in

Heboh NASA Temui SUDU GERGASI Di Planet Marikh. Tapi Rupa2nya Adalah…

Subhanallah Banyak Lagi Perkara Yang Masih Dirahsiakan Allah

Heboh NASA Temui SUDU GERGASI Di Planet Marikh. Tapi Rupa2nya Adalah… | Khalifah Mail Online – Planet Marikh adalah planet yang paling hampir dengan Bumi. Walaupun dikatakan penuh dengan pasir dan batuan, tetapi penemuan tasik ais memungkinkan adanya kehidupan. (BACA : Subhanallah. Saintis Temui TASIK AIS Di Planet Marikh. Mungkinkah Ada Hidupan ?). Terkini lagi viral apabila video NASA terakam objek seperti “sudu gergasi”. Apakah sebenarnya ?

Menarik Perhatian Peminat Alien Dunia

Sebuah rakaman video yang diambil oleh NASA baru-baru ini menjadi heboh apabila dalam video berkenaan NASA berjaya menemukan objek seakan-akan sudu di planet Marikh.

Penemuan objek seakan-akan sudu di planet berpasir merah itu membuatkan para peminat alien percaya bahawa di Marikh ada kehidupan sama seperti di Bumi.

Penemuan yang menunjukkan objek seperti sudu tersebut adalah penemuan yang kedua kalinya. Dalam beberapa tahun terakhir juga telah pernah menjumpai objek dengan bentuk sama. Hal itu menyebabkan sesetengah orang menganggap penemuan sains itu boleh menjadi bukti adanya kehidupan di planet merah tersebut.

Sebelum ini juga, objek-objek lain seperti cincin dan sarung tangan juga berjaya ditemui di planet Marikh.

Bukan Semulajadi

Video penemuan tersebut dimuat naik ke YouTube oleh akaun UFO Hunter dengan caption, “Ada sudu raksasa di Marikh. Hal ini sangat luar biasa! Mungkin ini bukti dari peradaban yang hilang.

Beberapa orang yang kagum dengan penemuan tersebut mengatakan perkara tersebut tidak mungkin terjadi secara semulajadi.

Ada juga pengguna lain mendakwa bahawa perkara ini boleh menjadi tanda adanya kehidupan memandangkan ianya adalah sendok kedua dijumpai.

NASA Mula Bersuara

Namun tidak semuanya kagum dengan penemuan tersebut, ada juga orang lain yang ragu-ragu dengan mendakwa penampakan sudu itu hanyalah bentuk dari ilusi optik semata-mata.

Berikutan keviralan video tersebut, NASA sebagai pemilik video tampil menegaskan yang ianya adalah bentuk muka topografi semulajadi yang kebetulan tampak seperti sudu gergasi. Ianya bukanlah seperti yang disangka oleh peminat-peminat alien.

Pendapat pembaca semua bagaimana, adakah itu sudu asli atau hanya kebetulan terjadi?

VIDEO PENEMUAN ANEH DI PLANET MARIKH

Sumber: Laicikang

Loading...

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

comments

Selepas Erdogan. Ini KATA PEDAS Imam Besar Masjid Al-Aqsa Yang Buat Jutaan Umat Islam TERKEDU

Selepas Lama Berdiam Diri. AKhirnya Respons Al QASSAM Ni Buat Israel Mula CUAK