in

GEMPAR. Penyiasat Dedah Gaji Penasihat Najib Yang Buat Rakyat TERPANA

Bayangkan Kalau Ada 100 Orang Macam Tu Je Dari 17,000 ? Perghhh.

GEMPAR. Penyiasat Dedah Gaji Penasihat Najib Yang Buat Rakyat TERPANA | Terkini penyiasat mendedahkan gaji penasihat Najib dalam kerajaan BN yang lalu buat ramai rakyat terpana bila tau. Allahu. Patut la kewangan negara tak stabil.

ADA PENASIHAT DAPAT RM200,000 SEBULAN TAK MASUK FAEDAH LAGI

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan membayar barisan penasihatnya sehingga RM200,000 sebulan, tidak termasuk faedah dan kelebihan lain, menurut laporan The Malaysian Insight hari ini.

Laporan yang memetik sumber itu berkata, penasihat Najib menikmati gaji antara RM70,000 hingg RM200,000 sebulan.

“Tetapi setakat ini kami hanya mengenalpasti seorang yang mendapat gaji RM200,000 sebulan. Ini hampir sepuluh kali ganda lebih tinggi berbanding gaji perdana menteri. Pemeriksaan masih berjalan.

“Mereka bukan saja mendapat gaji tinggi, tetapi juga menerima banyak faedah dan kelebihan lain,” kata sumber itu seperti dipetik.

Laporan itu juga berkata penasihat dengan gaji terbesar itu juga merupakan “bekas menteri kabinet yang menjadi penasihat kepada Pejabat Perdana Menteri”, dan mengetuai sebuah unit di situ.

Bagaimanapun nama individu tersebut tidak dinyatakan dalam laporan itu.

Seorang lagi penasihat yang mendapat gaji tinggi – juga tidak dinamakan – bertanggungjawab dalam soal “jenama 1Malaysia,” kata laporan itu.

Maklumat ini diperoleh selepas pegawai kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) meneliti dokumen rahsia milik pentadbiran BN dulu.

Sejak HARAPAN mentadbir negara, semua penasihat ini tidak lagi dibayar gaji oleh kerajaan.

“Semua pegawai ini tidak lagi bekerja dengan kerajaan. Kebanyakannya mengosongkan pejabat sebaik selepas kekalahan BN.

“Mereka sama ada pergi secara sukarela tanpa memberitahu kami atau diminta untuk berbuat demikian,” kata sumber itu seperti dipetik.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sejumlah 17,000 lantikan politik akan diberhentikan bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan. (Sumber: Malaysiakini)

KEDUTAAN CHINA NAFI TAK PUAS HATI DENGAN PRU14

Beijing dikatakan mahu penjelasan kedutaannya di Kuala Lumpur susulan tingkah laku diplomatnya sebelum dan sejurus pilihan raya umum 9 Mei lalu selesai.

Menurut beberapa sumber, termasuk di kalangan diplomat, Beijing menyatakan rasa tidak senang terhadap penggunaan gambar Presiden China Xi Jinping dalam bahan kempen BN.

Selain itu, kedutaan juga didakwa gagal membuat kunjungan segera bagi menyampaikan tahniah kepada Perdana Menteri baru Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kedutaan China bagaimanapun ketika dihubungi Malaysiakini menafkan dakwaan itu.

Sumber berkata MCA tidak patut menggunakan gambar presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai bersalam dengan Xi sebagai bahan kempen tanpa pengetahuan kedutaan.

Sumber juga berkata Beijing tidak gembira dengan tindakan duta Bai Tian yang membuat kunjungan rasmi di belakang negara pesaing mereka, Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya.

Bai hanya bertemu Mahathir pada 24 Mei, dua minggu selepas istiadat angkat sumpah jawatan.

Mahathir menerima kunungan Sultan Brunei pada 14 Mei serta perdana menteri Singapura pada 19 Mei. Ini diikuti kunjungan Duta AS Kamala Shirin Lakhdhir pada 21 Mei.

Semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, China menunjukkan minat mendalam terhadap projek-projek kemudahan asas di Malaysia.

Ini termasauk Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

Syarikat China juga terlibat dalam pembinaan projek pelabuhan besar di Melaka yang didakwa sebahagian analisis, bertujuan mendaratkan kapal-kapal dari negara itu.

Ketika dihubungi, kedutaan China menolak dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai “rekaan”.

“Ini cakap kosong. Rekaan semata-mata,” kata kedutaan.

Katanya, China dan Malaysia sudah lama menjadi rakan dan jiran dan persahabatan itu melampaui politk partisan.

“Ketika kerajaan baru dibentuk, Perdana Menteri China Li Keqiang telah mengucapkan tahiah kepada Mahathir. Kedutaan China juga segera menghubungi pegawai-pegawai kerajaan baru.

“Malaysia dan pegawai-pegawai atasan lain sudah menyatakan hasrat untuk mengekalkan hubungan China-Malaysia dan memperkukuhkan kerjasama. (Sumber: Malaysiakini)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Haji Percuma 1MDB Zaman Najib. Ini Ulasan Tun Mahathir Buat Ramai SETUJU

Ditanya Bila Nak Lawat Beijing Pula. Ini Jawapan SEMPOI Tun Mahathir Buat China CUAK