang saya lakukan setiap tahun.

“Saya akan lawat Beijing bila ada kelapangan,” katanya ketika ditanya rancangannya untuk melawat China tidak lama lagi.

Mahathir sedang berada di Jepun untuk lawatan rasmi ke Negara Matahari Terbit itu. (Sumber: Malaysiakini)

RESPONS NETIZEN

“Inilah diplomasi senyap…hebat mainan catur Tun….insyallah bantuan Allah pasti tiba”

“Akan pergi bila ada masa lapang. Tentu China rasa tak sedap hati dengar ni. Padan muka China.”

“China pasti tergugat disebabkan Tun Mahathir ke Jepun, ‘musuh ketat’ China terutama dlm ‘Trade War’ masakini. Tambahan pula, banyak projek berkaitan China ditahan dan dibatalkan oleh Tun Mahathir, selaku pentadbir kerajaan baru. Things getting hot and hotter..”

“Diundang ya. Bukan Tun M nak jual negara “

“Hahahaa….cantik ayat Tun dalam maksud nya itu…saya setuju dengan jawapan Tun.”

“Namun ada jugak org yg tlg economy America …..hahahaha”

SEMUA KOMPONEN BN DI SARAWAK TARIK DIRI, KERAJAAN TERBUBAR

BN Sarawak hari ini secara rasmi terbubar selepas semua parti komponennya mengumumkan keluar dari gabungan terbabit dan membentuk pakatan baru dikenali sebagai “Gabungan Parti Sarawak” (GPS).

Semasa mengumumkan langkah itu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Openg berkata keputusan tersebut dibuat sebulat suara oleh parti terbabit.

“Parti-parti komponen iaiitu PBB, SUPP, PRS, PDP mengadakan pertemuan dan membuat keputusan sebulat suara untuk meningalkan BN dan membentuk gaungan baru dengan parti tempatan, dikenali sebagai Parti Gabungan Sarawak,” katanya.

Empat parti utama yang terlibat itu ialah Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresi (PDP).

Abang Johari berkata keputusan tersebut diambil selepas semua parti membuat pertimbangan teliti serta mengambil kira keadaan semasa politik selepas berlangsungnya pililhan raya umum (PRU) ke-14 lalu.

“GPS akan bekerjasama dengan kerajaan pusat untuk kepentingan negara serta Sarawak berdasarkan kepada perlembagaan persekutuan dan persekutuan Malaysia.

“Kami percaya ini adalah masa paling sesuai untuk Sarawak memulakan platform baru politik bagi menghadapi cabaran sesuai dengan perubahan, aspirasi, keperluan dan tuntutan rakyat Sarawak,” katanya semasa mengadakan sidang media itu di Kuching sebentar tadi.

Kekal blok sendiri

Menurut Abang Johari, keputusan berkenaan berkuat kuasa serta-merta.

Sarawak mempunyai 31 kerusi parlimen. Pada PRU ke-14 lalu gabungan BN memenangi 19 kerusi secara keseluruhan, Di pihak Pakatan Harapan (HARAPAN) pula, DAP menguasai enam kerusi menakala PKR empat. Dua kerusi lagi dimenangi calon bebas.

Sarawak tidak mengadakan pilihan raya umum negeri kerana ia sudah diadakan pada 7 Mei tahun lalu. Untuk rekod Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak mempunyai 82 kerusi.

Daripada jumlah itu BN memenangi 72 kerusi.

Kata Abang Johari dengan langkah menubuhkan GPS itu kerajaan negeri yakin mereka dapat memberikan lebih perhatian kepada isu-isu berkaitan kepentingan serta hak Sarawak berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963.

Menurutnya penubuhan GPS itu tidak bermakna mereka akan menyertai HARAPAN sebaliknya kekal dengan pakatan sendiri dan pada masa sama menjalin kerjasama dengan Putrajaya.

“Kami adalah blok tersendiri,” katanya.

Pada sidang media sama Abang Johari juga menjelaskan beliau tidak bertemu dengan bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sebaliknya berkunjung menemui Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Saya cuma bertemu Dr Mahathir sebagai kunjungan hormat kerana beliau ialah perdana menteri,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

Comments

Leave a Reply
  1. Tun memang seorang Pemimpin yg berwawasan. Saya pernah tengok klip video dr Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid suatu ketika. Apa yg dia terangkan berkenaan Tun amat istimewa bagi saya. Tun bila keluar negara dia perhati kemodenan negara luar , dia catit dan dia bawa pembangunan kemodenan tersebut ke Malaysia. Semuanya berjalan lancar tanpa mengenakan gst pun kpd rakyat . Cukai yg tinggi kpd rakyat akan buatkanemerintah akan hilang kuasa atau negara akan jatuh mcm negara Tar2 suatu ketika dahulu.. Tabik hormat Tun. Allah lanjutkan usianya dlm kebajikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

GEMPAR. Penyiasat Dedah Gaji Penasihat Najib Yang Buat Rakyat TERPANA

Ini Tindakan Tun Mahathir Terhadap Korea Buat Kim Jong Un GEMBIRA