in

Najib Tinggal Kediaman Pergi Ke Pekan. Ini Puncanya.

Hidup Ni Umpama Roda. Pernah Dengar ?

Najib Tinggal Kediaman Pergi Ke Pekan. Ini Puncanya. | Awal pagi tadi, bekas PM Malaysia dilihat meninggalkan kediamannya dan menuju ke Pekan. Hasil siasatan wartawan, ini puncanya. Ikuti selanjutnya.

PUNCA PERGI KE PEKAN

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meninggalkan kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini, kira-kira jam 9.20 pagi tadi.

Beliau dilihat menaiki Toyota Vellfire diikuti motosikal pengiring dan beberapa kenderaan lain.

Difahamkan, beliau akan menghadiri beberapa program di Parlimen Pekan, termasuk merasmikan mesyuarat cawangan-cawangan UMNO dalam Bahagian Pekan.

Mengikut jadual semasa, Najib dijangka tiba di kediaman rasminya di Seri Kenangan di Pekan kira-kira jam 12 tengah hari.

ZIARAH OLEH PUTERI UMNO

Terdahulu, kira-kira 50 ahli Puteri UMNO dari seluruh negara hadir di kediaman bekas perdana menteri pada jam 8.15 pagi bagi menyatakan sokongan terhadap beliau.

EXCO Puteri UMNO, Dira Abu Zahar berkata, pihaknya dapat berjumpa dengan Najib walaupun hanya dalam tempoh 10 minit.

“Beliau (Najib) kelihatan agak ceria dan berpesan kepada kami supaya terus bersatu dan tidak mengalah. Kami juga terkejut kerana beliau sangat mengalukan kedatangan kami.

“Dia sangat positif namun kami tidak dapat bertemu lama kerana dia mempunyai program yang perlu dihadiri,” katanya. (Sumber: Berita Harian)

SPRM NAFI KENYATAAN PEGUAM NAJIB

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan kenyataan peguam kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Harpal Singh Grewal yang menyatakan pegawai SPRM akan hadir ke kediaman beliau untuk merakam percakapannya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya sudah menyerahkan notis kepada Najib untuk hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Selasa ini.

“Beliau (Najib) dikehendaki hadir bagi membantu siasatan SPRM membabitkan kes SRC International.

“Saya menolak kenyataan peguam bekas Perdana Menteri itu yang menyatakan bahawa pegawai SPRM akan hadir ke kediaman beliau untuk merakam percakapannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, dalam notis yang diserahkan kepada beliau semalam yang dinyatakan dengan jelas bahawa Najib perlu hadir ke Ibu Pejabat SPRM untuk dirakam percakapannya.

Petang tadi, Harpal yang ditemui di kediaman Najib di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, di sini, memaklumkan pegawai SPRM bersetuju untuk hadir ke kediaman itu merakam keterangannya. (Sumber: Berita Harian)

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Buaya Ni Dibunuh Pasukan SWAT. Bila Belah Perut Je Semua TERGAMAM

Kata Najib, Janji Kerajaan Nak Hapus GST Adalah Fantasi