in

Ini Komen BERANI Tajuddin Abd Rahman Yang Buat Ahli MCA Semua PANAS

Bila Kalah, Mula Tuding Jari Cari Salah. Move On Lah.

Ini Komen BERANI Tajuddin Abd Rahman Yang Buat Ahli MCA Semua PANAS | Sebelum ni MCA berkata sebab UMNO rakyat tolak BN. Dan terkini Datuk Seri Tajuddin, ahli parlimen Pasir Salak dari UMNO keluarkan komen berani yang buat semua ahli MCA panas. Ikuti selanjutnya.

MCA YANG TAK BUAT KERJA

Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman membidas Datuk Seri Wee Ka Siong yang dikatakan menyalahkan Umno susulan kekalahan BN pada pilihan raya umum (PRU) lepas.

Tajuddin berkata, timbalan presiden MCA itu sepatutnya menyuarakan rasa tidak puas hati kepada Umno sebelum pilihan raya bukannya dan bukannya selepas BN mengalami kekalahan.

“Dah kalah baru berani cakap, dulu tak berani cakap MCA tak mahu pikul beban kesalahan Umno,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Wee bahawa MCA tidak akan lagi memikul tanggungjawab atas kesalahan Umno.

Dalam wawancara bersama Sin Chew Daily semalam, Wee membayangkan BN akan tidak lagi seperti dulu dan berkata MCA selepas ini akan membuat keputusan sendiri.

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata, Umno khususnya bekas pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak tidak pernah meminggirkan MCA dan memberi layanan sama rata.

“Macam-macam kita bagi (pada MCA), lepas tu kalah PRU ke-13, lantik lagi jadi menteri dan timbalan perdana menteri.

“Apa lagi yang MCA nak? Mereka ini tidak buat kerja tahu tak? Yang buat kerja Wanita Umno siang malam,” katanya.

Tajuddin menambah, tidak adil Wee mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana Umno yang banyak buat kerja.

“Bagitahu Wee Ka Siong saya rasa tidak adil dia keluarkan kenyataan seperti itu sebab apa yang berlaku bukan sebab Umno.

“Kami buat kerja bersungguh-sungguh kami bekerja untuk MCA dan kaum Cina. Masalahnya MCA tidak dapatkan yakinkan kaum Cina pengundi itu,” katanya.

PELAWAAN PAS GANJIL

Berhubung pelawaan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengajak anggota Umno menyertai parti itu, Tajuddin berkata perkara itu kedengaran agak ganjil.

Menurut Tajuddin, kedua-dua parti itu perlu mencari titik persamaan terlebih dahulu jika ingin bergabung.

Tajuddin memberi contoh kesepakatan antara PAS dan Umno ketika Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 (RUU355) di parlimen sebelum ini.

“Saya syor PAS dan Umno kerjasama tak perlu salah satu parti nak kena bubar. Parti kekal masing-masing, tapi kita cari titik pertemuan kerana PAS dan Umno sama-sama berjuang untuk orang Islam.

“Kita boleh mula kerjasama menghadapi kerajaan di atas keputusan yang dibuat yang tidak adil khususnya kepada orang Islam,” katanya.

Tajuddin mengakui, meskipun perjuangan Umno dan PAS hampir sama, tidak semua pendekatan yang digunakan PAS boleh diterima ahli Umno.

“Ahli PAS ramai juga, mereka kalau adakan program berkhemah ramai-ramai orang Umno buat dalam dewan, mungkin Umno kena tiru cara PAS, berkhemah,” katanya. (Sumber: Malaysiakini)

SATU2NYA CALON MCA YANG MENANG SERANG UMNO

KETIKA perhatian rakyat tertumpu melihat Pakatan Harapan (PH) bergelut menunaikan janji 100 hari mereka gara-gara terkejut dengan jumlah hutang dan liabiliti negara, tiba-tiba muncul drama baharu dicetuskan pembangkang.

Percakaran adik-beradik di antara UMNO dan MCA menghangatkan suasana politik di blok pembangkang selepas hampir 30 hari suram sejak Barisan Nasional (BN) tumbang tanggal 9 Mei lalu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketika UMNO sedang berusaha memulihkan keyakinan diri dan cuba menjadi pembangkang yang baik, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong pula memilih untuk menyerang UMNO.

TAK MATANG TERIMA KEKALAHAN

Ka Siong, satu-satunya calon MCA yang terselamat ketika tsunami rakyat membadai PRU-14, dilaporkan berkata MCA tidak akan lagi memikul tanggungjawab atas kesalahan UMNO. Beliau dilihat cuba menyalahkan parti keramat Melayu itu atas kekalahan terburuk BN dalam tempoh lebih 60 tahun.

Serangan mengejut ini seolah-olah cuba menggali sendiri kubur MCA dan UMNO dengan menambah rasa meluat rakyat pada mereka, khususnya Ka Siong yang sepatutnya menjadi a good loser, tetapi nampaknya belum matang dalam menerima kekalahan apabila memilih menjadi a sore loser.

Ka Siong mendakwa kononnya MCA memikul kesalahan UMNO. Mungkin bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu lupa, UMNO juga sebenarnya sudah lama mendukung MCA yang ibarat biawak hidup selepas tidak lagi mendapat sokongan dan kepercayaan kaum Cina.

Mungkin Ka Siong melihat tsunami pada PRU-14 sebagai penolakan rakyat, khususnya Melayu terhadap UMNO, tetapi jangan beliau lupa, tsunami kaum Cina yang tidak mahukan MCA berlaku lebih awal, iaitu sejak 2008 ketika PRU-12, menyaksikan BN hilang majoriti dua pertiga di Parlimen buat pertama kali.

MCA hanya menang 15 kerusi, iaitu 37.5 peratus daripada 40 kerusi Parlimen yang ditandingi ketika itu. Prestasi MCA bertambah buruk pada PRU-13 apabila hanya menang tujuh daripada 37 kerusi (18.9 peratus) dan PRU-14 hanya satu daripada 39 kerusi (2.5 peratus).

Sedangkan UMNO, walaupun turut berdepan penurunan undi, masih menang undi kaum Melayu dengan jumlah tinggi, iaitu 78 daripada 117 kerusi (66.6 peratus) pada PRU-12; 88 daripada 121 kerusi (72.7 peratus) pada PRU-13 dan 54 daripada 120 kerusi (45 peratus) pada PRU-14.

MCA TIADA PENGUNDI TOTOK

Bererti, UMNO masih punya ramai pengundi totok walaupun terpalit isu 1MDB dan langkah tidak popular seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST). Persoalannya, di mana pengundi totok MCA? Adakah salah UMNO apabila MCA gagal jaga pengundi sendiri dan hilang sokongan kaum Cina sejak 2008 lagi?

Ka Siong perlu sedar, ini bukan masa menuding jari. Semua parti dalam BN perlu mengaku bersalah, sekurang-kurangnya dalam satu perkara, iaitu kekal setia di belakang pemimpin.

Bersikap matanglah dan akuinya secara tanggungjawab bersama, kemudian bergerak maju. Usahlah jadi pengecut dan bersikap baling batu, sembunyi tangan. Jika Ka Siong tak sanggup menyokong ketika kalah, usahlah bersorak ketika menang.

JADI RUMAH SEJAK 66 TAHUN

BN sudah jadi rumah bagi UMNO dan MCA sejak 66 tahun lalu ketika rumah itu asalnya bergelar Perikatan. Ya, bumbung rumah itu kini bocor, dinding berlubang dan lantainya pecah, tetapi adakah Ka Siong rasa membakar rumah itu akan menyelesaikan masalah?

Tetapi, jika Ka Siong rasa hanya UMNO yang bertanggungjawab pada kerosakan rumah itu, terpulanglah. Jika Ka Siong yakin MCA akan lebih berjaya dengan meninggalkan rumah usang itu, terpulanglah.

Memetik kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang ditemui di Menara Dato’ Onn pada 19 Mei lalu, ketika ditanya mengenai kemungkinan parti komponen meninggalkan BN: “Lebih baik mereka tinggalkan BN seawal mungkin supaya kita tidak ada musuh dalam selimut. Siapa yang mahu bersama, kita akan teruskan. Siapa yang berhasrat untuk keluar, dipersilakan.” (Sumber: Berita Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Kos Siar Piala Dunia. TERKINI RTM Tak Keluar Satu Sen Pun. RM30 Juta Telah Habis Ditaja.

Syahidnya Razan. Ini Tindakan Persatuan Bulan Sabit Merah Buat Satu Dunia SOKONG